Wednesday, September 18, 2013

Berlindung Dengan Allah

Ustaz Fauzi Abdul Kadir
Tafsir AsSya'rawi

Dalam jiwa manusia ada 'malakat' iaitu kebolehan menerima ayat Al Quran. Al Quran adalah manhaj panduan, silibus undang, panduan hidup dan mukjizat Nabi Muhammad saw. Nabi Isa ada injil sebagai manhaj tetapi bukan sebagai mukjizat kerana mukjizat Nabi Isa boleh mengubati penyakit kulit. Al Quran tetap mukjizat Nabi Muhammad saw hingga hari kiamat. Sesiapa pun dapat miliki mukjizat Al Quran bila ada dalam dada.

Dalam bacaan Isti'azah Allah menyuruh kita berlindung denganNya daripada syaitan walau kita tak nampak syaitan. Allah yang cipta syaitan.

Surah Annahlu:98, bila kamu mahu baca AQ minta kita berlindung daripada syaitan. Bila kita minta tolong dengan orang yang lebih kuat maka kita jadi lebih kuat. Apalagi kalau kita minta perlindungan dengan Allah. Kerana ketika Allah bersama kita, kita telah jadikan Allah bersama kita.

Perlu rasa bangga dengan agama Islam, rasa puashati yang Allah itu tuhan kita, Nabi Muhammad saw itu Rasul kita. Baca radhitubillah hirobba...

Iblis akan cari pelbagai pintu yang lemah. Pintu solat, antara hikmah solat sunat kurangkan gangguan dalam solat. Allah muliakan orang yang menjaga solat, solat di awal waktu, sentiasa menjadi tetamu Allah.

Pintu harta, was-waskan orang supaya jangan keluar zakat. Jadi kedekut tak keluar sedekah, masuk duit tabung banyak habis duit nanti, jadikan kita berhutang dengan orang dan berniat tak mahu bayar, masukkan dalam hati rasa gembira bila jadi kaya nanti. Hal sebenarnya, Rasulullah saw ada bersabda tidak akan berkurang harta dengan sebab bersedekah. Penyakit kedekut tiada ubat kecuali datang ke majlis ilmu. Perlu ada latihan.

Nabi sebagai doktor segala doktor ada kata sedekah juga yang menambah harta berganda-ganda sebagai harta Allah harta yang berkat. Tetapi iblis tetap berusaha hasut orang dengan harta haram.

Pintu almar'atu (perempuan), pintu zina, Pintu arak, majlis tak elok dan lain-lain pintu. Kalau nak selamat Allah kata mintaklah perlindungan dengan Allah dengan ucapan Isti'azah.

16/9/13 8:45pm

No comments: