Monday, April 12, 2010

Nikmat Manusia

Penceramah: Ustaz Tn. Ibrahim Tn Man
Tempat : Masjid Al-Azim, Pandan Indah

Hadis Kursi ke12,

Hendaklah kamu ingatKu, 2 nikmat manusia yg membawa kpd kelekaan - sihat & waktu lapang.

Waktu sihat lah solat d msjd. Dah solat duduk tkda sapa nak usung. Kalu kamu hitung nikmat tk trkira banyaknya. Nikmat begitu brharga bila kita amat memerlukannya.

Sifat berpada paling tinggi: ukur harta pada tangan Allah, jangan pada tangan makhluk.

APABILA KAMU TUNAI JANJI KEPADA ALLAH, ALLAH AKAN TUNAI JANJI KAMU, APABILA KAMU SUSAH ALLAH AKAN INGAT KAMU,

hendaklah kamu rasa GERUN kpd Allah, Ittaqkullah...
TAKWA meliputi semua 99sifat Allah, gerun umpama berhenti di traffic light kul 3am sbb takut polis ada. Tdk akan jumpa jln ke syurga melainkan kamu beramal umpama berjalan ke satu destinasi berpandukan papantanda jalan, berzikir, menuntut ilmu.

Kalau mak kita redhakan kita, kaki kiri kita dah masuk syurga(bagi laki). Kamu tak akan masuk syurga selagi kamu tidak brsabar, maka dekatkan diri kamu dgn amalan sunat sbg tnda syg kpd Allah. 07:57pm Mon 22-03-10

Friday, April 9, 2010

Isu HALAL antara IFRC Asia vs JAKIM : Suatu analisa



Sepertimana regulation dandasar perundangan negara yang mana belum secara jelas atau clear menetapkan standard piawaian halal itu dikuasai atau dimonopoli JAKIM semata-mata. Ini kerana piawaian atau standard itu sendiri sebenarnya ada banyak kriteria yang perlu dipatuhi.

Tak semestinya JAKIM sahaja yang menjadi pihak berwajib mengeluarkan logo halal ini kerana ada juga pihak lain yang diiktiraf oleh pihak antarabangsa seperti World Halal Council (WHC) boleh beroperasi di mana-mana negara Islam. Oleh itu jelas negara kita perlu membuka pintu bagi mana-mana pihak yang mempunyai pengalaman dan kepakaran halal ini menyebarluaskan lagi satu perjuangan untuk ummat Islam seluruh dunia.

Oleh itu adalah lebih baik secara adil, IFRC atau Islamic Foods Research Centre wajar kita teliti kemampuan dan pengalamannya selama 15 tahun pengasasnya terlibat dalam penyelidikan halal di Malaysia dan Antarabangsa.

Kelebihan IFRC Asia :

  • Satu badan piawaian standard halal di Malaysia yang mendapat pengiktirafan antarabangsa World Halal Council pada tahun 2007. Boleh lihat sijil pengiktirafan WHC bagi IFRC.
  • IFRC – ASIA is one of the international halal certifier operating in Malaysia. It was established in 2002. So far it issues certificate for more than 700 companies in Malaysia and almost 20 companies in China. It strictly follow the guideline of halal as set by Malaysia, Singapore and Indonesia. This guideline appears in the Codex Alimentarius (1997). That has been approved by all Muslim countries in the world. This includes the standard of halal slaughter, halal food, halal cosmetics and halal usable goods.
  • IFRC Halal Certification are true and legal based on Malaysia Standard (MS 1500:2004), Halal Food-Production, Preparation, Handling and Storage-General Guidelines (First Revision) and Trade Description (Use of Expression “Halal”) Order 1975 and Trade Description (Marking of Food) Order 1975.
  • Pengasas IFRC adalah Hj Abdullah Fahim iaitu bekas Pengarah Bahagian Penyelidikan JAKIM yang merupakan 'mastermind' kepada logo halal JAKIM dari 1993-1998. Beliau juga aktif di arena antarabangsa terutamanya IFANCA pada tahun 2001 sbg wakil Asia Tenggara.

Oleh itu tidak hairanlah kalo mastermind utama bahagian penyelidikan halal JAKIM telah menubuhkan IFRC Asia untuk memberi peluang perkhidmatan piawaian halal pada ummat Islam seluruh dunia dan bukannya terhad di JAKIM atau Malaysia sahaja.

Saya merasakan ummat Islam di Malaysia perlu terbuka dalam mendapatkan maklumat penting sebegini dan bukannya berharap pada institusi atau jabatan kerajaan semata-mata. Kita berhak untuk membuka mata bahawa potensi halal di Malaysia dan luar negara begitu besar sekali. Industri halal hub adalah cukup hebat, oleh itu bagi mereka yang punya kepakaran, ilmu, pengalaman, modal adalah dituntut untuk menyumbangkannya kepada maslahah ummat.

Saya harap tiada lagi kekeliruan ttg IFRC vs JAKIM kerana kedua-duanya menjalankan fungsi piawaian standard halal. Malah pengasas IFRC adalah mastermind utama bahagian penyelidikan halal JAKIM dan sbb itulah ia cukup mantap, penuh pengalaman dan kepakaran tahap antarabangsa dan bukannya sekadar di JAKIM, Malaysia semata-mata...

Courtesy of Jurnallangbiru