Friday, May 10, 2013

Wira 1.6 : Kipas Radiator Proton Wira

Patut lah 2-3 minggu kebelakangan ini enjin kereta aku mengeluarkan bunyi yang pelik dari dalam bonet kereta, rupanya kipas sudah memberi petanda yang hayatnya sudah tak lama.

Dan pada petang Khamis selepas mengharung kesesakan MRR2 dan mengambil anak-anak, secara tiba-tiba mataku terpandang kepada meter petunjuk tahap kepanasan enjin yang mencecah tahap yang tinggi hingga ke tanda merah. Aku terpaksa berhenti di tepi jalan dan mematikan enjin bagi menyejuk kembali. Setelah berehat selama 30minit dan suhu berkurang, aku nekad untuk meneruskan perjalanan balik ke rumah dan akhirnya selamat tiba.

Hari Sabtu,  pergi ke bengkel biasa, MHR Garage Motorsport, bagi mekanik check, dia kata memang kipas radiator dah patah tengah.



Mekanik carik kat kedai potong dapat tukar daripada kipas 4 bilah kepada 5 bilah... lagi cepat sejuk katanya... heheh... ok gak tu...


Selepas tukar bilah dan masukkan semula dalam rumah dia, barulah mekanik pasang balik ke tempat asal.



Dan kereta aku dapat bergerak semula dengan selesa...

No comments: