Saturday, June 27, 2015

Ibrah Ramadan

Ustaz Firdaus Mahadi, Ramadan nikmat paling agung daripada Allah swt. Moga Ramadan kali ini Ramadan yang terbaik dalam hidup kita. Peluang kita memperbaiki kesilapan amalan ibadah dan menjadi lebih baik dari yang lepas. Nabi Muhammad saw bersabda barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah maka Allah akan menghapuskan dosa-dosa yang lalu. Setiap peristiwa ada mesej dan pengajaran. Surah Yusof ayat terakhir, sesungguhnya kisah umat terdahulu sebagai ibrah pengajaran bagi mereka yang berfikir.
Antara ibrah yang boleh diambil dalam Ramadan ini 1. Musim kebaikan, bagaimana Syeikh Muhammad al-Amin Assyanaqitah seorang bangsa afrika dan penggembala kambing yang hafiz, telah mengumpulkan ratusan ayat-ayat Al-Quran berkaitan puasa dan lain-lain tajuk dan  mentafsirkan berdasarkan tajuk-tajuk tersebut. Anak murid beliau bertanya, Apa yang perlu kami lakukan untuk sambut musim kebaikan ini? Syeikh menjawap, Perbanyakanlah beristighfar meminta ampun kepada Allah. Kita amat mengharapkan rahmat Allah, tapi masih ada dosa kita yang telah menghalang rahmat Allah sampai kepada kita. Kisah kemarau panjang di zaman Nabi Musa as, Nabi Musa bertanya kenapa ya Allah kemarau kali ini lama sangat?, Allah jawap, ada diantara kamu dan pengikut kamu yang berdosa kepada Allah yang telah menghalang rahmat Allah. Nabi Musa as bertanya kepada pengikutnya yang beribu-ribu itu maka ada seorang yang terasa lalu menundukkan kepala memohon kemaafan bertaubat kepada Allah. Tak sampai lima minit turunlah hujan selepas beberapa tahun dilanda kemarau. Nabi Musa bertanya lagi Wahai Allah, boleh ah engkau tunjukkan siapa dan apakah dosa orang itu, Allah menjawap lagi takkan aku nak mendedahkan dosa dan siapakah orang itu. Allah beri peluang kepada kita untuk bertaubat dan tidak akan memalukan dan mendedahkan keaiban diri sendiri.
Zaman Hasan alBasri ada seorg laki datang berjumpa dan mengadu, setiap malam tidur dalam keadaan sejahtera dan ingin solat malam dan sediakan air disebelah tempat tidur, tapi aku tak bangun qiamulail, Hasan Basri menjawap itu adalah kerana dosa kamu yang membelenggu diri kamu. Sebahagian manusia beribadah hanya kerana datangnya Ramadan sahaja, mrnunjukkan mereka menjadi hamba kpd Ramadan. Barangsiapa yang beribadat hanya dalam bulan puasa sahaja, menutup aurat dalam bulan puasa sahaja maka ibadahnya takkan diterima. Surah al-Furqan:23 kami jadikan debu yang berterbangan, pahala kita menjadi sia-sia kerana buat kebaikan untuk waktu tertentu sahaja. Puasa hanya dapat lapar dan dahaga sahaja. Kerana tuhan yang sama yang menyuruh kita puasa, menutup aurat, solat lima waktu tiada tuhan yang lain. Bulan untuk pertingkatkan ibadah kita, memperbaiki ibadah wajib kita. Solat merapatkan saf, haji memakai pakaian yang tidak berjahit, puasa dari subuh hingga maghrib untuk semua orang tak kira sama ada kaya miskin VIP hitam putih atau siapa sahaja. Di Malaysia ratusan ribu tan makanan dibuang setiap hari dibazirkan begitu sahaja. Hadis lihatlah kemampuan orang yang kurang dari kamu yang lebih memerlukan dari kamu, masih boleh ada kereta motosikal, masih lagi dapat makan ayam setiap hari, masih lagi cukup makan pakai, masih ada pakaian raya setiap tahun. Dengan lebihan harta kita bantulah mereka yang lebih memerlukan dapat merasa nikmat kehidupan seperti kita.
Allah tak paksa kita solat terawih, baca Al-Quran, sedekah dan lain-lain ibadah sunat, kitalah yang mengejar ganjaran. Dalam perang Badar Allah perintah 1000 malaikat bantu tentera Islam yang menyaksikan 70 orang tentera musuh mati, masih ada tentera Islam yang mati iaitu 14 orang. Allah nak tunjuk bahawa kita perlu berusaha dulu sebelum bertawakal. Nak buat qiamulail kita kenalah ikhtiar dulu seperti pasang alarm, ambil wuduk dan berdoa sebelum tidur. Selepas itu Allah akan buka jalan-jalan kebaikan apabila kita berusaha.
Berpuasa di bulan Ramadan bukan menahan diri dari makan dan minum sahaja tetapi menahan diri dari membuat sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah. Barangsiapa yang beramal dan pada masa yang sama berkata dusta maka Allah tidak akan memandang amalan berpuasa kita. Moga apa kebaikan yang kita buat dalam bulan Ramadan ini akan menjadi ibadah. Tidur boleh menjadi ibadah sekiranya tidur boleh membuat kita lebih bertenaga untuk beribadah di malam hari. Solat sunat rawatib lebih tinggi darjatnya daripada solat terawih. 10Ramadan 1436 27/06/15

Sunday, June 21, 2015

Berkat Ramadan

Ustaz Mejar Hj Daud, Terawih hidupkan hingga akhir. Nabi saw bersabda sahurlah pada akhir waktu kerana disitu ada kelebihannya, keberkatannya. Buat ikut apa yang nabi suruh. Keberkatannya seperti boleh bertahan hingga 12 jam tak makan. 

Solat subuh di awal waktu salah satu cara nak tambah rezki, baca AlQuran sebelum pergi kerja. 

Solat Dhuha ditempat kerja sebagai pembuka rezki. 

Solat Zuhur awal waktu, tutup aurat ikut perintah Allah tanpa memilih-milih, semua kita mintak syurga tapi amalan banding dengan sahabat malu kita. 

Bazar ramadan kurangkan. 

Berbuka, sebelum buka lima sepuluh minit untuk berdoa. Nabi berbuka dgn tamar basah dan air kosong. 

Maghrib di awal waktu. Isya, Terawih dan Witir. 

5 Ramadan 1436H 21/06/15

Puasa orang jahil

Nikmat Allah bagi nikmat sihat dan nikmat kelapangan. Haji kesempurnaan, taufik bermaksud menjadi kuasa untuk membuat ibadah. Ambil peluang solat malam di dalam bulan Ramadan, solat berjemaah yang dikira sebagai fardhu kifayah menurut Imam Syafie. 

Ramadan al-Mubarak adalah masa bagi orang yang mentafarukkan diri mendekatkan diri dengan Allah sepanjang Ramadan yang lebih barokah. Bidadari di syurga yang tersangat cantik telah disediakan oleh Allah untuk orang yang berpuasa di dalam bulan Ramadan. Malah isteri kita akan lebih cantik daripada bidadari bila kita berjumpa di dalam syurga. 

Allah tak bagi keampunan selagi dia tak bertaubat nasuha kecuali 
1. Orang yang mabuk minum arak 
2. Orang derhaka ibubapa. 
3. Orang yang putuskan silaturrahim antara adik beradik, jiran tetangga. 

Perkara yang membatalkan puasa seperti mengumpat, menipu. 

Martabat darjat puasa 

1. Puasa orang awam 
2. Puasa orang dipilih oleh Allah swt iaitu menjaga panca indera mereka 
3. Puasa orang yang semata mencari keredhaan Allah semata-mata, ikhlas yang sebenarnya seperti Rabiatul Adawiyah buat amal.

Orang jahil berpuasa hanya terikut-ikut perbuatan orang lain tanpa mengetahui niat puasa, syarat sah puasa, apa perkara membatalkan puasa dan lain-lain. 

4 Ramadan 1436 21/06/15

Friday, June 19, 2015

Istiqamah amalan ibadah

Ustaz Abu Munir Abd Saa'id, semua perkara baik yang dibuat dalam bulan Ramadan. Nabi saw terlebih dahulu telah mengerjakan perkara kebaikan bukan sahaja dalam bulan Ramadan tetapi bulan-bulan selainnya. Baginda mendahulukan diri baginda untuk melakukan perkara baik dan amalan ibadah daripada orang lain. Saidatina Khadijah ada menceritakan bagaimana Nabi Muhammad saw melakukan solat-solat malam sehingga bengkak kaki, tanpa mensia-siakan masa melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Baginda berebut untuk berbuat kebaikan kerana mengetahui ganjaran yang akan diberi oleh Allah swt.
Rahmah Allah swt telah diturunkan kepada setiap umat Islam sehinggakan setiap malam Ramadan masjid sentiasa penuh. Janganlah mensia-siakan perkara kebaikan walau sekecilmana pun dari sekecil-kecil senyuman. Kita takkan terlintas di fikiran kita ganjaran yang Allah berikan di dalam bulan Ramadan.
Satu kisah, Nabi Muhammad saw berhenti dan menyebut ameen di setiap tiga tangga mimbar, sahabat bertanya apakah yang engkau buat ya Rasulullah? Malaikat Jibril berdoa Alangkah celakanya orang yang mensia-siakan Ramadan tanpa melakukan kebaikan sedikitpun.                                       Bagaimana untuk istiqamah dengan amalan kita. Bagaimana pula kita boleh istiqamah dengan perkara bukan ibadah seperti makan minum, pegang henfon, pergi kerja tapi tak boleh istiqamah dengan amalan ibadah kita sebab kita tak rasa perlu untuk melakukan kebaikan. 3 Ramadan 1436H 19/06/15M

Thursday, June 18, 2015

Kesilapan dalam bulan Ramadan

Ustaz Azahar Muhamad, Kesilapan yang sering berlaku dalam Ramadan. 

1. Makan dan minum dengan bebas secara sengaja. Musafir dua marhalah 90 km tak kira naik apa, dibolehkan berbuka puasa tapi ianya hanya harus bukan wajib. 

2. Tidak tunai solat ketika berpuasa, bukan tak solat tapi tak penuh lima waktu. Ramai tinggal solat tak tinggal puasa dan sebaliknya. Bila tak solat Allah masih tak akan terima amalan lain termasuklah puasanya. 

3. Beralasan tak larat buat kerja sebab berpuasa. 

4. Wanita yang datang berterawih berjemaah tapi tidak menutup aurat, akan mengurangkan pahala berterawih. 

5. Tidak banyak berdoa ketika berpuasa dan pada  waktu berbuka puasa. 

6. Makan sahur ditengah malam takut tak bangun di hujung waktu. Orang puasa tapi sakit sebab tak ikut cara menjaga kesihatan yang sebenarnya. Sebab ramai orang dijangkiti sakit buah pinggang kebanyakannya adalah kerana berbuka puasa dengan air berkarbonat dan juga air sejuk berais. 

7. Tidak subuh berjemaah, sama pahala seperti solat sepanjang malam, 

8. Lelaki datang masjid berbau busuk tapi wanita pula yang berwangi-wangian. 

9. Berbuka puasa dengan merokok tak ikut sunnah nabi. 

10. Banyak tidur dengan alasan tidur adalah ibadat, banyak tidur hukumnya makruh,  

11. Masuk ke bulan Ramadan dengan masih memiliki harta yang haram menjadi sia-sia pahala berpuasa. 

12. Sahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa beribadat. 

13. Datang masjid dengan niat hanya untuk memeriahkan masjid. 

14. Waktu imsak bukan waktu diharamkan makan, hanya tanda untuk berhenti makan sebelum azan subuh. 

15. Hadir berjemaah terawih tapi tidak berjemaah untuk solat lima waktu. 

16. Tidur selepas sahur tanpa solat subuh berjemaah, solat sunat subuh. 

17. Sibuk dengan persiapan raya dalam sepuluh malam terakhir Ramadan tanpa datang ke masjid berterawih, kejar Lailatul Kamdar lebih daripada Lailatul Qadar.   

2 Ramadan1436H 18/06/15M