Thursday, October 15, 2015

Tahap Kefahaman Umat Islam

Ustaz Zia Ulhaq, 

Nikmat yang sentiasa dilupakan oleh manusia iaitu sihat dan masa. Penuhkan masa yang berbaki ini dengan majlis-majlis ilmu. Sheikh idris al-Marbawi yang menghasilkan kitab Bahruz Mazi dan kamus al-Marbawi. 

Hadis Nabi Muhammad saw barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan (Khairan) atas dirinya, bawa maksud lafaz yang umum yang bermaksud seluruh kebaikan dunia dan akhirat, maka nescaya Allah akan menjadikan orang itu orang yang memahami agama (Faqihu fiddin) memahami syariat dan kehendak Allah azzawajalla dan menyampaikan kepada orang dibawah tanggungan kita sebanyak yang dia mampu. Hasan al-Banna ada mengatakan bahawa Ahli agama adalah lebih dibimbangi oleh syaitan dari seribu ahli ibadat yang tidak memahami agama. 

Kitab Salasah Usul, Syeikh Solleh Musaimin membahagikan tahap kefahaman umat islam kepada tujuh tahap iaitu :-

1. Tertinggi digelar al-Ilmu faham agama ikut haqqul yakin, terdiri dari kalangan para nabi.

2. Faham agama secara Zonni Ijtihadi iaitu hampir tepat 80-90% termasuk dikalangan barisan ulamak,

Saidatina Fatimah suatu hari bertanya kepada Nabi Muhammad saw adakah perempuan yang terlebih dahulu masuk ke syurga sebelumku ya Rasulullah? Nabi Muhammad saw menjawab ada, Dia adalah Ummi Uthi'ah seorang ibu dan juga isteri kepada seorang lelaki yang tinggal dihujung kampung yang ada tiga kehebatan iaitu satu bila suami beliau balik dia siapkan secawan air. Kedua bila suaminya balik dia siapkan rotan kecil dan sedia untuk dihukum. Ketiga bila suami balik dia bersiap dengan pakaian tercantik untuk suaminya.

3. Faham agama secara syak 50-50%,

4. Faham agama dalam bentuk waham, 40%, sentiasa keliru dan celaru, dia sangka Islam nak macam ni tapi sebenarnya Allah nak lain.

5. Jahil Basit, mengambil contoh memakai tudung disebabkan oleh fesyen bukan syariat

6. Jahil Mutawasil,  jahil pertengahan seperti memakai tudung akan membataskan hidupnya

7. Jahil Muraqqabun iaitu jahil berlapis-lapis, dia sendiri tak bertudung dan usaha buat kumpulan menentang orang bertudung.

Moga sempena tahun baru 1437H ini makin banyak amal ibadat kita yang dapat diterima makin dekat dengan Allah.

Selasa 01Muharam1437H/ 13Okt2015 Masjid al-Azim

Thursday, July 16, 2015

Sifat Tasdiq, Masghur dan Ruhul Hayat

Ustaz Mohd Azizi, 
Kitab Akhlak dan Adab, 

Setiap hari dan waktu ada kurniaan Allah. Akhlak kita kepada Allah dan Nabi saw janganlah kita beramal hanya ikut waktu tertentu sahaja, bukan di dalam bulan Ramadan sahaja. Bulan puasa jaga akhlak dari segi lisan, mata dan hati tapi akhlak selepas Ramadan adakah masih sama. Nabi saw kata aku ada bersama hamba yang mengharapkan rahmat Allah. Berlapar kerana Allah tetapi bila berbuka adakah akan ada rasa berbuka kerana Allah atau kerana perut sendiri. 

Makanlah sambil mengingati pengorbanan Rasulullah saw memperjuangkan agama Islam. 
Imam Malik belajar dengan Imam Jaafar asSodiq:- 

- Ketahuilah engkau orang yang punya akhlak kepada Rasulullah saw adalah orang yang tidak mendahului Nabi saw. 
- Dimanakah tempat perhambaan aku disisi Allah jika aku bermegah dengan amalan ibadatku malam tadi. 
- Jangan melampaui batas dalam beribadah. Ramai orang boleh berilmu beribadah tapi tak ramai yang boleh bermuhasabah diri koreksi diri. 

Hadis Qudsi, 
'Aku ada bersama hambaKu yang sentiasa mengharapkan rahmatKu'

Ibadahnya hatinya sentiasa bersama dengan Allah sentiasa dalam solat dan juga diluar solat, muamalah dengan orang lain. 

Nabi saw berjumpa dengan Nabi Adam ketika di Baitul Rahmah, Nabi Adam menghadiahkan tasbih sebagai amalan setiap hari:- 

'Subhanallah walhamdulillah wala illahailallah waallahuakbar' 

Allah mengurniakan sifat Tasdiq kemudian sifat Masghur kemudian sifat Ruhul hayat. Semoga kita mendapat ketiga-tiga sifat dalam bulan Ramadan ini. Solat sangat berat kecuali kepada orang yang sabar dan istiqamah seperti alim ulamak. Ikhlas sebenar adalah ukuran Allah. 

Muhasabahlah diri, jangan alpa sehingga hancur diri kita, zalim kepada diri sendiri, mohon maghfirah daripada Allah, jalan kita telah ikut jalan orang-orang Soleh.

28Ramadan1436H 15/07/15

Saturday, June 27, 2015

Ibrah Ramadan

Ustaz Firdaus Mahadi, Ramadan nikmat paling agung daripada Allah swt. Moga Ramadan kali ini Ramadan yang terbaik dalam hidup kita. Peluang kita memperbaiki kesilapan amalan ibadah dan menjadi lebih baik dari yang lepas. Nabi Muhammad saw bersabda barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharap ganjaran Allah maka Allah akan menghapuskan dosa-dosa yang lalu. Setiap peristiwa ada mesej dan pengajaran. Surah Yusof ayat terakhir, sesungguhnya kisah umat terdahulu sebagai ibrah pengajaran bagi mereka yang berfikir.
Antara ibrah yang boleh diambil dalam Ramadan ini 1. Musim kebaikan, bagaimana Syeikh Muhammad al-Amin Assyanaqitah seorang bangsa afrika dan penggembala kambing yang hafiz, telah mengumpulkan ratusan ayat-ayat Al-Quran berkaitan puasa dan lain-lain tajuk dan  mentafsirkan berdasarkan tajuk-tajuk tersebut. Anak murid beliau bertanya, Apa yang perlu kami lakukan untuk sambut musim kebaikan ini? Syeikh menjawap, Perbanyakanlah beristighfar meminta ampun kepada Allah. Kita amat mengharapkan rahmat Allah, tapi masih ada dosa kita yang telah menghalang rahmat Allah sampai kepada kita. Kisah kemarau panjang di zaman Nabi Musa as, Nabi Musa bertanya kenapa ya Allah kemarau kali ini lama sangat?, Allah jawap, ada diantara kamu dan pengikut kamu yang berdosa kepada Allah yang telah menghalang rahmat Allah. Nabi Musa as bertanya kepada pengikutnya yang beribu-ribu itu maka ada seorang yang terasa lalu menundukkan kepala memohon kemaafan bertaubat kepada Allah. Tak sampai lima minit turunlah hujan selepas beberapa tahun dilanda kemarau. Nabi Musa bertanya lagi Wahai Allah, boleh ah engkau tunjukkan siapa dan apakah dosa orang itu, Allah menjawap lagi takkan aku nak mendedahkan dosa dan siapakah orang itu. Allah beri peluang kepada kita untuk bertaubat dan tidak akan memalukan dan mendedahkan keaiban diri sendiri.
Zaman Hasan alBasri ada seorg laki datang berjumpa dan mengadu, setiap malam tidur dalam keadaan sejahtera dan ingin solat malam dan sediakan air disebelah tempat tidur, tapi aku tak bangun qiamulail, Hasan Basri menjawap itu adalah kerana dosa kamu yang membelenggu diri kamu. Sebahagian manusia beribadah hanya kerana datangnya Ramadan sahaja, mrnunjukkan mereka menjadi hamba kpd Ramadan. Barangsiapa yang beribadat hanya dalam bulan puasa sahaja, menutup aurat dalam bulan puasa sahaja maka ibadahnya takkan diterima. Surah al-Furqan:23 kami jadikan debu yang berterbangan, pahala kita menjadi sia-sia kerana buat kebaikan untuk waktu tertentu sahaja. Puasa hanya dapat lapar dan dahaga sahaja. Kerana tuhan yang sama yang menyuruh kita puasa, menutup aurat, solat lima waktu tiada tuhan yang lain. Bulan untuk pertingkatkan ibadah kita, memperbaiki ibadah wajib kita. Solat merapatkan saf, haji memakai pakaian yang tidak berjahit, puasa dari subuh hingga maghrib untuk semua orang tak kira sama ada kaya miskin VIP hitam putih atau siapa sahaja. Di Malaysia ratusan ribu tan makanan dibuang setiap hari dibazirkan begitu sahaja. Hadis lihatlah kemampuan orang yang kurang dari kamu yang lebih memerlukan dari kamu, masih boleh ada kereta motosikal, masih lagi dapat makan ayam setiap hari, masih lagi cukup makan pakai, masih ada pakaian raya setiap tahun. Dengan lebihan harta kita bantulah mereka yang lebih memerlukan dapat merasa nikmat kehidupan seperti kita.
Allah tak paksa kita solat terawih, baca Al-Quran, sedekah dan lain-lain ibadah sunat, kitalah yang mengejar ganjaran. Dalam perang Badar Allah perintah 1000 malaikat bantu tentera Islam yang menyaksikan 70 orang tentera musuh mati, masih ada tentera Islam yang mati iaitu 14 orang. Allah nak tunjuk bahawa kita perlu berusaha dulu sebelum bertawakal. Nak buat qiamulail kita kenalah ikhtiar dulu seperti pasang alarm, ambil wuduk dan berdoa sebelum tidur. Selepas itu Allah akan buka jalan-jalan kebaikan apabila kita berusaha.
Berpuasa di bulan Ramadan bukan menahan diri dari makan dan minum sahaja tetapi menahan diri dari membuat sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah. Barangsiapa yang beramal dan pada masa yang sama berkata dusta maka Allah tidak akan memandang amalan berpuasa kita. Moga apa kebaikan yang kita buat dalam bulan Ramadan ini akan menjadi ibadah. Tidur boleh menjadi ibadah sekiranya tidur boleh membuat kita lebih bertenaga untuk beribadah di malam hari. Solat sunat rawatib lebih tinggi darjatnya daripada solat terawih. 10Ramadan 1436 27/06/15

Sunday, June 21, 2015

Berkat Ramadan

Ustaz Mejar Hj Daud, Terawih hidupkan hingga akhir. Nabi saw bersabda sahurlah pada akhir waktu kerana disitu ada kelebihannya, keberkatannya. Buat ikut apa yang nabi suruh. Keberkatannya seperti boleh bertahan hingga 12 jam tak makan. 

Solat subuh di awal waktu salah satu cara nak tambah rezki, baca AlQuran sebelum pergi kerja. 

Solat Dhuha ditempat kerja sebagai pembuka rezki. 

Solat Zuhur awal waktu, tutup aurat ikut perintah Allah tanpa memilih-milih, semua kita mintak syurga tapi amalan banding dengan sahabat malu kita. 

Bazar ramadan kurangkan. 

Berbuka, sebelum buka lima sepuluh minit untuk berdoa. Nabi berbuka dgn tamar basah dan air kosong. 

Maghrib di awal waktu. Isya, Terawih dan Witir. 

5 Ramadan 1436H 21/06/15

Puasa orang jahil

Nikmat Allah bagi nikmat sihat dan nikmat kelapangan. Haji kesempurnaan, taufik bermaksud menjadi kuasa untuk membuat ibadah. Ambil peluang solat malam di dalam bulan Ramadan, solat berjemaah yang dikira sebagai fardhu kifayah menurut Imam Syafie. 

Ramadan al-Mubarak adalah masa bagi orang yang mentafarukkan diri mendekatkan diri dengan Allah sepanjang Ramadan yang lebih barokah. Bidadari di syurga yang tersangat cantik telah disediakan oleh Allah untuk orang yang berpuasa di dalam bulan Ramadan. Malah isteri kita akan lebih cantik daripada bidadari bila kita berjumpa di dalam syurga. 

Allah tak bagi keampunan selagi dia tak bertaubat nasuha kecuali 
1. Orang yang mabuk minum arak 
2. Orang derhaka ibubapa. 
3. Orang yang putuskan silaturrahim antara adik beradik, jiran tetangga. 

Perkara yang membatalkan puasa seperti mengumpat, menipu. 

Martabat darjat puasa 

1. Puasa orang awam 
2. Puasa orang dipilih oleh Allah swt iaitu menjaga panca indera mereka 
3. Puasa orang yang semata mencari keredhaan Allah semata-mata, ikhlas yang sebenarnya seperti Rabiatul Adawiyah buat amal.

Orang jahil berpuasa hanya terikut-ikut perbuatan orang lain tanpa mengetahui niat puasa, syarat sah puasa, apa perkara membatalkan puasa dan lain-lain. 

4 Ramadan 1436 21/06/15

Friday, June 19, 2015

Istiqamah amalan ibadah

Ustaz Abu Munir Abd Saa'id, semua perkara baik yang dibuat dalam bulan Ramadan. Nabi saw terlebih dahulu telah mengerjakan perkara kebaikan bukan sahaja dalam bulan Ramadan tetapi bulan-bulan selainnya. Baginda mendahulukan diri baginda untuk melakukan perkara baik dan amalan ibadah daripada orang lain. Saidatina Khadijah ada menceritakan bagaimana Nabi Muhammad saw melakukan solat-solat malam sehingga bengkak kaki, tanpa mensia-siakan masa melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Baginda berebut untuk berbuat kebaikan kerana mengetahui ganjaran yang akan diberi oleh Allah swt.
Rahmah Allah swt telah diturunkan kepada setiap umat Islam sehinggakan setiap malam Ramadan masjid sentiasa penuh. Janganlah mensia-siakan perkara kebaikan walau sekecilmana pun dari sekecil-kecil senyuman. Kita takkan terlintas di fikiran kita ganjaran yang Allah berikan di dalam bulan Ramadan.
Satu kisah, Nabi Muhammad saw berhenti dan menyebut ameen di setiap tiga tangga mimbar, sahabat bertanya apakah yang engkau buat ya Rasulullah? Malaikat Jibril berdoa Alangkah celakanya orang yang mensia-siakan Ramadan tanpa melakukan kebaikan sedikitpun.                                       Bagaimana untuk istiqamah dengan amalan kita. Bagaimana pula kita boleh istiqamah dengan perkara bukan ibadah seperti makan minum, pegang henfon, pergi kerja tapi tak boleh istiqamah dengan amalan ibadah kita sebab kita tak rasa perlu untuk melakukan kebaikan. 3 Ramadan 1436H 19/06/15M

Thursday, June 18, 2015

Kesilapan dalam bulan Ramadan

Ustaz Azahar Muhamad, Kesilapan yang sering berlaku dalam Ramadan. 

1. Makan dan minum dengan bebas secara sengaja. Musafir dua marhalah 90 km tak kira naik apa, dibolehkan berbuka puasa tapi ianya hanya harus bukan wajib. 

2. Tidak tunai solat ketika berpuasa, bukan tak solat tapi tak penuh lima waktu. Ramai tinggal solat tak tinggal puasa dan sebaliknya. Bila tak solat Allah masih tak akan terima amalan lain termasuklah puasanya. 

3. Beralasan tak larat buat kerja sebab berpuasa. 

4. Wanita yang datang berterawih berjemaah tapi tidak menutup aurat, akan mengurangkan pahala berterawih. 

5. Tidak banyak berdoa ketika berpuasa dan pada  waktu berbuka puasa. 

6. Makan sahur ditengah malam takut tak bangun di hujung waktu. Orang puasa tapi sakit sebab tak ikut cara menjaga kesihatan yang sebenarnya. Sebab ramai orang dijangkiti sakit buah pinggang kebanyakannya adalah kerana berbuka puasa dengan air berkarbonat dan juga air sejuk berais. 

7. Tidak subuh berjemaah, sama pahala seperti solat sepanjang malam, 

8. Lelaki datang masjid berbau busuk tapi wanita pula yang berwangi-wangian. 

9. Berbuka puasa dengan merokok tak ikut sunnah nabi. 

10. Banyak tidur dengan alasan tidur adalah ibadat, banyak tidur hukumnya makruh,  

11. Masuk ke bulan Ramadan dengan masih memiliki harta yang haram menjadi sia-sia pahala berpuasa. 

12. Sahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa beribadat. 

13. Datang masjid dengan niat hanya untuk memeriahkan masjid. 

14. Waktu imsak bukan waktu diharamkan makan, hanya tanda untuk berhenti makan sebelum azan subuh. 

15. Hadir berjemaah terawih tapi tidak berjemaah untuk solat lima waktu. 

16. Tidur selepas sahur tanpa solat subuh berjemaah, solat sunat subuh. 

17. Sibuk dengan persiapan raya dalam sepuluh malam terakhir Ramadan tanpa datang ke masjid berterawih, kejar Lailatul Kamdar lebih daripada Lailatul Qadar.   

2 Ramadan1436H 18/06/15M

Friday, February 13, 2015

Biodata Tuan Guru Dato Bentara Nik Aziz Nik Mat

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yang agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.

Satu hal yang menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yang secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dalam dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yang terletak ditengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat untuk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang dikasihi dan dihormati itu.

_ _ _ _ _ _

إنا لله وإنا إليه راجعون .. اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه ... أعظم الله أجره وأحسن عزائه
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه واكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما نقيت الثوب الابيض من الدنس وابدله دارا خيرا من داره