Surau Islamiah, Ustaz Ariffudin Zulkifli, Umur bertambah tapi sebenarnya masa untuk mati semakin dekat, surah al-Imran 185 kullu nafsin za ikatul maut, setiap yang hidup pasti akan merasai mati, kehidupan yang baik di dunia tidak menjamin hidup yang baik di akhirat. Dari tiga perkara yang mengiringi kita ke kubur, dua akan balik iaitu harta dan keluarga yang tinggal hanyalah amalan. Pergi suatu tempat bernama tanah kubur takkan balik semula. Peringatan kematian dari dulu kini dan selamanya. Keadaan kita mati tidak menentukan baik atau tidak kematian kita. Soalan bocor di dalam kubur, siapa tuhan kamu, siapa nabi kamu, apa agama kamu... Amalan kita di dunia menjadi arkitek rumah kita di dalam kubur. Datang seorang lelaki di dalam kubur, elok rupanya berkata bergembiralah kamu di dalam alam kubur ini kerana aku adalah amalan kamu. Dalam satu keadaan lain, datang seorang lelaki yang buruk rupanya dan berkata berdukalah kamu di dalam alam kubur ini kerana akulah amalan kamu semasa di dunia. Pangkat di dunia tidak membawa apa-apa di dalam alam barzakh.
Dunia hanyalah pinjaman, kita hanya menumpang, mula hidup pun daripada air yang sangat hina.
Cop mohor Saidina Umar r.a. di cincin bertulis cukuplah mati sebagai peringatan. Hadis nabi, sahabat bertanya kepada Nabi s.a.w siapakah orang yang paling bijak? Nabi s.a.w menjawap orang yang paling bijak adalah orang sentiasa mengingati mati. Bijaksana bawa maksud kita sentiasa fikir tentang alam akhirat. Hadis 1 sahih Bukhari Sheikh Abdul Kadir Mandili, dibawakan kematian dan disembelih seperti seekor kibas supaya tiada kematian selepas itu, maka bergembiralah orang di neraka dan bersedihlah orang di syurga. Hadis 2 hadis 40 Imam Nawawi, kata Nabi s.a.w jadilah kamu didunia ini seperti seorang musafir, kita bawa barang mencukupi untuk ke destinasi terakhir untuk dipersembah kepada Allah.
830pm 24/11/2013
Monday, November 25, 2013
Mati dulu, kini dan selamanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment