Saturday, October 20, 2012

5 Bahasa Keluarga Bahagia


Penceramah : Ustaz Hasrizal Jamil,
Tempat: Masjid Hasanah Bandar Baru Bangi,

Back to basic, hadis muslim 4803, ibubapa menjadi guru pertama - kuasa kasih sayang

surah al-Fusilat 41:34-35 tumpaskan kejahatan dengan kebaikan, balas jahat dengan jahat Allah akan tukar musuh menjadi sahabat kejahatan, marah takkan membantu.

CASIC - Connect Acknowledge Serve Inquire Choice,

1.Connect - berhubung dengan cara senyuman, memberi salam,

2.Acknowledge - ambil tahu tanya apa khabar, kenapa muka masam, list down,

3.Serve - memberi khidmat meredakan kegusaran seperti membaca doa bersama-sama,

Ada 4 nafkah anak yang perlu :

1.Fizikal berupa makan minum pakaian dan kediaman rumah,
2.Akal berupa pelajaran ilmu pengetahuan,
3.Emosi kasih sayang dan perhatian,
4.Hati berupa iman dalam mengenal Allah dan tujuan hidup.

Di dalam buku tulisan Gary Chapman dan Ross Campbell bertajuk 5 Love Language of Children menggariskan lima bahasa kasih sayang yang perlu ada dalam mendidik anak-anak iaitu,

1. SENTUHAN FIZIKAL, hadis Bukhari ada mengatakan bahawa sahabat pernah melihat Nabi s.a.w mencium alHasan ibn Ali seraya berkata sepanjang hidup tidak pernah sekalipun mencium anak cucu lalu Nabi berkata sesiapa yang tidak mengasihi orang lain, dia tidak akan dikasihi. SARANAN gosok kepala sambil bercakap, beri hadiah bersifat sentuhan, peluk cium anak walau sudah dewasa,

2. KUASA PERKATAAN, kata pujian, kata galakan, kata bimbingan, Nabi ketika isra mikraj naik ke langit dinampakkan api neraka didalamnya lelaki wanita yang kufur nikmat berumahtangga, kenal BAHASA perkataan afimatif anak-anak ungkapan matang SARANAN buat pemerhatian dan pujian, rakam ucapan ketika hari istimewa

3. MASA KUALITI, Nabi Ibrahim yang diarah sembelih anaknya Ismail walau jarang bersama tetapi masih boleh bertanyakan pendapat anaknya, anak kata 'nama saya Jangan', BAHASA - suka ikut kita kemana sahaja, SARANAN - pandang mata anak ketika dia bercerita

4. HADIAH, bertukar-tukar hadiah nescaya kamu akan saling berkasih sayang, hadis Bukhari. Hadiah vs Upah iaitu galakan buat benda baik vs Rasuah beri manfaat kepada pemberi, SARANAN pos hadiah dengan nama anak, hadiah buat sendiri

5. KHIDMAT BAKTI, beri pertolongan yang tidak disangka akan sangat dihargai, SARANAN - bantu buat homework, buat air untuk dia. Kaedah kenal bahasa kasih sayang anak.



No comments: