Monday, October 31, 2011

Something to inspire... by Steve Jobs (R.I.P)

Tinggalan beliau yang dikatakan menjadi inspirasi peminat-peminat beliau...

Tuesday, October 18, 2011

Anak Asset Ke Syurga Atau Neraka

Dalam mencari siri-siri ceramah Ustaz Don, terjumpa satu klinik keluarga anjuran Brainy Bunch Islamic Montessori. Amat terkesan...


Mula berkenalan dengan Ustaz Don Daniyal ketika penghujung Ramadhan 1432H dalam siri Ihya Ramadhan terbitan TV Alhijrah dan terus mengikuti beliau dalam siri 30 minit Ustaz Don juga terbitan TV Alhijrah. Siri terbaru beliau ini disiarkan pada 10.30 mlm setiap Isnin hingga Rabu. Rancangan yang padat dengan penerangan tentang isu-isu ibadah seharian.

Setiap apa yang kita lakukan di depan anak-anak kita, sama ada kita mahu atau tidak mahu, mereka akan belajar dan mewarisi segalanya. Tanpa kita sedari...

Oleh itu, bersedialah kita untuk menerima apa sahaja perangai anak-anak kita... selagi kita sendiri sebagai ibubapa mereka tidak mengubah perangai masing-masing...


kredit kepada islamicmontessori


Friday, October 7, 2011

Anak Kunci Syurga


Dah lama aku cari buku ni... baru hari ni kedapatan.. pergi solat jumaat di Masjid Biru Taman Melawati. Kebetulan pulak ada penjual buku-buku agama di perkarangan masjid. Terpandang satu buku nih, terus tak pandang yang lain. Habis je solat jumaat terus sambar buku nih... murah je pun..



Mula mencari buku ni bila aku mengikuti kuliah agama Ustad Azhar Idrus di youtube dan secara live di Masjid Bukit Indah, Ampang pada Sabtu 23 Julai yang lepas. Akan ku cuba habiskan baca buku ini secepat yang mungkin...

Aku sertakan sekali kuliah Anak Kunci Syurga oleh Ustaz Azhar Idrus ketika di Masjid Pandan Indah...

Thursday, October 6, 2011

Refurbish!

Just to refurbish the blog, to refresh... nak ambil semangat baru.. semangat untuk menulis... hahaa...

Azam untuk bercerita sebahagian hidup aku di dalam blog, mencurah ilmu yang tak sedalam mana, memberi info kepada yang ingin tahu dan apa-apa yang kurasakan patut ku catatkan di dalam... Mazmi422...