Friday, March 22, 2013

Perkara Membatalkan Syahadah

Ust UIA,
Surau Islamiah,
sambungan...

 2. Mengaku perkara zahir batin bukan hak Allah,
Surah al-Ankabut:58, ingat Allah hanya ketika susah dan waktu tertentu sahaja.

Surah Az-Zuhruf:51-54 Firaun kata Sungai Nil yang besar dan terpanjang mengalir atas arahan beliau. Nabi Musa ketika itu tiada apa. Firaun kata kalau Musa hebat mana malaikat yang tak jadi pengapit nabi. Dibanding dengan Firaun yang penuh gelang emas di tangan.

3. Beramal kepada selain dari Allah.
Doa iftitah dalam surah an'am:152-153 hanya sunat hai'at bukan fardhu.

Pengakuan ikrar rasmi ibadat kerana Allah. Berkhidmat kerana Allah untuk negara. Ibadat tak khusus untuk yang lima sahaja tetapi apa saja amalan baik yang Allah tak larang dengan niat kerana Allah. Bina masjid dengan sebaik-baiknya dengan niat kerana Allah.

Banyak amalan syirik seperti khidmat untuk kebangsaan, perkauman macam Ansar dan Muhajirin bilamana dijadikan qasad tujuan.

Mazhab berbeza merupakan satu rahmat daripada Allah. Taksub mazhab seperti tawaf tersentuh wanita wajib ambil semula wuduk.

Sahabat tanya nabi apakah itu Assobiyah/perkauman, nabi kata bila kamu tolong kaum kamu walaupun dia zalim dan kamu bukanlah dikalangan umat aku.

08:41pm Fri 22-03-13

Monday, March 11, 2013

Sirah Nabawiyyah - Peristiwa Bani Nadhir

Ustaz Shukri b Harun,
Surau Islamiah,
Kitab Fiqh al Harakah dari Sirah Nabawiyyah, ms180,

Peristiwa Bani Nadhir, Yahudi dan munafik dan musyrikin bersekutu menentang Islam. Di Malaysia perkembangan kristian bertambah daripada 1% pada tahun 90an kepada 9.2% sekarang.

Rekod dipegang oleh bangsa Yahudi iaitu membunuh paling ramai nabi dikalangan mereka maka agenda membunuh Nabi Muhammad s.a.w hanyalah perkara kecil. Bukan Allah tak turun wahyu dan Jibril tak halang nabi makan peha kambing yang beracun tapi Allah nak tunjuk perancangan Allah yang maha hebat  dengan memberi Rasulullah s.a.w nikmat mati syahid.

Muhamad bin Maslamah wakil nabi s.a.w bercakap dengan yahudi, nabi beri masa 10 hari untuk yahudi keluar daripada perkampungan di Makkah setelah nabi s.a.w. diracun.

Surah al Hasyir:59 menceritakan dengan jelas tentang orang Munafik. Ketua munafik Abdullah bin Ubai berkata pada Bani Nadhir jangan keluar kita lawan, imam masjid Abdullah bin Umi Maktum dipilih menggantikan nabi s.a.w bila nabi keluar pergi perang, dia merupakan seorang imam yang buta tetapi boleh dipilih oleh Nabi s.a.w.

Sheikh Abdul Hameed Qish ulamak mesir juga seorang yang buta tetapi 2.5juta jemaah sanggup menunggu mendengar khutbah jumaat. Kabilah Ghatfan tak ikut orang munafik yang seramai 2 ribu orang.

08:47pm Mon 11-03-13

Thursday, February 28, 2013

Iman dan Otak

Ustaz Awang Rani Awang Besar,
Surau Islamiah,

ms 186, sesungguhnya mesti diingat itu orang yang lupa yang kita mesti ingatkan tentang perkara iman.

Otak terbahagi 2 iaitu otak terima yang besar, otak yang simpan yang kecil dibelakang kepala.

Imam yang berMazhab Hanbali di Mekah yang baca Bismillah dengan sil(perlahan).

Manusia memang mempunyai sifat pelupa. Nak kuatkan ingatan

1. Kena rajin baca Al-Quran.
2. Jangan meludah ke dalam lubang tandas.
3. Jangan merenung najis dalam lubang tandas.

Harus tegur kepada orang yang lalai. Abu Bakar al-Wasiti diminta orang supaya berdoa untuk kesenangan dunia dia tanya balik tak cukup lagikah apa yang dah jadi hakmilik kamu?

Kisah Nabi Huzair yang tidur selama 100 tahun. Azali sediakala.

Ujub perasan bagus sangat daripada orang lain, riak takkabur, azazil malaikat ketua kepada malaikat lain. Rendah diri, tolak satu ayat Al-Quran Allah dah turunkan darjat azazil jadi iblis.

Abdullah al Munazil. 6prinsip hidup doa,

08:57pm Thu 28-02-13

Wednesday, February 27, 2013

Tuesday, February 26, 2013

Pintu-pintu Syurga - Pintu ke-5, Pintu Sadaqah

Ustaz Hamizan Mohd Shah,
Surau Islamiah,

1. Pintu jihad, jihad paling besar cakap benar depan pemerintah yang zalim,
2. Pintu taubah, wajib bagi orang buat dosa, manusia sering buat dosa tak macam rasul yang maksum.

5. Pintu sadaqah pintu orang yang rajin sedeqah, waqaf,

Surah al-Baqarah 2:261-274 13 ayat tentang orang infaq harta,
Ayat 261 umpama 1 benih tumbuh 7 tangkai setiap tangkai 100 butir makna Allah bagi ganjaran bagi setiap sedeqah. Mardhatillah, semata-mata mencari keredaan Allah umpama satu pokok yang disirami hujan yang begitu lebat, boleh jadi sia-sia dan terbatal jika semata-mata untuk sakiti hati orang lain, bagi sedeqah tetapi hina orang yang disedeqah, kalau rasa ada sindiket dan takut tak sampai kepada si penerima sebenar itu luar tanggungan tapi antara kita dan Allah kita dah dapat bahagian, dah bagi kemudian ungkit cerita kepada orang lain pahala sedeqah kita akan terbatal.

Allah gambarkan sedeqah orang riak umpama tanah atas batu yang licin dituruni hujan lebat, seperti orang kafir yang bersedeqah, bila nak sedeqah/ waqaf/infaq beri yang baik-baik kalau boleh jangan barang yang lama, sedeqah orang nampak adalah baik tetapi tidak nampak lagi baik.

Niat nak bagi galakan supaya orang lain pun sedeqah dibolehkan tetapi kalau ada niat riak akan hilang pahala. Sedeqah cara sembunyi lagi elok lepas sedeqah buat tak tahu. Tangan kanan sedeqah tangan kiri tak tahu.

Kelebihan sedeqah menghapuskan dosa, sembuhkan penyakit, memberkat harta, melapangkan rezki, apa sahaja yang kamu sedeqahkan Allah  akan bagi balik dan gandakan lagi rezki.

Janji Allah itu pasti jangan kedekut dengan Allah. Jangan batalkan pahala sedeqah dengan ungkit, hina orang atau riak.

08:50pm Tue 26-02-13

Silver Linings Playbook


Wikipedia : Silver lining (idiom), a metaphor for optimism in the common English-language idiom "Every cloud has a silver lining"

The film was adapted from the serio-comic novel by Matthew Quick.

After spending four years in a mental institution, Patrick, a former teacher moves back in with his mother and tries to reconcile with his ex-wife.

Director: David O. Russell
Writers: Matthew Quick (novel), David O. Russell (screenplay)
Stars: Bradley Cooper, Julia Stiles, Jennifer Lawrence and Robert De Niro

Monday, February 25, 2013

Hadis 40 Imam Nawawi


Penceramah : Ustaz Fadlullah Ismail,
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab : Hadis 40 Imam Nawawi, ilmu hadis, makna sanat matan dll.



Ada 6 ulamak hadis yang terkenal iaitu Abu Daud, Bukhari, Muslim, Tarmizi, Nasaei, Majah.

Hadis terbahagi kepada tiga iaitu

i. Hadis Sahih,
ii. Hadis Daif,
iii. Hadis Mauduq.

Hadis Sahih ada beberapa syarat iaitu
i. Perawi bersifat adil bukan fasiq,
ii. Perawi seorang dobiq iaitu kuat ingatan,
iii. Perawi selamat daripada keganjilan iaitu ianya tidak berbeza dengan hadis yang sama yang dibawa oleh perawi lain.

Hadis Daif bermaksud hadis yang lemah dan pelik.

Hadis Mauduq bermaksud hadis yang disahkan palsu.

Hadis DAIF contoh - hadis menuntut ilmu itu fardu bagi setiap muslim, ia menjadi hadis lemah kerana daripada turutan perawi terdapat seorang perawi yang terkenal dengan sifat pelupa yang bernama Abd Malik bin Ali dan juga hadis ganjaran terawih setiap malam. Hadis Daif boleh diceritakan kepada orang lain dalam bab akhlak tetapi bukan untuk bab akidah dan amalan ibadah.

Hadis MAUDUQ wujud sejak zaman Saidina Usman yang mana bermulanya zaman pertembungan orang Islam yang berpecah apabila Saidina Usman melantik saudara maranya di dalam jemaah menteri pemerintahan. Ketika di zaman Saidina Ali muncul pula golongan Syiah seperti Zairiah dan Jaafari dll.

Terpecah kepada 3 golongan
1. Syiah yang menyokong Saidina Ali
2. Khawarij yang menolak Saidina Ali tetapi menyokong Muawiyah
3. Golongan yang tidak menyokong dua-dua pihak, imam azuhri imam syiah,

Sebab-sebab kemunculan hadis palsu
SATU telah muncul hadis palsu yang banyak dibuat oleh golongan Syiah atas sebab taksub kepada ketua. Golongan muawiyah dan golongan ketiga juga ada hadis palsu. Bani umaiyah syria, muawiyah anak abu sufian. Bani abasiyah iraq, abas ibni abu talib.

DUA Golongan zihir yang benci Islam turut ada hadis pelik dan lawak.

TIGA Assabiyah yang taksub kepada bangsa juga ada mereka hadis palsu.

EMPAT Taksub dan benci kepada 4 imam, contoh imam Abu Hanifah.

LIMA Amalan sesetengah zikir

ENAM Pertahan mazhab Abu Hanifa tiadalah solat baginya yang angkat tangan selepas ruku', mazhab Imam Syafie ada mengatakan Jibril membaca basmallah dengan kuat ketika solat.

TUJUH Kelebihan surah direka oleh Noh bin Abi Mariam.

LAPAN Golongan pengampu pemerintah seperti kisah Riyad bin Ibrahim yang masuk berjumpa khalifah Mahdi bapa khalifah Harun arRashid sedang bermain dengan burung merpati lalu berkata dia kepada khalifah bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda bermain burung merpati itu harus.

Cara ingin tahu Hadis Mauduq
1. Ada sebab keuntungan dan tersilap tulis
2. bercanggah dengan akal contoh Bahtera Nabi Noh bertawaf 7 kali di Kaabah, ayam putih adalah kekasihku(nabi),
3. Bercanggah dengan Al-Quran contoh anak zina tidak boleh masuk syurga hingga tujuh keturunan.
4. Terang pahala besar atas amalan kecil atau kesalahan kecil mendapat dosa besar seperti contoh mengerjakan solat dhuha akan mendapat pahala 70 nabi, keburukan atau kelebihan hari tertentu.

Nabi s.a.w ada bersabda jangan berdusta dan bersandar atas namaku nescaya tunggulah azab di neraka kelak.

08:44pm Wed 03-10-12 yayasan aman