Monday, July 29, 2013

Hubungan Ramadhan dan Al-Quran

Ustaz Firdaus Yusof,
Tazkirah 21 Ramadan 1434H,

Ramadan bukan puasa semata, langsung tak khatam Al-Quran, Ramadan terlalu rapat dengan Al-Quran yang mana Al-Quran diturunkan dalam bulan ini.

Rasulullah ada negara Islam tercatat dalam Al-Quran, orang ambil Islam dari segi yang menguntungkan seperti zakat dan haji.

Hebat hukum islam, bila orang miskin ditangkap mencuri dia dikira tak bersalah yang salah adalah pemimpin. Roh sakit jasad sihat takut-takut bumi tak terima langit tak terima. Abdullah bin Ubai ketua munafik Makkah.

Dalam Ramadan sihatkan roh dengan bacaan Al-Quran, ibadat dan sebagainya.

09:52pm Mon 29-07-13

Tuesday, July 23, 2013

Ibadah Yang Dilupakan

Ustaz Raihan Aziz,
Masjid al-Azim,
Tazkirah 15 Ramadan 1434H,

Sahabat bernama Miqdad, ibadah berfikir sejenak, Abdullah ibnu Abas kata berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah 70 tahun,

Abu Hurairah ditanya apa yang difikirkan, dia menjawab penciptaan makhluk Allah, Allah didalam ayat-ayatNya yang bersumpah atas bintang, waktu fajar, waktu dhuha, menunjukkan kebesaran Allah, atas dunia bukan USA yang paling besar.

Sifat golongan Ulul Albab bukan Ahmad Albab
1. Sentiasa ingat Allah,
2. Sentiasa  fikir Allah,

Fikir cara orang beriman tengok laut kagum hebatnya Allah, bukan cara budak-budak,

Surah al-Mulk penghuni neraka kata ada orang bagi peringatan, kalau dulu atas dunia kami dengar, guna akal betul-betul, kami takkan jadi penghuni neraka, pendengaran lebih penting daripada penglihatan, lihat dengan dua mata dan hati, dengar dengan telinga dan hati,

Surau al-Insan Allah jadikan telinga dahulu baru mata, manusia ahli neraka akan salahguna fikir macamana nak curi,

Banyak ayat al-Quran yang menyuruh kita berfikir, Surah Yasin ada menyatakan tentang burung yang terbang tidak jatuh ke bumi, manusia dicipta dari air mani yang berbau hanyir, daripada tiada apa-apa Allah bagi anggota kaki, bagi tangan semua tetapi kita masih nak lawan balik dan ingkar dengan Allah.

Surah al-Waqiah perhatikan air yang turun dari langit. Pada tubuh badan kita sendiri ada petunjuk kebesaran Allah, jantung yang tak pernah berhenti bekerja 24 jam sehari.

Abdullah ibnu Abas juga kata fikir Kehidupan selepas mati.

SRI Al-Ummah Kg Pandan 2 lot 4 tingkat, 300 pelajar 23 guru.

10:25pm Tue 23-07-13

Monday, July 22, 2013

Tanda Solat Orang Munafik

Ustaz Aziz Arof,
Tazkirah 14 Ramadan 1434H,

Surah Hajj:32 nampak Islam hebat dengan taqwa dalam hati. Ilmu Allah bagi kepada hambaNya yang dikasihi sahaja.  Tanda 4 orang yang CELAKA daripada hadis ibnu Qalbi

1. Airmata tak pernah turun dari mata sebab dosanya, ada 8 jenis airmata paling rendah airmata takutkan Allah,

2. Keras hati,
Surah al-Lail, Surah an-Nisa:142 ciri solat munafik iaitu

  • Tidak gembira tak bermaya nak solat, 
  • Menunjuk kepada orang lain, mustika hadis jilid 2 m/s 439, 
  • Tidak nampak akhirat hanya dunia semata, 

3. Tamak haloba, gaji besar tetapi tak cukup,

4. Panjang berangan-angan,
 Surah an-Nisa:41 lembutnya hati nabi s.a.w, Surah al-Maidah:118 nabi s.a.w ulang-ulang membaca doa dari Isya' sampai ke Subuh dalam solat sunat sambil menangis,

OKU Orang Kurang Ugama. 3 jenis manusia mati dosa tidak mati, antaranya ada saham dalam akhbar sebar fitnah, ada jari sokong orang buat maksiat.

9:56pm Mon 22-07-13

Sunday, July 21, 2013

Sayang Anak Rotan-rotankan

Ustaz Rushdan Hj Yunus,
Tazkirah 13 Ramadan 1434H,

Hadis suruhlah anak bersolat mula 7 tahun dan rotan bila umur 10 tahun tidak solat. Dia tahu tanggungjawab kepada Allah, bukan solat tetapi ibadat lain seperti puasa. Sayang anak dengan mendidik diri dan jiwa dia.

Kita kena kuat untuk mewajibkan pendidikan ibadat. Ikut kajian sains, binatang dan tumbuhan juga berpuasa. Suasana Al-Quran di dalam rumah.

Puasa dan Al-Quran akan menjadi syafaat di akhirat. Kalau hendak puasa sah jangan buat perkara membatalkan puasa.

Upgrade ke darjat ke-2  iaitu puasa lima pancaindera selain makan minum,

09:56pm Sun 21-07-13

Tiga perkara yang menjauhkan Taqwa

Ustaz Derani (KAGAT),
Tazkirah 12 Ramadan 1434H,

Fasa ke-2 Fasa Maghfirah, mohon taqwa kepada Allah,

Ada manusia yang takut berilmu banyak, jisim rohani mesti dipakaikan dengan pakaian taqwa, dibekalkan dengan taqwa, akan dapat redha Allah dan dapat masuk syurga. Amal yang lebih afdal adalah ilmu, seburuk-buruk muflis adalah muflis di akhirat.

Taqwa itu dimiliki oleh hati seseorang, roh, nafsu dan akal adalah jisim batin, ikut-ikut orang atau ikut-ikut adat, tak kenal Allah,

Imam Ghazali ada berkata taqwa ada 3 perkara yang perlu dijauhkan:-

1. Orang yang jaga diri dari syirik kepada Allah, jisim batin, syirik tersembunyi iaitu riak, takabbur, ujub, riak - nak orang sebut nama kita, riak bercampur iaitu kerana manusia dan Allah dan riak semata-mata kerana manusia. Lawan kepada riak ialah Ikhlas iaitu melakukan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah,

2. Maksiat yang bermaksud derhaka kepada Allah, mukalaf

3. Perkara bida'ah.

Jaga 3 perkara ini akan dapat taqwa daripada Allah, dan lagi roja' berharap dan hauf.
Bebankan diri dengan kerja yang berat semata-mata hendak tundukkan nafsu, jangan makan banyak dan mohon pertolongan daripada Allah, semoga kita menjadi orang yang sentiasa dibimbing dan dilindungi oleh Allah.

Siapa yang tidak kenal diri sendiri dia takkan kenal tuan dia.

10:20pm Sat 20-07-13

Saturday, July 20, 2013

Cinta Dunia Kejar Akhirat

Ustaz Yusri Musa,
Masjid al-Azim,
Tazkirah 11 Ramadan 1434H,

Syair Riyadus Solihin Imam Nawawi,  bermaksud sesungguhnya umat manusia telah dicipta amat pandai,

1. Tolak dunia, kejar akhirat dunia akan ikut kita, cinta dunia lupa akhirat,
2. Cinta hidup lupa mati
3. Cinta bangunan tinggi lupa kubur,
4. Cinta makhluk lupa pencipta sebab takda ilmu,

Nabi s.a.w bersabda Allah berfirman pertahankan agama Ku dan bagi kamu syurga, barangsiapa hendak berjaya di dunia akhirat dan KEDUA kena ada ilmu, TIGA dunia umpama samudera lautan yang luas terdapat di dalamnya lautan ilmu yang luas.

09:55pm Fri 19-07-13

Thursday, July 18, 2013

Kisah Luqman Al Hakim

Ustaz Ahyar masih belajar di Yemen,
Tazkirah 10 Ramadan 1434H,

Allah bagi kefahaman tentang Islam kepada orang yang Allah kehendaki sahaja, barang siapa yang melalui satu jalan mencari ilmu, Allah bagi mudah untuknya dan dianggap seorang yang berjuang dijalan Allah.

Satu ayat yang biasa disebut, difardukan kepada kamu berpuasa sepertimana umat-umat sebelum kamu, Surah alQads, ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Kisah Luqman al Hakim, Allah bagi pilihan kepada beliau dan dia memilih untuk  menjadi orang yang berkata-kata hikmah,

Satu hari ketika dia bekerja menjadi penggembala kambing, tuan kepada kambing yang dibela telah meminta sesuatu daripada Lokman, wahai Lokman tolong sembelih seekor kambing dan berikan kepadaku dua bahagian daging yang baik. Lalu Lokman pun menyembelih seekor kambing dan telah menyerahkan dua bahagian daging iaitu lidah dan hati. Si tuan tadi menerimanya tanpa berkata apa-apa.

Di hari yang lain Si tuan kambing yang sama telah meminta lagi Lokman menyembelih dan memberi daging kambing tetapi kali ini yang paling buruk. Lokman pun membuat seperti yang diminta dan memberikan lidah dan hati.

Si tuan tadi berasa pelik lalu bertanya kepada Lokman kenapa kamu beri bahagian yang sama? Lokman menjawab segala perkara yang kita buat bergantung kepada lidah dan hati yang mana segala yang baik dan juga yang buruk datang dari lidah dan hati.

10:16pm Thu 18-07-13

Wednesday, July 17, 2013

Ibadah Tanpa Ilmu

Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman,
Tazkirah 9 Ramadan 1434H,

Surah Hujarat, Allah menceritakan sikap manusia, muamalah manusia dengan manusia lain, wahai orang beriman banyak bentuk sangkaan adalah dosa kepada Allah, jangan kamu katakan sesuatu dengan ghibah hasad, iaitu mengumpat.

Ghibah berbeza dengan Ghibtah.

Ghibtah kita ingin nikmat orang lain datang pada kita juga tanpa nikmat pada orang itu hilang, cerita Saad bin Abi Waqas.

Jauhkan hati daripada menjadi lebih keras daripada batu yang tidak boleh terima apa-apa dari Al-Quran dan As-Sunnah.

09:49pm Wed 17-07-13

Tuesday, July 16, 2013

Darjat Orang Berpuasa

Ustaz Hamid,
Tazkirah 8 Ramadan 1434H,

Membersihkan jiwa sepanjang 11 bulan, nak dapat taqwa kenalah beriman dan berilmu.

Perkara-perkara yang turut membatalkan puasa selain dari yang biasa ialah bercakap bohong, mengumpat, mencaci.

Tiga darjat orang yang berpuasa iaitu
1. Orang awam - tidak makan dan minum,
2. Orang solehin - bukan setakat tidak makan minum malah memberi sedekah, beribadat dan lain-lain
3. Para anbia sahabat Nabi s.a.w.
Orang yang sempurna puasa akan mendapat ganjaran di syurga

09:50pm Tue 16-07-13

Monday, July 15, 2013

Kesan Dosa

Ustaz Najmudin Said,
Surau Islamiah
Tazkirah 7 Ramadan 1434H,

Ramadan kalau untuk cari duit akan dapat duit sahaja, kalau tahan lapar dahaga akan dapat lapar dahaga sahaja, kerja di dalam bulan puasa akan lemah longlai..

Pada zaman Nabi s.a.w. berlaku perang Badar dalam keadaan semua sahabat berpuasa dan peroleh kemenangan, bulan puasa jaga iman, bulan puasa madrasah ramadan kerana hadis kata ganjaran dalam Ramadan sangat besar, bulan keampunan kesan dosa, Imam Qayyum Ibnu Jauzi berkata dari segi dalaman hati kita sakit, kalau nak buat baik akan buat baik, bila hati sakit roh juga akan sakit, cara mengubati amalkan amalan soleh jauhi perkara lagho,

Kesan dosa ada dua iaitu
1. Menutup jalan ilmu dan
2. Menggelapkan cahaya hati,

Imam Malek pernah berkata kepada Imam Syafie Allah bagi cahaya kepada kamu dan jagalah dari digelapkan cahaya itu.

Setiap Bani Adam melakukan silap dan sebaik-baik anak-anak Adam adalah yang bertaubat,

Hamdalah sahabat nabi s.a.w pernah berkata dengan Saidina Abu Bakar bahawa dia telah munafik, Rasulullah s.a.w kata ini perkara biasa dalam hidup tapi amatlah rugi bagi orang yang tidak bertaubat selepas melakukan dosa.

10:01pm Mon 15-07-13

Penghuni Neraka Saqar

Ustaz Aiman,
Surau Islamiah
Tazkirah 6 Ramadan 1434H,
Kitab Sunat Attirmizi bab puasa,

Pintu neraka ditutup syurga dibuka seluasnya, Surah al-Mudatsir penghuni syurga bertanya kenapa masuk neraka saqar, penghuni neraka memberi jawapan iaitu

Jawapan Pertama - kami dulu langsung tidak pernah solat.
Ada 2 golongan
1. Golongan yang tidak pernah cecah dahi ke sejadah dan
2. Golongan yang solat tetapi takut solat kita tak diterima, adakah solat kita berkualiti atau tidak, macam khusyuk ke tidak, cara nak khusyuk kuncinya wuduk yang sempurna, tahu bacaan dalam solat.

Jawapan 2 - kami tak pernah bagi makan orang miskin,
Pernah tak kita cari orang miskin bagi makan?. Bulan diturunkan Al-Quran, puasa Adat atau Ibadat, masuk Ramadan kena abis 30 juzuk tapi bulan lain tak angkat pun Al-Quran,

Kelebihan baca Al-Quran Nabi kata sesungguhnya Al-Quran akan bagi syafaat ketika hari kiamat untuk dapat ke syurga, Allah dan para malaikat berselawat ke atas nabi maka wahai orang beriman berselawatlah, Allah suruh kita selawat dan Allah pun selawat jugak.

Hadis orang yang pandai baca Al-Quran Allah bagi level sama dengan malaikat, baca dengan sangkut Allah bagi ganjaran baca Al-Quran dan bagi ganjaran baca sangkut-sangkut. Orang bertaqwa akan buat Al-Quran pedoman moga tak.

Tingkat qualiti puasa, solat, jaga diri dari perkara mungkar, moga kita dapat masuk ke syurga.

10:01pm Sun 14-07-13

Sunday, July 14, 2013

Golongan yang dinaikkan Darjat

Ustaz Zia Ulhaq,
Kuliah Subuh,

Barangsiapa yang bangkit subuh berjemaah umpama dia telah menghidupkan seluruh malam,

Ada 3 golongan yang dijanjikan kenaikan darjat nabi kata

SATU Al-Mariq orang yang sakit, Allah timpakan kesakitan untuk menaikkan darjat, Saidina Ali kata sifat orang diuji dia akan bersabar, berlapang dada, bersangka baik, redha. Kalau tak redha keluh kesah menggambarkan kita tak dapat terima ujian dan menyalahkan Allah, hadis qudsi mana-mana manusia yang tak dapat terima ketetapan Allah malah menyalahkan Allah maka pergilah sembah tuhan selain Aku.

Ketika berpuasa sakit terbahagi dua
1. Sakit ada harapan sembuh, kalau tak larat nak puasa takut mudaratkan diri Allah akan izinkan tapi perlu qada puasa selepas ramadan surah 2:184, boleh gunapakai bagi orang kerja berat.

Dr. Wahbah Yuhairi kata orang ini perlu bersahur dan puasa seperti biasa, musafir yang jika diteruskan puasa akan jatuh pengsan atau keputusan bekalan diizinkan buka puasa, kesakitan yang dberi ganjaran pahala, dan kenaikan darjat disisi Allah, siapa yang hadir dekat ke rumah Allah menandakan tahap keimanan, hadis daif masih boleh diamalkan umpama ijabkabul disarankan untuk dilakukan dalam kawasan masjid ada nilai keberkatan, masjid tempat sucikan jiwa kita, doa orang berpuasa takkan ada hijab, mohon kaya yang semakin dekat dengan Allah

2. Sakit tiada harapan sembuh,

DUA pemimpin yang adil, diri sendiri menjadi pemimpin kepada nafsu bawa kepada mutma'inah kebaikan, pemimpin yang menegak Islam di akhir zaman akan berdepan berbagai kesukaran, mudahan darjat kita ditinggikan oleh Allah bila kita sama menyokong kepimpinan Islam

07:13am Sun 14-07-13

Dua Peristiwa Besar Sebelum Ramadan

Ustaz Nasarudin masih belajar di Yemen,
Surau Islamiah
Tazkirah 5 Ramadan 1434H,

Peristiwa besar dalam bulan Syaaban iaitu bertukar kiblat daripada Masjid al-Aqsa, Palestin kepada Masjid al-Haram, Makkah.

Peristiwa besar dalam bulan Rejab iaitu berlaku Isra' Mikraj daripada Makkah ke Palestin naik ke Sidratul Muntaha kemudian turun balik ke bumi.

Dua peristiwa besar sebelum masuk ke bulan Ramadan. Seluruh umat Islam merasai kesusahan dan kelaparan. Pada tahun 1934 zaman kejatuhan Khilafa Usmaniah di Turki. Perjanjian 'side vico' antara pakatan kufar yang membawa kepada hidupnya fahaman sekular bermula di Turki.

Selepas itu muncul golongan Islam di benua Asia bermula di Tunisia, Libya, Syria Yemen dan Mesir, pakatan Yahudi Nasrani dalam kuasa-kuasa besar amat takut dengan kebangkitan Islam di Mesir.

Berpuasa bukan setakat untuk diri sendiri tetapi bermuhasabah, berdoa untuk semua umat Islam yang sedang berjihad berperang.

10:02pm Sat 13-07-13

Saturday, July 13, 2013

Jalan-jalan Ke Arah Taqwa

Ustaz Hamzah b Ngah,
Surau Islamiah
Kitab Abdulah Nasiullah

Jalan-jalan Ke Arah Taqwa ada 5 jalan,

1. Al-Mu'ahadah perjanjian, menjadi sifat orang beriman menunaikan janji, dah menjadi amalan sejak zaman jahiliyah lagi, disini maksud tunai janji dengan Allah dalam Fatihah dibaca 40 kali dalam bulan Ramadan. Bulan selain dari Ramadan 17 kali. Berjanji taknak ikut jalan yahudi dan nasrani. Yahudi amalannya taknak lihat Islam memerintah contohnya di Mesir, menjadi ancaman kepada Israel. Faktor kekuatan umat Islam bila tunai janji kepada Allah.

2. Al-Muraqadah rasa Allah perhatikan segala perbuatan kita, perkara baik yang dibuat ikhlas, perkara tak baik yang dihindari, solat tanda bersyukur kepada Allah, musibah yang dihadapi dengan keadaan redha, sabar dan istiqamah, isu murtad.

3. Al-Muhasabah bagaimana nak hadapi hari akhirat, umpama berniaga modalnya islam nak untung buat baik, buat tak baik dapat rugi, Nabi Muhammad s.a.w melibatkan diri dengan berbagai bidang dalam hidup baginda termasuk niaga, jihad, politik.

4. Al-Mu'aqabah mendenda diri atas kesilapan diri, Saidina Umar al-Khatab pergi kebun dan mengerjakannya hingga terlepas solat Asar berjemaah, lalu dia mendenda diri dengan memberi kebun kepada fakir miskin.

5. Al-Mujahadah melawan nafsu, atau apa sahaja yang menghalang perbuatan baik. Kena bersungguh untuk buat amalan. Allah uji dengan jerebu, muhasabah diri Allah nak bersihkan maksiat. Hadis beramallah sekadar yang kamu mampu, nak rasa lebih dari Rasulullah takkan mampu.

Maahad Tahfiz Rusila. 06:56am Sat 13-07-13  

Kualiti Solat Terawih

Ustaz Salman Maskuri,
Surau Islamiah
Tazkirah 4 Ramadan 1434H,

Bulan yang penuh dengan ganjaran, lebih utamakan kualiti, bilangan rakaat 8 atau 20, ada hadis kata Aisyah kata Nabi s.a.w tak pernah buat lebih daripada 11 rakaat, nabi s.a.w tak pernah kata tidak boleh buat lebih malah lebih baik.

Ikut sejarah Saidina Umar telah tukar kepada 20 rakaat dengan surah pendek.

Amalan tahlil lepas terawih, tiada nas yang kata tak sampai, kalu banding dengan upah haji, haji boleh sampai.

10:05pm Fri 12-07-13

Thursday, July 11, 2013

Kualiti Ibadat Ramadhan

Ustaz Awang Rani Awang Besar,
Tazkirah 3 Ramadan 1434H,

Quality ibadat hingga ke tahap '...Laalakum tattakun...' iaitu darjat orang yang bertaqwa, sifat paling tinggi, kita menadah tangan berdoa minta masuk syurga tak nak masuk neraka, tidak akan dapat sifat rajin kalau tiada sifat taqwa. Allah tak pernah mungkir janji.

Ramadhan dieja dalam huruf jawi berbunyi Ra, Mim, Dhod, Alif dan Nun.

Ra bermaksud rahmah kasih sayang Allah kepada orang yang beriman. Ada terdapat  3 bahagian dalam sebulan Ramadhan iaitu Peringkat Rahmah, Peringkat Makfirah dan Peringkat terakhir 'Itqun Minannar' Kebebasan dari api neraka, ditafsirkan umpama bidadari bersiap-siap di dalam syurga dan menunggu kedatangan orang Islam yang berpuasa.

Mim bermaksud makfirah, iaitu Allah bersifat Maha Pengampun.

Dhod bermaksud jaminan Allah.

Alif bermaksud ampunan Allah.

Nun bermaksud bebas dari neraka.

Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan sama dengan 83 tahun. Terawih membawa makna rehat-rehat , solat sambil rehat.

Iltizam untuk wujudkan manusia yang paling taqwa.

Puasa yang menyihatkan, hadis cukuplah bagi anak adam satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga kesihatan.

Hadis -Syurga ada 1 pintu iaitu Pintu Rayyan yang mana tidak masuk melalui pintu ini kecuali orang yang berpuasa.

3 bahagian puasa iaitu
1. Puasa orang awam makan minum sahaja
2. Puasa khusus - orang yang hidupkan dengan beramal, makan yang bersih.
3. Puasa para anbia

10:04pm Thu 11-07-13

Wednesday, July 10, 2013

Golongan yang bersyukur

Ustaz Abdullah Wahab, dari Aceh,
Tazkirah 2 Ramadan 1434H,

Bersyukur diberi kesempatan beribadat dalam bulan Ramadhan, moga-moga kita termasuk dalam golongan sedikit yang bersyukur, Bulan Ramadhan terbahagi kepada tiga iaitu
1. Awalu rahmah,
2. Makfirah mendapat rahmat, dan
3. Itqan minannar kebebasan dari api neraka dan masuk ke syurga,

Rasulullah yang tiada henti bermunajat kepada Allah, Siti Aisyah yang memerhatikan kelakuan Rasulullah dan bertanya Ya, Rasulullah Ya Habibullah, bukankah kamu kekasih Allah yang sentiasa dalam keadaan maksum tapi kenapa kamu perlu bermunajat. Rasulullah menjawab tidak kamu suka aku menunjukkan tanda sebagainya hambaNya yang bersyukur kepada Allah..,

Dalam bulan Ramadan ibadat sunat dikira sebagai ibadat wajib, perbanyakkan sedekah infaq, setiap nafas kita mengingati Allah, sebagaimana Allah sentiasa ingat kita, berebutlah dalam beribadat, berzikir kepada Allah,

Doa Sayyidul Istighfar iaitu doa penghulu istighfar yang bagus untuk dihafal dan diamalkan sepanjang Ramadhan,

Bulan Ramadhan bulan mentarbiah nafsu.

09:52pm Wed 10-07-13

Tuesday, July 9, 2013

Puasa Ramadhan yang terhebat

Ustaz Firdaus Abd Latif,
Tazkirah 1 Ramadhan 1434H,

Malam Lailatul Qadar akan diperolehi jika beribadat pada setiap malam Ramadan. Puasa merupakan ibadat yang hebat selain daripada 4 Rukun Islam yang lain, Puasa melatih kita untuk mengawal nafsu, banyak dijanjikan berbagai ganjaran di dalam Al-Quran jika dapat mengawal nafsu.

Musuh Islam ada dimana-mana tidak kira komunis, sosialis dan lain-lain. Saintis berbangsa Yahudi bernama Darwin yang merupakan salah seorang yang memusuhi Islam telah memutar belit fakta Al-Quran dengan menyatakan teori beliau yang paling popular iaitu Manusia berasal daripada beruk atau kera sedangkan Al-Quran telah tercatat Yahudi adalah kera yang hina.

Puasa dengan niat ikhlas kerana Allah dan bertepatan dengan syariat. Kalau hanya adat sahaja akan menjadi sia-sia hanya mendapat lapar dan dahaga .

10:16pm Tue 09-07-13