Wednesday, October 17, 2012

Muhasabah Diri

Penceramah: Tuan Guru Dato Dr Harun Din,
Tempat: Masjid al-Azim,




Muhasabah diri bertekad menjadi muslim sejati, siapa yang dapat kenal diri dia amat beruntung dan jika tidak kenal maka bencanalah dia,

Allah ciptakan mata manusia ada 2 iaitu ain nazirah & ain basirah,

Mata kasar melihat kepada awan langit ia kami cipta begitu indah dan boleh extend hingga pecah, lihat gunung yang besar menunjukkan Allah yang maha agung.

Allah latifun maha penyantun maha bijaksana, Allah buat manusia dengan begitu teliti, banding ibu manusia dengan ibu binatang kuda kucing tiada pula mengalami muntah-muntah, boleh berlari, ibu manusia perlukan pertolongan orang lain kecuali Maryam.

Insan yang faham bergantung kepada Allah yang menjadikan mereka tetapi dari kalangan merekalah yang banyak menentang, sedikit daripada mereka yang beriman, dulu Rasulullah sendiri yang berdakwah dengan mukjizat yang utama Al-Quran,



Kehidupan Rasulullah yang lahir pada pukul 4 pagi, lampu yang menyala mati sebab kehabisan minyak tetapi kemudian menyala dengan lebih terang, lahir dalam keadaan bersih bersunat alis mata macam bercelak, dalam musim panas air perigi kering pokok kering tak berbuah tetiba air perigi penuh, burung berkicau di langit mekah, angin bertiup segar, tetapi masih ramai lagi yang tidak beriman.

Nabi Nuh hidup 850 tahun mengajak kepada Allah tetapi mereka sumbat jari ke telinga mereka, yang beriman dalam 80 orang yang lain tidak akan beriman termasuk anakbini. Nabi Nuh diarahkan Allah bina kapal, 100 tahun hanya dapat 10 orang nak beriman dengan Allah perlu naik kapal di atas padang pasir, esok pagi hujan turun empangan pecah banjir semua tenggelam, anaknya masih tak nak beriman dan masih nak naik ke atas bukit masih banyak alasan dan degil.

Zaman Nabi Lut Allah hantar malaikat untuk cari umat Nabi Lut yang beriman dan malaikat hanya dapat kesan ada satu rumah yang masih beriman selain rumah Nabi Lut.

Nabi Muhammad mereka kata sebagai seorang 'sobik' iaitu pemecahbelah di kota Mekah, mereka ingin bukti selain Al-Quran, Nabi kata pergi kepada sebatang pokok dan kata Muhammad kirim salam dan suruh pokok itu pergi menghadap Nabi, maka tanpa disangka pokok itu menjawap salam Nabi, lalu menggoncang badan, tercabut, tumbang dan bergolek ke hadapan Nabi Muhammad dan berkata lelaki dihadapanku ini adalah Rasulullah.

Lagi sekali mereka cuba untuk bagi Nabi pencen daripada menjadi Rasulullah, mereka minta Nabi belah bulan menjadi dua dan tolak sebelah ke belakang bukit kanan dan sebelah lagi ke belakang bukit kiri, Rasulullah mohon doa kepada Allah, Jibril datang kepada nabi dan suruh buat tunjuk dengan tangan maka terjadilah..

Surah alQamar dunia telah hampir kiamat, bulan telah terbelah dua, terbukti nabi kami benar Allah itu wujud mereka menolak kata ianya sihir tetapi mereka berbohong kerana turutkan nafsu, jalan ke syurga penuh dengan kesukaran tetapi jalan ke neraka penuh dengan keseronokan.

Surah alMaidah Islam itu sudah sempurna. Hari ini, Allah redha, atau Islam hari ini masih ada kekotoran? Kalau sudah sempurna kenapa masih tidak digunapakai, insan tidak bawa keyakinan ke atas agama Allah, apa yang pesongkan kamu daripada Allah padahal Allah lakukan yang terbaik kepada kamu, tidakkah kamu melihat nikmat di langit dan bumi untuk kamu gunakan, nikmat yang kamu tidak nampak seperti berkat, kebahagian, murah rezki.



Apakah kamu mengira muhasabah diri sebagai hambaNya itu perkara yang buang masa. Bila kamu mengajak manusia kepada Al-Quran dan As-Sunnah apabila insan yang terima nikmat itu berkata kami ingin pertahan apa yang datuk nenek kami perjuangkan dahulu, kamu akan nampak ada dikalangan kamu orang-orang munafik, hati mereka menolak Islam menghalang dengan berbagai-bagai ancaman dan ternyata akhirat lebih baik daripada dunia.

Saidina Umar al-Khatab terima duit perang daripada Abu Hurairah dengan serahan 500 ribu dirham, Umar berkata apa yang Nabi bimbang dunia akan hancur sebab kekayaan dunia dan lupa kepada akhirat.

09:03pm Wed 17-10-12
[kredit gambar : Masjid Al Azim]

No comments: