Wednesday, November 6, 2013

Maal Hijrah 1435

Ustaz Firdaus Mahadi
Islamiah
Maal Hijrah 1435H

Sebelum ada tahun hijriah tiada tarikh khusus. Hanya berdasarkan kejadian besar dan bersejarah dalam tahun itu. Seperti tahun gajah dan laim-lain. Zaman Saidina Abu Bakar masih tiada sebab hanya tiga tahun berkhidmat. Pada zaman Saidina Umar baru ada tarikh hijriah. Di ambil sempena hijratul rasul yang juga usia Agama Islam yang digerak dan dihalaqah oleh Rasulullah.

Tugas Rasulullah saw yang utama iaitu menyucikan manusia. Kebanyakan manusia bila dikatakan mrmbaca al-Quran hanya tahu membaca sahaja tanpa mentadabburkan al-Quran. Rasulullah saw ambil masa 13 tahun menguruskan kerja dakwah Islam sebelum baginda berhijrah. Suraqah bin Malik yang bawa Rasulullah saw ke Madinah adalah seorang Arab yang masih belum Islam lagi. Bila Rasulullah saw di Madinah baginda memulakan tugas dengan membina  Masjid sebagai tanda taqwa.

Ada dua jenis pemimpin iaitu:-
1. Pemimpin yang Aqamasolah iaitu apabila mendengar azan dia bersolat dan bersumpah kepada Allah.
2. Pemimpin Muqimassolah iaitu dia tetap mendirikan solat tetapi belum tentu menerima Islam.

Islam menjaga ekonomi umatnya melalui zakat. Khilafah, Muawiyah, Abbasiyah, Uthmaniyah Islam masih lagi pegang ekonomi dunia.

Pemimpin yang ajak kerja baik dan mencegah kerja mungkar.

Rasulullah saw menyatukan lebih 80 agama yang ada di Yathrib dengan menggunakan Islam. Orang Munafik yang irihati dan dengki dengan kerja Islam baginda turut membina masjid di Madinah yang lebih cantik dari Masjid Nabawi untuk memecahbelah umat Islam. Di Kelantan ada satu masjid di pulau chondong.

Maqasid syariah, nabi perjuangkan 1. Agama tetapi hari ini orang Islam sendiri mempermainkan agama Islam. Lebih 400 ribu orang islam mohon murtad.
2.Akal, hari ini perkara yang tak masuk akal berlaku seperti kanak-kanak mencabul dan sebagainya yang menunjukkan akal telah dirosakkan.
3. Jiwa annafs. Hari ini berbagai jenayah berlaku.
4. Keturunan, hari ini budak sekolah mengandung di buang sekolah. 300 ribu budak sekolah melahirkan anak luar nikah.
5. Hartabenda, ada duit risau takda duit pun risau.

Yakinlah, yang menyelamat 5 perkara di atas hanyalah undang-undang Allah.

9:00pm 5/11/13

No comments: