Ustaz Ikram
Masjid al-Azim
Peristiwa Islam dalam bulan Islam
Bulan kedua iaitu Safar, maksud dan amalan, amalan khurafat.
Bulan Zulhijjah yang terakhir dalam bulan Islam, ibadah haji, ibadah korban.
Dalam bulaan Safar ada lima hingga lapan peristiwa yang berlaku semasa nabi Rasulullah masih hidup ataupun wafat.
Ketika Rasulullah masih hidup ketika dalam proses dakwah, Darun Nadwah pusat himpunan Quraisy membincangkan tindakan nabi yang membawa agama baru, makin hari makin ramai pengikutnya. Abu Lahab sebagai ketua mengumpul suatu kumpulan untuk menghapuskan segala perkara berkaitan nabi. Nabi saw juga terima ancaman bunuh dan semakin kuat setelah kematian bapa saudara Abu Talib dan isteri Siti Khadijah. Allah terus perintahkan Rasulullah berhijrah ke Madinah. Surah Hujurat, mereka merancang untuk membunuh, tatapi kamu ingat mereka merancang Allah juga merancang.
Rumah Arqam bin Abi Arqam menjadi pusat himpunan Orang Islam diketuai Rasulullah saw yang berhadapan dengan Darun Nadwah.
Peristiwa lain perkahwinan pertama Rasulullah saw dengan Siti Khadijah. Sejarah perkahwinan Islam Siti Khadijah yang melamar Rasulullah saw, tertarik dengan peribadi Rasulullah saw lalu dihantar wakil untuk meminang berjumpa dengan Saidina Hamzah r.a. sebagai wakil Rasulullah saw.
Sejarah Siti Khadijah binti Khuwailid seorang janda, berumur 40 tahun, jumlah isteri Nabi saw ada sebelas orang dan hanya seorang merupakan anak dara iaitu Aisyah rah. Gelaran Ummu Hendon, pernah berkawin dengan dua lelaki yang telah meninggal dunia, di antara kalangan golongan bangsawan, suami pertama Atid ibnu Abid mendapat Hendon, suami kedua Abhar al Tamimi dan dikurnia dua putri dan dua putra. Lepas mati suaminya baru berkawin dengan Rasulullah saw dan dihadiah enam zuriat dua laki empat perempuan Abdullah, Qasim, Zainab, Fatimah, Ruqaiyah, Ummu Qalsum. Wanita pertama peluk Islam, meninggal tiga tahun sebelum nabi berhijrah. Dimaqam di Mekah, nabi sendiri turun ke liang lahad.
Ucapan terakhir Khadijah:-
"apabila aku mati jika tulang belulang aku boleh dimanfaatkan untuk Islam, galilah kuburku."
Seafdhal wanita yang akan pasti masuk syurga iaitu Khadijah, Fatimah anak Rasulullah, Asiyah bini Firaun dan Mariam ibu Nabi Isa.
8:30pm 27/10/13
No comments:
Post a Comment