Thursday, April 25, 2013

Orang berhidayah

Ustaz Awang Rani Awang Besar,
Surau Islamiah,
Tafsir al Baqarah 257,

Menghapuskan kemungkaran menegakkan yang maaruf, kemungkaran perkara yang murkai Allah, wajiblah kita hapuskan kemungkaran.

Orang yang mendapat hidayah dan beriman menukar kegelapan sifat kekufuran (zulumat) kepada nur keimanan.

Manakala taghut keluarkan daripada cahaya kepada kegelapan. Syair imam syafie.

08:54pm Thu 25-04-13

Menukar Gelap kepada Cahaya

Penceramah : Ustaz Awang Rani Awang Besar,
Tempat : Surau Islamiah,

Surah al Baqarah 257, menghapuskan kemungkaran menegakkan yang maaruf, kemungkaran perkara yang dimurkai oleh Allah, wajiblah kita hapuskan kemungkaran.

Orang yang mendapat hidayah dan beriman menukar kegelapan sifat kekufuran (zulumat) kepada nur keimanan manakala Taghut mengeluarkan daripada cahaya  keimanan kepada kegelapan kekufuran. 
- Syair Imam Syafie. 

Renung-renungkan...

08:54pm Thu 25-04-13

Monday, April 15, 2013

Riyadus Solihin - Jenis-jenis Hadis

Ustaz Najmudin Said,
Surau Islamiah,
Kitab Riyadus Solihin,

Hadis dari segi bahasa bermaksud al-jadid iaitu yang baharu.
Dari segi istilah ialah apa sahaja yang disandarkan kepada nabi, perkataan, perbuatan, takrir(nabi diam), sifat, akhlak.

Hadis Qauli,
Perkataan, tasbiyah di mekah selama 10 tahun,
Penyucian aqidah, nabi saran hanya mentauhidkan Allah, dan menjauhkan berhala, tanpa perlu solat, puasa, tarbiyah di Madinah, nabi ajar sahabat yang turut berhijrah yang beriman kepada Allah agar laksana solat zakat puasa dan sebagainya. Berjalan selama 13 tahun.

Hadis Fiqli
Hadis perbuatan, contoh nabi tidak pernah tinggal solat qabliyah 2 rakaat sebelum subuh dan 4 rakaat sebelum zuhur.

Hadis Taqrir
Perbuatan salah seorang sahabat dihadapan nabi dan nabi diam sahaja contoh sahabat makan dhab tetapi nabi tidak makan.

Hadis Sifat
Kejadian nabi s.a.w. contoh Anas menceritakan nabi tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.

Hadis Akhlak
Sifat peribadi nabi, contoh pemalunya nabi lebih malu daripada gadis perawan, nabi s.a.w tidak pernah  menolak sebarang makanan yang dihidang.

Sunnah mutaharoh yang suci. Sahabat, alhafiz Muhd Ismail penghafal Al-Quran. Kalau duduk belakang ulamak yang arif 100 ribu hadis. Sanad.

Kepentingan hadis Imam Nawawi kata
1. Ilmu yang penting yang digabung dengan Al-Quran seperti dalam hadis Lantadillu..
2. Kita buat apa yang Nabi Muhammad s.a.w selalu buat, makan tidur.

Keutamaan kelebihan belajar hadis
1. Allah beri cahaya di wajah orang yang belajar hadis, faham, hafal dan sampaikan, dimuliakan oleh Allah, ibadat kita lebih bermakna.
2. Membela menjaga hadis, Tafsir hadis yang disyarahkan oleh ahli hadis. Hadis mauduq (palsu) oleh golongan ekstrimis, antihadis dan
3. Golongan ahli hadis yang akan hancurkan anti hadis.

08:46pm Mon 15-04-13

Wednesday, April 3, 2013

Hadis tentang 12 Malaikat, Ludah, Abu Bakar masuk syurga & Konflik Dua VIP

Ustaz Fadlullah Ismail,
Surau Islamiah,

HADIS 1  Hadis tentang 12 malaikat

Anas r.a menceritakan satu ketika seorang lelaki masuk saf solat termengah-mengah dan tergopoh-gopoh lewat. Sebelum mengangkat takbir dia mengucapkan alhamdulillah hilazi hamdan kasiro mubarakatan fiq.. Habis solat Nabi s.a.w. terus menoleh ke belakang dan bertanya siapakah yang ucap ayat tadi? Pada mulanya tiada orang mengaku. Kali kedua lelaki tadi menjawap saya ya Rasulullah. Nabi pun berkata aku nampak ada 12 malaikat berebut nak angkat ucapan tadi.

Moral: Nabi s.a.w. menunjukkan teknik menegur orang yang buat salah dengan memuji dahulu di khalayak ramai seperti Nabi s.a.w. buat.

HADIS 2, Hadis tentang ludah,

Anas r.a ternampak kesan ludah pada dinding masjid hingga Nabi Muhammad s.a.w. marah merah muka, datang seorang perempuan membersihkan dan menyembur minyak wangi, Nabi s.a.w berkata  alangkah bagus perbuatan perempuan ini.

Moral :
1. Nabi Muhammad s.a.w. marah dalam keadaan diam hingga muka merah. Tak perlu membebel merepek buang masa.
2. Buat tindakan cepat selesaikan masalah seperti perempuan tadi. Dia taknak bagi nabi marah lagi dan dia pun tahu perbuatan itu tak elok. Ditambah lagi buat benda elok.
3. Nabi Muhammad s.a.w. puji perbuatan bukan puji orang.

Hadis 3 Abu Bakar masuk syurga,

Abu Hurairah kata Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat siapa dikalangan kamu puasa sunat pada hari ini, Abu Bakar menjawap aku ya Rasulullah, Nabi s.a.w.  bertanya lagi siapa yang ada menghantar jenazah pada hari ini, Abu Bakar menjawap aku ya Rasulullah, Nabi s.a.w.  bertanya lagi siapa yang ada bersedekah kepada orang miskin, Abu Bakar juga menjawap aku ya Rasulullah, soalan terakhir Nabi s.a.w.  bertanya siapa yang ada melawat orang sakit. Abu Bakar pun menjawap aku ya Rasulullah.
Nabi berkata sesiapa yang membuat semua perbuatan tadi pasti akan masuk syurga.

Moral:
1. Tidak memuji Abu Bakar tetapi untuk memberi galakan kepada orang lain berbuat perkara yang sama.
2. Memberi penghargaan kepada orang yang buat baik.

HADIS 4 Dua VIP berkonflik,

Abd Rahman b Auf seorang kaya mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang Khalid al-Walid, nabi pun memanggil seorang demi seorang. Bila bercakap dengan Khalid al-Walid nabi ingatkan jangan kamu sakiti hati ahli perang Badar yang kalau sedekah segunung emas masih tidak dapat menandingi Abdul Rahman bin Auf.

Nabi s.a.w panggil Abdul Rahman, kata jangan kamu sakiti Khalid al-Walid dia merupakan salah satu daripada pedang Allah yang dihantar memerangi orang kafir.

Moral : Cara yang betul menjadi orang tengah dengan menghargai kedua-dua belah pihak.

08:41pm Wed 03-04-13

Monday, April 1, 2013

Al Quran Tempat Rujukan Tertinggi

Ustaz Mohd Zaki b Syukri, graduan Undang-undang Sivil dan Syariah UIAM,
Surau Islamiah,
Riwahayul Bayan, asSheikh Ali Zainal Abidin,

Al-Quran bukan bahan bacaan untuk dapat pahala semata, wajib diangkat lebih tinggi lagi sebagai tempat rujukan  berbagai aspek sesuai dengan nama-namanya yang pelbagai, baca faham amal dan sebar.

Manfaat baca Al-Quran, sifat Al-Quran ayat pertama dalam surah Al-Baqarah, sebagai cahaya kepada kita, akan berdamping dengan kita di akhirat, sebab-sebab bukan jadi sebab terjadinya suatu perkara.

Surah al-Hujurat:6-10, fasiq datang dengan perkhabaran, jangan terima hingga tergolong dalam golongan al fasiq, alfasiq adalah orang yang keluar dari sempadan syaraq yang melakukan perkara seperti:-

1. Melazimi melakukan dosa besar
2. Melakukan kesalahan jenayah hudud. Kesalahan khusus dengan hukuman yang khusus yang diturunkan Allah dalam Al-Quran,
3. Antihadis, orang bida'ah.

Orang fasiq hati dan lisannya betul tetapi tindakannya tidak betul. Dua bahagian besar dan kecil.

Perkhabaran berita maklumat yang berkesan kepada ummah yang perlu kita selidik dahulu sebelum terima atau kita akan menjadi sebahagian daripada orang-orang yang menyesal.

08:43pm Mon 01-04-13

Friday, March 22, 2013

Perkara Membatalkan Syahadah

Ust UIA,
Surau Islamiah,
sambungan...

 2. Mengaku perkara zahir batin bukan hak Allah,
Surah al-Ankabut:58, ingat Allah hanya ketika susah dan waktu tertentu sahaja.

Surah Az-Zuhruf:51-54 Firaun kata Sungai Nil yang besar dan terpanjang mengalir atas arahan beliau. Nabi Musa ketika itu tiada apa. Firaun kata kalau Musa hebat mana malaikat yang tak jadi pengapit nabi. Dibanding dengan Firaun yang penuh gelang emas di tangan.

3. Beramal kepada selain dari Allah.
Doa iftitah dalam surah an'am:152-153 hanya sunat hai'at bukan fardhu.

Pengakuan ikrar rasmi ibadat kerana Allah. Berkhidmat kerana Allah untuk negara. Ibadat tak khusus untuk yang lima sahaja tetapi apa saja amalan baik yang Allah tak larang dengan niat kerana Allah. Bina masjid dengan sebaik-baiknya dengan niat kerana Allah.

Banyak amalan syirik seperti khidmat untuk kebangsaan, perkauman macam Ansar dan Muhajirin bilamana dijadikan qasad tujuan.

Mazhab berbeza merupakan satu rahmat daripada Allah. Taksub mazhab seperti tawaf tersentuh wanita wajib ambil semula wuduk.

Sahabat tanya nabi apakah itu Assobiyah/perkauman, nabi kata bila kamu tolong kaum kamu walaupun dia zalim dan kamu bukanlah dikalangan umat aku.

08:41pm Fri 22-03-13

Monday, March 11, 2013

Sirah Nabawiyyah - Peristiwa Bani Nadhir

Ustaz Shukri b Harun,
Surau Islamiah,
Kitab Fiqh al Harakah dari Sirah Nabawiyyah, ms180,

Peristiwa Bani Nadhir, Yahudi dan munafik dan musyrikin bersekutu menentang Islam. Di Malaysia perkembangan kristian bertambah daripada 1% pada tahun 90an kepada 9.2% sekarang.

Rekod dipegang oleh bangsa Yahudi iaitu membunuh paling ramai nabi dikalangan mereka maka agenda membunuh Nabi Muhammad s.a.w hanyalah perkara kecil. Bukan Allah tak turun wahyu dan Jibril tak halang nabi makan peha kambing yang beracun tapi Allah nak tunjuk perancangan Allah yang maha hebat  dengan memberi Rasulullah s.a.w nikmat mati syahid.

Muhamad bin Maslamah wakil nabi s.a.w bercakap dengan yahudi, nabi beri masa 10 hari untuk yahudi keluar daripada perkampungan di Makkah setelah nabi s.a.w. diracun.

Surah al Hasyir:59 menceritakan dengan jelas tentang orang Munafik. Ketua munafik Abdullah bin Ubai berkata pada Bani Nadhir jangan keluar kita lawan, imam masjid Abdullah bin Umi Maktum dipilih menggantikan nabi s.a.w bila nabi keluar pergi perang, dia merupakan seorang imam yang buta tetapi boleh dipilih oleh Nabi s.a.w.

Sheikh Abdul Hameed Qish ulamak mesir juga seorang yang buta tetapi 2.5juta jemaah sanggup menunggu mendengar khutbah jumaat. Kabilah Ghatfan tak ikut orang munafik yang seramai 2 ribu orang.

08:47pm Mon 11-03-13