Surau Islamiah, Ustaz Ariffudin Zulkifli, Umur bertambah tapi sebenarnya masa untuk mati semakin dekat, surah al-Imran 185 kullu nafsin za ikatul maut, setiap yang hidup pasti akan merasai mati, kehidupan yang baik di dunia tidak menjamin hidup yang baik di akhirat. Dari tiga perkara yang mengiringi kita ke kubur, dua akan balik iaitu harta dan keluarga yang tinggal hanyalah amalan. Pergi suatu tempat bernama tanah kubur takkan balik semula. Peringatan kematian dari dulu kini dan selamanya. Keadaan kita mati tidak menentukan baik atau tidak kematian kita. Soalan bocor di dalam kubur, siapa tuhan kamu, siapa nabi kamu, apa agama kamu... Amalan kita di dunia menjadi arkitek rumah kita di dalam kubur. Datang seorang lelaki di dalam kubur, elok rupanya berkata bergembiralah kamu di dalam alam kubur ini kerana aku adalah amalan kamu. Dalam satu keadaan lain, datang seorang lelaki yang buruk rupanya dan berkata berdukalah kamu di dalam alam kubur ini kerana akulah amalan kamu semasa di dunia. Pangkat di dunia tidak membawa apa-apa di dalam alam barzakh.
Dunia hanyalah pinjaman, kita hanya menumpang, mula hidup pun daripada air yang sangat hina.
Cop mohor Saidina Umar r.a. di cincin bertulis cukuplah mati sebagai peringatan. Hadis nabi, sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w siapakah orang yang paling bijak? Nabi s.a.w menjawap orang yang paling bijak adalah orang sentiasa mengingati mati. Bijaksana bawa maksud kita sentiasa fikir tentang alam akhirat. Hadis 1 sahih Bukhari Sheikh Abdul Kadir Mandili, dibawakan kematian dan disembelih seperti seekor kibas supaya tiada kematian selepas itu, maka bergembiralah orang di neraka dan bersedihlah orang di syurga. Hadis 2 hadis 40 Imam Nawawi, kata Nabi s.a.w jadilah kamu didunia ini seperti seorang musafir, kita bawa barang mencukupi untuk ke destinasi terakhir untuk dipersembah kepada Allah.
830pm 24/11/2013
Monday, November 25, 2013
Mati dulu, kini dan selamanya
Kisah dalam Surah Tiin
Tanda-tanda akhir zaman bila mana kaum wanita lebih ramai daripada lelaki, wanita dipergunakan untuk tujuan iklan dsb.,
8:00pm 23/11/2013
Friday, November 22, 2013
Cinta Dunia
Masjid BBA,
2. Golongan baca Al-Quran tetapi taknak menafsirnya
3. Baca paham tafsir tapi taknak mengikuti apa yang Al-Quran suruh.
A. Cinta dunia lupa akhirat tinggal Al-Quran, yang ikut kita selepas mati amalan,
B. Cinta hidup lupa mati,
C. Cinta harta dunia lupa nak infaq harta, 2:171 makanlah hasil yang halal
D. Cinta bangunan tinggi lupa kubur, sahabat tengok kubur takut Allah,
E. Cinta makhluk lupa khalik.
Peristiwa Islam dalam Bulan Islam
Ustaz Ikram
Masjid al-Azim
Peristiwa Islam dalam bulan Islam
Bulan kedua iaitu Safar, maksud dan amalan, amalan khurafat.
Bulan Zulhijjah yang terakhir dalam bulan Islam, ibadah haji, ibadah korban.
Dalam bulaan Safar ada lima hingga lapan peristiwa yang berlaku semasa nabi Rasulullah masih hidup ataupun wafat.
Ketika Rasulullah masih hidup ketika dalam proses dakwah, Darun Nadwah pusat himpunan Quraisy membincangkan tindakan nabi yang membawa agama baru, makin hari makin ramai pengikutnya. Abu Lahab sebagai ketua mengumpul suatu kumpulan untuk menghapuskan segala perkara berkaitan nabi. Nabi saw juga terima ancaman bunuh dan semakin kuat setelah kematian bapa saudara Abu Talib dan isteri Siti Khadijah. Allah terus perintahkan Rasulullah berhijrah ke Madinah. Surah Hujurat, mereka merancang untuk membunuh, tatapi kamu ingat mereka merancang Allah juga merancang.
Rumah Arqam bin Abi Arqam menjadi pusat himpunan Orang Islam diketuai Rasulullah saw yang berhadapan dengan Darun Nadwah.
Peristiwa lain perkahwinan pertama Rasulullah saw dengan Siti Khadijah. Sejarah perkahwinan Islam Siti Khadijah yang melamar Rasulullah saw, tertarik dengan peribadi Rasulullah saw lalu dihantar wakil untuk meminang berjumpa dengan Saidina Hamzah r.a. sebagai wakil Rasulullah saw.
Sejarah Siti Khadijah binti Khuwailid seorang janda, berumur 40 tahun, jumlah isteri Nabi saw ada sebelas orang dan hanya seorang merupakan anak dara iaitu Aisyah rah. Gelaran Ummu Hendon, pernah berkawin dengan dua lelaki yang telah meninggal dunia, di antara kalangan golongan bangsawan, suami pertama Atid ibnu Abid mendapat Hendon, suami kedua Abhar al Tamimi dan dikurnia dua putri dan dua putra. Lepas mati suaminya baru berkawin dengan Rasulullah saw dan dihadiah enam zuriat dua laki empat perempuan Abdullah, Qasim, Zainab, Fatimah, Ruqaiyah, Ummu Qalsum. Wanita pertama peluk Islam, meninggal tiga tahun sebelum nabi berhijrah. Dimaqam di Mekah, nabi sendiri turun ke liang lahad.
