Thursday, July 18, 2013

Kisah Luqman Al Hakim

Ustaz Ahyar masih belajar di Yemen,
Tazkirah 10 Ramadan 1434H,

Allah bagi kefahaman tentang Islam kepada orang yang Allah kehendaki sahaja, barang siapa yang melalui satu jalan mencari ilmu, Allah bagi mudah untuknya dan dianggap seorang yang berjuang dijalan Allah.

Satu ayat yang biasa disebut, difardukan kepada kamu berpuasa sepertimana umat-umat sebelum kamu, Surah alQads, ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Kisah Luqman al Hakim, Allah bagi pilihan kepada beliau dan dia memilih untuk  menjadi orang yang berkata-kata hikmah,

Satu hari ketika dia bekerja menjadi penggembala kambing, tuan kepada kambing yang dibela telah meminta sesuatu daripada Lokman, wahai Lokman tolong sembelih seekor kambing dan berikan kepadaku dua bahagian daging yang baik. Lalu Lokman pun menyembelih seekor kambing dan telah menyerahkan dua bahagian daging iaitu lidah dan hati. Si tuan tadi menerimanya tanpa berkata apa-apa.

Di hari yang lain Si tuan kambing yang sama telah meminta lagi Lokman menyembelih dan memberi daging kambing tetapi kali ini yang paling buruk. Lokman pun membuat seperti yang diminta dan memberikan lidah dan hati.

Si tuan tadi berasa pelik lalu bertanya kepada Lokman kenapa kamu beri bahagian yang sama? Lokman menjawab segala perkara yang kita buat bergantung kepada lidah dan hati yang mana segala yang baik dan juga yang buruk datang dari lidah dan hati.

10:16pm Thu 18-07-13

No comments: