Thursday, December 27, 2012

Majlis Graduasi SRI Al-Imtar 2012

Majlis Graduasi SRI Al-Imtar ini telah diadakan pada tarikh 8 November 2012 yang lalu. Bermula pada pukul 3 petang di perkarangan Surau Al Falah, Taman Cempaka, Ampang iaitu berhadapan dengan Sekolah SRI Al-Imtar.

Ucapan oleh Penasihat Sekolah Rendah Islam Al-Imtar, Ustaz Ahmad Husni Harun dan Ucapan oleh wakil Yayasan SEDHAR (Sumbangan Ehsan Dato Haji Abdul Rahman), En Zulkifli Mohd Karim. En Zulkifli merupakan bekas pegawai yang pernah berkhidmat selama beberapa tahun di Yayasan Selangor.

Sebagai pengenalan, Sekolah SRI al-Imtar ini dibuka pada Disember 2002 atas tajaan bersama Yayasan SEDHAR dan telah dirasmikan pada November 2009 oleh Yang DiPertuan Agong pada masa itu iaitu Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin yang turut melancarkan Dana Sekolah Islam Al-Imtar.

Persembahan oleh artis kumpulan nasyid baru iaitu, Al-Wadi yang menyumbangkan beberapa lagu seperti Ya Habibi, Bebas Palestin dan Damai. Sebenarnya terdapat 9 orang ahli tetapi disebabkan ada komitmen lain, yang dapat datang hanya 3 orang sahaja. Walaupun begitu persembahan mereka masih tetap meriah.

Persembahan Kumpulan Al-Wadi bersama pelajar

(sumber : YouTube)

Pelajar-pelajar juga tidak ketinggalan membuat persembahan. Persembahan daripada pelajar tadika, pelajar Tahun 1 dengan lagu Hasbi Rabbi, Pelajar Tahun 2 dan 3 dengan lagu Andai Ku Tahu,

Persembahan pelajar Tahun 2 dan 3, Andai Ku Tahu


Persembahan Pelajar Tahun 1, Hasbi Rabbi

Pada upacara penyampaian hadiah pelajar, anak sulung kami Amir Hazim, Alhamdulillah, telah mendapat tempat pertama bagi Akademik Tahun Satu sesi pagi, KAFA Tahun Satu sesi petang dan juga Pelajar Cemerlang Lelaki SRI Al-Imtar.
Muhammad Amir Hazim menerima Trofi Pelajar Cemerlang Lelaki SRI Al-Imtar 
Majlis ditangguhkan pada jam 4 petang untuk tujuan menunaikan solat Asar dan disambung semula selepas Asar dengan persembahan pelajar Tahun 4,5 dan 6.

Majlis telah bersurai pada jam 5 petang.

Mabruk! Muhammad Amir Hazim bersama 3 trofi

Wednesday, December 12, 2012

12.12.12




Kalau tahun lepas ada 11.11.11, tahun ni muncul 12.12.12... tarikh keramat yang ditunggu-tunggu oleh ramai pasangan yang ingin bernikah.

Takpe lah... yang penting apa yang kita buat pada tarikh ini sewajarnya sesuatu perkara yang positif, baik dan diberkati Allah. Dan jangan lupa untuk niatkan apa yang dikerjakan hanya kerana Allah, barulah dikira sebagai ibadat. In sha Allah...

Aku? pada tarikh ini aku masih sibuk dengan projek KTCC, CSR P3, Second Penang Bridge dan lain-lain lagi... yes, MALAYSIA BOLEH!!!