Ucapan terakhir Khadijah:-
"apabila aku mati jika tulang belulang aku boleh dimanfaatkan untuk Islam, galilah kuburku."
Seafdhal wanita yang akan pasti masuk syurga iaitu Khadijah, Fatimah anak Rasulullah, Asiyah bini Firaun dan Mariam ibu Nabi Isa.
8:30pm 27/10/13
Sunday, November 10, 2013
Mati dalam Husnul Khotimah
Surau Islamiah
Mati dalam husnul khotimah dalam keadaan baik. Mendapat syahid.
8. Sesapa yang mintak syahid dengan Allah bersungguh.
9, 10. Orang yang mati mabuk laut dan mati tenggelam dalam laut.
11. Orang mati dimakan binatang buas.
12. Orang yang mati tersedak ketika minum air.
13. Orang yang pegang teguh agama ketika agama difitnah.
14. Orang yang tergelincir dari puncak gunung. Hadis ibnu Mas'ud
15. Orang yang berjaga di medan perang siang dan malam dan mati terbunuh.
16. Orang yang menghadap pemerintah zalim dan menyarankan agar pemerintah tersebut buat benda baik dan cegah mungkar tetapi dibunuh oleh pemerintah. Akan bersama dengan penghulu syahid.
17. Orang mati mengerjakan amalan baik, mati dalam keadaan berpuasa, sedekah.
18. Orang yang dalam masa sakitnya mengamal doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali. Jika sembuh akan bersih dari segala dosa.
19. Mati dalam runtuhan timbunan bangunan.
21. Mati kerana sakit perut, menderita sakit perut dan bersabar menanggungnya.
22. Mati dalam keadaan nifas hendak melahirkan anak.
23, 24. Orang mati terbakar dan mati menghidap radang selaput dada.
25,26,27. Orang mati membela agama, jiwa dan keluarga.
28. Orang mati membela harta dan melawan. Seseorang yang datang nak rampas harta dan nak membunuh dia, jika kita mati akan mendapat syahid.
29. Orang mati berperang di medan perang.
30. Orang mati menghidap penyakit paru-paru.
31. Orang mati di Madinah al-Munawwarah.
8:30pm 6/11/13
Wednesday, November 6, 2013
Maal Hijrah 1435
Ustaz Firdaus Mahadi
Islamiah
Maal Hijrah 1435H
Sebelum ada tahun hijriah tiada tarikh khusus. Hanya berdasarkan kejadian besar dan bersejarah dalam tahun itu. Seperti tahun gajah dan laim-lain. Zaman Saidina Abu Bakar masih tiada sebab hanya tiga tahun berkhidmat. Pada zaman Saidina Umar baru ada tarikh hijriah. Di ambil sempena hijratul rasul yang juga usia Agama Islam yang digerak dan dihalaqah oleh Rasulullah.
Tugas Rasulullah saw yang utama iaitu menyucikan manusia. Kebanyakan manusia bila dikatakan mrmbaca al-Quran hanya tahu membaca sahaja tanpa mentadabburkan al-Quran. Rasulullah saw ambil masa 13 tahun menguruskan kerja dakwah Islam sebelum baginda berhijrah. Suraqah bin Malik yang bawa Rasulullah saw ke Madinah adalah seorang Arab yang masih belum Islam lagi. Bila Rasulullah saw di Madinah baginda memulakan tugas dengan membina Masjid sebagai tanda taqwa.
Ada dua jenis pemimpin iaitu:-
1. Pemimpin yang Aqamasolah iaitu apabila mendengar azan dia bersolat dan bersumpah kepada Allah.
2. Pemimpin Muqimassolah iaitu dia tetap mendirikan solat tetapi belum tentu menerima Islam.
Islam menjaga ekonomi umatnya melalui zakat. Khilafah, Muawiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah Islam masih lagi pegang ekonomi dunia.
Pemimpin yang ajak kerja baik dan mencegah kerja mungkar.
Rasulullah saw menyatukan lebih 80 agama yang ada di Yathrib dengan menggunakan Islam. Orang Munafik yang irihati dan dengki dengan kerja Islam baginda turut membina masjid di Madinah yang lebih cantik dari Masjid Nabawi untuk memecahbelah umat Islam. Di Kelantan ada satu masjid di pulau chondong.
Maqasid syariah, nabi perjuangkan 1. Agama tetapi hari ini orang Islam sendiri mempermainkan agama Islam. Lebih 400 ribu orang islam mohon murtad.
2.Akal, hari ini perkara yang tak masuk akal berlaku seperti kanak-kanak mencabul dan sebagainya yang menunjukkan akal telah dirosakkan.
3. Jiwa annafs. Hari ini berbagai jenayah berlaku.
4. Keturunan, hari ini budak sekolah mengandung di buang sekolah. 300 ribu budak sekolah melahirkan anak luar nikah.
5. Hartabenda, ada duit risau takda duit pun risau.
Yakinlah, yang menyelamat 5 perkara di atas hanyalah undang-undang Allah.
9:00pm 5/11/13