Saturday, May 12, 2012

Hukum Anak Angkat



Penceramah : Ustaz Azhar Ali
Tempat : Masjid al-Azim, Pandan Indah
Kitab Rujukan : Kitab Tafsir

Tafsir Surah al-Ahzab ayat 4-10

Al-Quran ada terkandung didalamnya berbagai perkara seperti

1. Ayat peringatan,
2. Ayat hukum hakam dan penjelasan dan juga
3. Kisah teladan dan pengajaran.

Dalam perkara teladan dan pengajaran Allah telah menggariskan 6 hukum berkenaan anak iaitu

1. Anak kandung,
2. Anak tiri,
3. Anak susuan,
4. Anak angkat,
5. Anak buangan, dan
6. Anak luar nikah.

Allah ada berfirman yang bermaksud, Dan Allah tidak menjadikan anak angkat sebagai anak kamu sendiri. Zaman sekarang orang suka buat penipuan terhadap anak angkat, sepertinya telah kembali ke zaman Jahiliyah, dan menjauhkan diri dari agama.

Allah telah beri penjelasan haram hukumnya menukar nama bapa kandung kepada bapa angkat. Mengikut Perangkaan terdapat 17,303 orang anak luar nikah setahun. 25,700 orang perangkaan dari tahun ? hingga Julai 2007. Masalah akan timbul dari segi wali nikah, pembahagian harta, hak penjagaan.

Anak angkat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Zaid bin Harithah, anak kelahiran afrika. Mengikut hadis, Allah telah menurunkan wahyu mengarahkan Nabi s.a.w. untuk pergi meminang sepupu Nabi s.a.w. iaitu Zainab. Mereka pun bernikah tetapi jodoh tak lama, tak serasi, Zaid berpisah dengan Zainab. Kemudian turun wahyu arah Nabi s.a.w. untuk bernikah dengan Zainab. Nabi telah dipersoalkan kerana telah berkahwin dengan bekas isteri anak angkatnya. Maka turun ayat Surah al-Ahzab ini yang membenarkan.

Hukum batal wuduk jika bersentuhan, aurat masih ada, tiada hak atas harta pusaka kecuali bapa angkat masih hidup dan memberi hibah kepadanya.

Hadis Bukhari, jangan membenci ayahmu kerana akan jatuh kafir hukumnya. Telah tiada akhlak tauhid dalam diri umat islam sekarang.

Islam ada menggariskan cara dan hukum di dalam Al-Quran untuk semua hal dalam kehidupan kita. Anak angkat sebagai amanah Allah yang sekiranya dididik dengan agama tidak akan meninggalkan ibubapa angkatnya.

Kesimpulan, boleh tanya jabatan agama bagaimana untuk memperbetulkan semula.


08:50pm Wed 12-05-10

Friday, May 11, 2012

Ibadah Sunat yang Penting



Penceramah : Ustaz Taufik
Tempat : Masjid Bandar Baru Ampang.
Kitab Rujukan : Kitab Tafsir

Duduk di dalam majlis ilmu, Allah beri sepuluh keberkatan.

Tafsir Surah ke 93 Surah al-Dhuha

Merupakan surah makkiyah (menekankan tentang keimanan).
Susunan ayat dalam Al Quran sejak azali lagi. Allah terangkan nikmat-nikmat bila patuh arahanNya, bertakwa padaNya. Allah bersumpah demi waktu dhuha, Allah nak tunjuk satu ibadat sunat yang penting.

Abu Hurairah r.a. ada berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan umatnya untuk berbuat 3 perkara sunat yang penting iaitu : -

1. Puasa sunat 3 hari sebulan
2. Solat sunat dhuha dua rakaat
3. Solat sunat witir sebelum tidur.

Waktu dhuha amat panjang, nabi s.a.w. memberi peluang untuk umatnya beramal. Sama seperti melakukan sedekah bertasbih, bertahmid, bertakbir, Ayat-ayat Allah takkan sesekali meninggalkan kamu dan membenci kamu.

Huraian, selepas turun Surah Fajr, Nabi s.a.w. terpaksa menunggu lama 14 atau 40 hari sebelum turun Surah al-Dhuha ini.

Ayat 1 & 2 Demi waktu dhuha dan waktu malam yang sepi.
Huraian: puak Quraisy telah memperlekeh Nabi Muhammad s.a.w. dengan mengatakan yang Nabi s.a.w. telah ditinggalkan Allah.

Ayat 4 Alam akhirat adalah satu alam yang lebih baik dari alam dunia.
Huraian: Allah beri jaminan nikmat yang lebih baik. Sebagai umat nabi s.a.w., kita kena ingat nikmat-nikmat yang kita bakal terima disyurga jauh lebih baik berbanding dunia.

Sungai yang mengalir di dalam syurga sama sekali tidak sama seperti sungai di dunia (surah Muhd:93 jenis sungai di syurga) sungai disyurga takkan berubah.

Nikmat syurga takkan dapat terlintas dalam akal manusia. Bermakna walau macamana indah pun keindahan di syurga yang kita cuba bayangkan, masih tidak dapat menyamai keindahan sebenar di dalam syurga itu.


07:52pm Tue 11-05-12

Tuesday, May 8, 2012

Puji Pujian


Penceramah : Ustaz Nazri Mustafa
Tempat : Surau Islamiah
Kitab Rujukan : Kitab Tasauf,

Ilmu ihsan - akhlak beribadah kepada Allah, ilmu hiasi hati untuk beribadah.

intro: Rahman Allah nikmatNya tetap diberi tanpa kira beriman atau kufur tetapi Rahim Allah hanya untuk yang beriman sahaja.

Terdapat 4 jenis puji iaitu

1.Puji qadim bagi hadis
2.Puji hadis bagi hadis: puji sesama manusia kenalah berpada-pada
3.Puji hadis bagi qadim: manusia memuji allah
4.Puji qadim bagi qadim: Allah memuji diriNya.

Manusia tak boleh memuji diri sendiri takut timbul riak dan dengki.
Manusia dan jin dijadikan Allah hanya untuk beribadah kepadaNya.
Telinga, mata dan hati akan ditanya di akhirat esok. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w. sebagai tanda terima kasih kerana rahmat yang dibawa sampai ke sekalian alam.

Innallahawamalaikatuhu sollu alannabi, sedangkan Allah dan malaikat pun berselawat atas nabi inikan pula kita umatnya. Allah tidak memilih rupa tetapi hanyalah melihat kepada hati.


07:53pm Sat 08-05-10

Friday, May 4, 2012

Redup di Mahsyar?


- Petikan dari Khutbah Jumaat oleh Dr. Azhar Yaakub di Masjid al-Azim, Pandan Indah.

Setiap satu perkara yang Allah swt jadikan pasti ada sebab musababnya. Dalam kehidupan kita, dihadapan kita ada tua, sakit, nazak, mati, bangkit dan mahsyar. Umpamakan kepanasan di dunia ini seperti di padang mahsyar. Bagaimana keadaan kita nanti ketika berdepan dengan kehangatan dan bahang yang panas membara. 


Sanggupkah kita menempuhinya? Sanggup atau tidak, itulah takdir kita, itulah perjalanan hidup kita sebagai hamba Yang Maha Esa. 




Tiada seorang pun yang dapat lepas dan berteduh dari keadaan panas ini. Kecuali hanya 7 golongan yang diberi peluang bernaung dibawah arasy Allah ketika di mahsyar tanpa merasai kepanasan iaitu:-

1. Pemimpin yang adil - suami, ayah, pengurus, pemerintah

2. Pemuda yang hidupnya sentiasa memelihara sunnah

3. Seorang yang sentiasa solat di masjid dan surau

4. Dua orang yang hidup berkasih sayang kerana Allah, membina ukhuwah

5. Lelaki yang menolak zina, ihsan dalam beribadah, hidup sentiasa diperhati oleh Allah

6. Orang yang bersedekah senyap-senyap, jangan kedekut untuk berinfak fisabilillah

7. Orang yang sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t dalam diam hingga menangis.

01:42pm Fri 19-03-10

Wednesday, May 2, 2012

Akidah dan Tuntutan


Penceramah : Ustaz Fadlullah bin Ismail,
Tempat : Surau Islamiah,

Ramai orang Islam zaman sekarang ambil mudah tentang akidah. Akidah dalam bahasa Arab membawa maksud ikatan atau simpulan. Akidah adalah simpulan perkara maknawi iaitu sesuatu yang tidak dapat dilihat.

Sesuatu perkara yang dapat dilihat pula dipanggil issiah. Mukjizat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. seperti Nabi Noh, Isa, Musa a.s. adalah contoh perkara ajaib yang dapat dilihat.

Terdapat 6 perkara pelik dalam Islam

1. Mukjizat, diberikan kepada para nabi dan rasul sahaja, ia membawa maksud kemuliaan iaitu penguat kepada hujah-hujah nabi dalam berda'wah bukan menjadi bahan pertunjukan.

Istimewanya Nabi Muhammad s.a.w. dan beza baginda dengan nabi-nabi yang terdahulu adalah baginda mendapat kedua-dua mukjizat iaitu isiah dan maknawi (Al-Quran).

2. Karomah, kemuliaan, diberi kepada orang soleh, wali allah seperti Saidina Umar alKhatab semasa beri khutbah bangun dan beri arahan kepada Khalid al Walid yang sedang perang, bukan sihir yang dibuat selalu, wali bermaksud penolong agama Allah, waraq orang yang berhati-hati dalam tindakannya didunia
tidak jatuh ke tempat yang tidak baik.

3. Ma'unah kepada orang awam yang buat amalan baik dan ikhlas, pertolongan Allah.

4. Isti'raj, kepada orang yang buat kezaliman, kufur, buat maksiat, yang umur makin panjang, makin kaya, maksud pemberian Allah secara dicampak dan keadaan marah, Contohnya Firaun dan Namrud.

5. Sihir, benda orang belajar, untuk mengelak daripada terkena sihir, sebelum tidur baca 3 Kul. Sihir seperti tangkal budak, tipu dalam berniaga, tangkal dalam kedai, nak tau rumah kena sihir makanan berbuak tanpa duduk atas dapur

6. Irkhas, seperti bayi yang boleh bercakap sewaktu kecil seperti Nabi Isa a.s, ashabul hudud, Juraij seorang bangsa Israel yang beribadat atas bukit tak sahut panggilan maknya.

Perjanjian antara manusia dengan Allah. 4 unsur terbentuk akidah

1. Akal yang boleh berfikir
2. Daya pemilihan untuk pilih perkara baik atau tidak
3. Penyerapan benda baik dalam jiwa
4. Hidayah hanya daripada Allah kerana mencari islam.

08:55pm Wed 02-05-12