Monday, September 30, 2013

Perkara Yang Membatalkan Syahadah

Ustaz Azahar Muhammad
Surau Islamiah
Kitab : Mukadimah Akidah Muslimin (Ms80)

5. Taat kepada yang lain daripada Allah, seperti Rasulullah, pemerintah, ibubapa, suami dan seumpamanya. Golongan yang tidak boleh taat seperti ahli tukang tenung, jin dan iblis, orang yang tipis iman kurang agama akan taat kepada perkara yang mensyirikkan Allah, keyakinan pada agama Islam cukup lama. Jangan taat kepada orang yang melampaui batas(israf), golongan musrifat/musrifin yang mengharamkan yang halal. 

Allah tak suka pada perkara yang fasad merosakkan. Allah akan turunkan bala yang menjadi sebab kepada perkara fasad. Surah anaam:116-117, jangan ikut pendapat majoriti yang membawa kepada perkara yang haram pada syarie.

6. Taat kepada semua bidang dalam agama Islam yang datang dari perintah Allah. 
Surah Muhd:8-9, sesatkan amal, hilang pedoman. Contoh orang kafir amalan mereka sesia,  Allah hapuskan pahala amalan mereka. Termasuk juga amalan kebencian kepada hukum dan ibadat seperti amalan haji, pengharaman riba.

Jangan benci hukum tuhan seperti menutup cover aurat bukan wrapping aurat, kanak-kanak yang belum mumaiys jangan dipaksa tutup aurat takut fed up masa dewasa. Jangan benci walau satu ayat Al-Quran atau satu hadis, amalan sunnah. Persendakan hukum Allah dan asSunnah. Akan rosak akidah. Bencikan orang yang perjuangkan agama turut termasuk perkara di atas.

Surah at-Taubah:61, orang munafik orang yang masih Islam tetapi kufur, yang menghina Rasulullah.
Surah taubah:64-66, orang munafik takut Al-Quran dedahkan tentang bahaya sifat munafik, mempersendakan ayat Al-Quran dan hadis dengan dinyanyikan boleh rosak syahadah.

Adakah boleh memperolokkan Allah? Kamu akan kafir setelah kamu beriman.

8:30pm 27/9/13

Rukun Ambil Wuduk

Ustaz Azhar Idrus
Masjid Ubudiah.
Kitab : Anak Kunci Syurga (ms. 45)

Wuduk sama dengan mengambil air sembahyang. Dalam hadis takda jumpa rukun wuduk 6 perkara. Ulamak melihat nampak banyak benda, hafal hadis. Imam syafie yang mencungkil masalah dan hukum didalam hadis bukan sahaja menghafal. Keramat kemuliaan yang diberi Allah kepada hambanya yang terpilih seperti ulamak hadis, feqah dan lain-lain. Hafal hadis  tiga ribu bukan yang matan sahaja, sanad org yang menyampaikan. Imam hanbali hafal 400 ribu hadis, imam ibnu mubarak hafal matan sanad lengkap sebanyak 1.2juta, yang terbanyak di antara imam2 hadis. Imam bahru radzi tafsir bismillah 100 m/s. Keramat bukan untuk ulamak sufi sahaja.

Makna rukun perkara yang terhenti atas sesuatu. 4 rukun dari Al-Quran dan 2 lagi dari hadis iaitu niat dan tertib. Niat makna tujuan kita buat sesuatu, bukan tak sengaja, tempat niat didalam hati, lafaz hanya harus. Contoh niat, tak kisah niat camana asalkan sampai niat.

Basuh muka, kawasan muka, tiada dalam hadis sempadan muka, mula tempat tumbuh rambut hingga tulang dagu, anak telinga turun ikut tulang dagu, lebih daripada sempadan dapat kelebihan pahala sunat (buroh),
Basuh kedua tangan sampai lebih dari suku, lebih sedikit itu wajip, lebih banyak sunat.

Sapu kepala (bukan basuh) sunat basuh satu kepala dan semua rambut yang ada, wajib sebahagian kepala, sekurangnya satu perempat kepala iaitu kawasan ubun rambut guna tapak tangan, basuh muka tak wajib basuh biji mata, sunnah nabi jirus dan gosok muka tangan,

Basuh kaki sampai buku lali, sebaiknya gonyoh tumit, nabi saw kata celaka tumit-tumit yang tidak digosok semasa berwuduk. Kaki sebelah basuh sebelah sahaja,

Tertib, buat yang mana dulu, asalnya dulu orang nak bersaie. Mana dulu safa ke marwah, diqiaskan sama juga dengan berwuduk.

28/9/13 9:30pm

Sesi soal jawab
Korban yg sunat, harus dibahagi tiga bahagian iaitu fakir miskin, kawan jiran, bahagian sendiri. Nabi bila korban ambil segenggam sahaja untuk diri sendiri.

Perlu carik jodoh atau jodoh datang sendiri?
Dalam dunia hidup ada sebab musabab tapi Allah yang punya kuasa, cari rezki dan kekadang rezki cari kita iaitu masa kita kanak2, kita ikhtiar dan ada sempadan ada syarat.

Beza syariat dan hakikat
Rohani dan jasmani, roh dan jismun, zahir batin, syariat hakikat, yang molek datang dari Allah yang tak molek datang dari kita, dari segi hakikat semua datang dari Allah.

Qada solat sebab badan peluh buat keja
Peluh kita bukan najis hanya peluh anjing dan babi.

Istiqamah dengan pengajian agama?
Berkawan dengan orang yang rajin mengaji. Buatlah masa kita rajin belum tentu esok lusa kita rajin lagi,

Buat kenduri menang judi no ekor
Judi dan arak adalah sebahagian kerja dan amalan syaitan, siapa yang berhenti judi kerana Allah maka dia dijamin akan dapat kemenangan di akhirat. Setiap bahagian tubuh yang membesar dari harta yang haram layak masuk neraka. Bertaubatlah malam ini kerana Allah terima taubat pada malam ini jugak.

Disaran ikut sunnah tapi ulamak takut poligami
Sama konsep dengan pakai serban, jubah, janggut.

28/9/13 10:30pm

Wednesday, September 18, 2013

Buat Baik Kepada Ibubapa

Ustaz Mohd Zaki Shukri
Surau Islamiah.
Kitab Tafsir assughuni syria

Surah Luqman:14, isra:23, nisa:36 Biru waliwalidaiya buat baik kepada kedua ibubapa.
Nafkah yang paling baik adalah nafkah kepada ibu dan bapa.
Memzahirkan dua gaya bahasa iaitu taat kepada Allah tiada pengecualian dan taat kepada ibu dan bapa ada pengecualian iaitu selagi mereka menyuruh kamu berbuat baik.
Anak soleh yang mendoakan ibubapa, Islam ajar kita hidup ada dua kali. Hidup yang pertama ada had dan limitasi. Allah kata ada yang Aku suruh dan ada yang Aku larang.
Makna umum 1.alBari nama salah satu dari 99 nama Allah, yang mewakili sifatNya.
Hak kepada anak jaga dan mempersiapkan dari segi fizikal dan spiritual anak-anak.
Hak kepada kedua ibubapa

Satu hadis siapakah yang berhak dipanggil orang yang jihad? Nabi saw menjawab Orang yang sebarluaskan akidah Islam ke seluruh alam adalah sebenar-benar jihad.
17/9/13 8:30pm

Berlindung Dengan Allah

Ustaz Fauzi Abdul Kadir
Tafsir AsSya'rawi

Dalam jiwa manusia ada 'malakat' iaitu kebolehan menerima ayat Al Quran. Al Quran adalah manhaj panduan, silibus undang, panduan hidup dan mukjizat Nabi Muhammad saw. Nabi Isa ada injil sebagai manhaj tetapi bukan sebagai mukjizat kerana mukjizat Nabi Isa boleh mengubati penyakit kulit. Al Quran tetap mukjizat Nabi Muhammad saw hingga hari kiamat. Sesiapa pun dapat miliki mukjizat Al Quran bila ada dalam dada.

Dalam bacaan Isti'azah Allah menyuruh kita berlindung denganNya daripada syaitan walau kita tak nampak syaitan. Allah yang cipta syaitan.

Surah Annahlu:98, bila kamu mahu baca AQ minta kita berlindung daripada syaitan. Bila kita minta tolong dengan orang yang lebih kuat maka kita jadi lebih kuat. Apalagi kalau kita minta perlindungan dengan Allah. Kerana ketika Allah bersama kita, kita telah jadikan Allah bersama kita.

Perlu rasa bangga dengan agama Islam, rasa puashati yang Allah itu tuhan kita, Nabi Muhammad saw itu Rasul kita. Baca radhitubillah hirobba...

Iblis akan cari pelbagai pintu yang lemah. Pintu solat, antara hikmah solat sunat kurangkan gangguan dalam solat. Allah muliakan orang yang menjaga solat, solat di awal waktu, sentiasa menjadi tetamu Allah.

Pintu harta, was-waskan orang supaya jangan keluar zakat. Jadi kedekut tak keluar sedekah, masuk duit tabung banyak habis duit nanti, jadikan kita berhutang dengan orang dan berniat tak mahu bayar, masukkan dalam hati rasa gembira bila jadi kaya nanti. Hal sebenarnya, Rasulullah saw ada bersabda tidak akan berkurang harta dengan sebab bersedekah. Penyakit kedekut tiada ubat kecuali datang ke majlis ilmu. Perlu ada latihan.

Nabi sebagai doktor segala doktor ada kata sedekah juga yang menambah harta berganda-ganda sebagai harta Allah harta yang berkat. Tetapi iblis tetap berusaha hasut orang dengan harta haram.

Pintu almar'atu (perempuan), pintu zina, Pintu arak, majlis tak elok dan lain-lain pintu. Kalau nak selamat Allah kata mintaklah perlindungan dengan Allah dengan ucapan Isti'azah.

16/9/13 8:45pm