Thursday, June 27, 2013

Kisah bulan Rejab dan Syaaban

Ustaz Awang Rani Awang Besar,
Surau Islamiah,

Bulan Rejab nabi naik ke langit dan selepasnya.
1. Alam nyata, bumi, zahir
2. Alam langit, nabi Isa duduk di langit dan akan turun ke bumi bunuh dajal dan menegakkan agama Islam.

Bulan Syaaban.

Nur ahli makrifat sentiasa terang, hati mendahului apa yang akan dikatakan. Syaitan tak boleh bersarang di dalam badan orang ini kerana sentiasa mengingati Allah. Kalimah yang keluar dari mulutnya benar belaka. Bila nak sampai nasihat, dia sandarkan kepada Allah, hanya minta taufik hidayah daripada Allah, pokok pangkal kebijaksanaan mereka adalah takutkan Allah.

Sesungguhnya orang yang paling takutkan Allah adalah para ulamak. Yang berani bercakap benar menegak yang hak dan mencegah yang batil.

Madrasah sheikh tahir,
08:55pm Thu 27-06-13

Sunday, June 9, 2013

Israq Mikraj Mukjizat Rasulullah SAW

Ustaz Halim Din,
Surau Islamiah

Israk Mikraj, peristiwa mukjizat Rasulullah, melahirkan seorang hamba Allah, surah al Isra' yang bermaksud

...tiada sifat lemah seperti manusia yang dicipta Allah, tetapi manusia lupa akan Allah tetapi lebih cintakan dunia...

Dunia asal daripada perkataan dana'ah bermaksud yang dibenci, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda apabila manusia ditunjuk suatu makanan yang sedap, habis satu hidangan akan diganti hidangan lain, berulang tanpa henti menunjukkan dunia takkan pernah habis, rumah hebat, Allah uji kita dengan kekayaan melimpah ruah.

Masa datang orang akan pelik apa makna hudud dll. Orang ramai tidak paham istilah Islam, di Malaysia orang yang mengaku Islam dan solatnya cukup 5 kali sehari semalam hanya 15% sahaja, masjid surau ada lebih 25 ribu unit.

Ikut perangkaan tahun 2011, terdapat 214 ribu orang anak luar nikah setahun iaitu
1. Terengganu
2.Selangor
3. Johor.

Ujian iman, Rejab menanam, Syaaban membaja ramadan menuai. Mengukuh iman mantap, baca Al-Quran 10juz x 3 bulan, Allah tunjuk orang yang cintakan Al-Quran bercahaya kuburnya.

Malaikat bersihkan hati Rasulullah s.a.w dengan air zam-zam, hati terbahagi kepada 2 iaitu hati zahir dan batin, dibersihkan hati Rasulullah s.a.w ketika berumur 4 tahun iaitu aqil baligh, ketika diangkat menjadi Rasulullah  dan juga ketika diangkat ke langit untuk tujuan isra'. Diwajibkan solat tetapi kita masih tidak solat sebab lalai.

Ilmu, iman dan hikmah dimasuk dalam hati Rasulullah s.a.w.

09:40pm Sun 09-06-13