Tuesday, August 20, 2013

Tips Menjaga Buah Pinggang


TIPS MENJAGA BUAH PINGGANG

- JAMAL ALI ( KKM SG BULOH )

** Minuman yang diambil hendaklah melebihi dua liter sehari terutama orang yang bekerja kuat serta berpeluh dan cuba elakkan dari memakan kacang tanah, kacang putih dan segala kacang bergaram ,buah-buahan jeruk kering seperti asam boi dan buah kanan

** Memakan mi segera seperti mi maggi dan makanan rapu seperti twisties, chikadess, serta mi kuning dan roti canai memudahkan penyakit buah pinggang menyerang (Gantikan mi kuning dengan spageti dan roti canai dengan capati dan tosei)


** Minuman seperti nescafe, air sunquick, oren squash dan segala minuman berperisa juga perlu dielakkan kerana kandungan utama minuman ini mempunyai bahan kimia pewarna dan perisa, meminum teh kedai juga wajar dielakkan kerana teh kedai adalah teh ‘rejjcycle’ yang semata-mata dibuat dari bahan kimia pewarna dan perisa.


** Pengambilan Coklat perlu dielakan dan meminimunkan pengambilan air milo dan gantikannya dengan horlick , dilarang sama sekali pengambilan minuman bergas kerana merosakkan buah pinggang.

** Kurangkan pengambilan ayam daging kerana mengandungi beta agonist dan pelbagai hormon pe-nggemuk. Ayam ini dibesarkan diladang selama 31 hari sahaja akibat diberikan ubat-ubatan. Cuba gantikan dengan ayam kampung atau ayam dijual dipasar yang kulitnya berwarna kuning. Ayam ini tidak mengandungi ubat-ubatan terlarang.

Mencegah adalah lebih baik dari merawat..

Formula keperluan air

Berat badan kg x 2ml x 24 jam + 500 ml

Example

50kg x 2 x 24 + 500 = 2900 ml sehari

2900 ml /8 jam, setiap jam

362Ml.


Lebih berat, lebih banyak air diperlukan.

Saturday, August 10, 2013

Sebab Turun Ayat-ayat Al Quran

Ustaz Syakirin Hussein,
Masjid al-Azim,

Kitab Asbabun Nuzul Imam Jalaludin as Sayuti,

Menceritakan sebab turun ayat Al-Quran. Ayat turun sedikit demi sedikit, diturunkan di Mekah surah dan ayat berkenaan aqidah, di Madinah berkenaan hukum, orang Quraisy bertanya tentang beberapa orang pemuda kahfi.

Selama 40 hari Nabi s.a.w menunggu jawapan dari Allah tetapi tidak jua turun. Bila turun ayat Allah menegur Rasulullah s.a.w. kerana tidak sebut InsyaAllah, seterusnya Allah turunkan ayat wawajadaka dhollam untuk pujuk Rasulullah s.a.w., nabi dulu pernah sesat 40 tahun sebelum diberi wahyu turunnya ayat pertama oleh Allah, sebelum itu nabi mengguna akal untuk bezakan yang benar dan yang batil dan mencari tuhan, ayat iqra demi tuhanmu yang maha pencipta, Rasulullah s.a.w. menjadi pening tuhan yang mana.

Ayat arab mesti ada fe'el (perbuatan), fa'el(pembuat) dan maf'ullubih(mangsa atas perbuatan), contoh iyakanaqbudu, maf'ul muqaddam. Mencari kebenaran dengan menggunakan akal, mencari dakwah ke arah kebaikan dan kebesaran Allah melalui deria yang ada pada tubuh mata telinga, sahabat-sahabat yang syahid ketika uhud Saidina Hamzah, Anas bin Nadar.

Musuh paling besar ada dalam diri letaknya di tengah dada iaitu alhawa atau nafsu. Alfurqan orang yang beriman dengan kitab Al-Quran dan mengaji Al-Quran yang dengan tegas membezakan yang hak dan yang batil. Tafsir Al-Quran ada yang khusus seperti Bani Israel pengiktibaran ayat harus ambil yang umum.

Bani Israel yang membunuh semua nabi dan rasul tapi zaman sekarang tiada nabi, ada 4 orang nabi masih hidup dan ditangguh kematian mereka iaitu Isa, Hidir, Idris dan Ilyasa, tetapi risalah yang dibawa oleh mereka masih kekal hingga sekarang nabi Zakaria, Nabi Yahya dibunuh bukan tak sayang tetapi bertujuan untuk membunuh risalah yang dibawa.

Imam Ghazali ada mengatakan bahawa nikmat paling besar di dunia kebebasan memilih dan dicabut dikala nazak menjadi pilihan Allah nak beri syurga atau neraka berdasarkan kehidupan didunia, ikut Al-Quran atau ikut nafsu ke neraka.  

07:37pm Mon 08-10-12

Friday, August 9, 2013

Fadhilat Menuntut Ilmu

Penceramah : Ustaz Mohd Najhan Abd Halim,
Tempat : Surau Islamiah, 

hadis wasiah Rasulullah s.a.w., dari Kubaisoh bin Kharib, umur sudah tua berjalan terhenjot-henjot untuk bertemu nabi dan mohon menuntut ilmu dari nabi s.a.w., Imam Ahmad pernah berkata, Sama ada kita kaya atau miskin, tua atau muda yang belum mumaiyz, kita diwajibkan untuk menuntut ilmu. Urusan agama, bersuci pun tidak lepas macamana solat kita boleh diterima Allah, orang yang taat dan kasih kepada nabi tandanya orang itu taat dan kasih kepada Allah, Allah memuliakan Nabi dengan memelihara nabi, suci nabi dari lahir hingga wafat hingga kiamat walaupun begitu nabi juga manusia biasa, menuntut ilmu bermuzakarah umpama berzikir bertasbih, ajak orang tuntut ilmu agama umpama jihad, susah payah nak dapatkan ilmu agama umpama beribadat. Lesen akhirat kalau gagal tidak boleh ulang.

Ilmu agama bantu kita bukan sahaja ketika hidup dunia tetapi hingga waktu nazak nak mati, kita hanya boleh jawap jika tidak jahil dalam ilmu agama. Jika datang belajar ilmu agama, semua makhluk Allah termasuk pokok batu binatang berdoa kepada Allah untuk orang itu, dosa kita turut diampunkan Allah, Allah jamin rezeki bagi orang belajar ilmu, orang cina pun buka kedai sembayang dulu walau syirikan Allah, Allah tetap beri rezeki. Setiap kali solat subuh sebut subhanaAllah wabihamdih subhanAllahil azim utk elak penyakit buta. Ilmu itu ketua kpd amal, buat amal brdsrkn ilmu bukan ikutn org, ilmu agama jadik teman kita wktu kita sunyi, terasing jauh dr org, jdk perisai tika diserang musuh abad21 dlm soalan2 akidah agama eg nb kawin aisyah umur 7, bule kawin lebih 4. Tunjukn kita bule mempertahankn nb dr penghinaan spt kita brselawat kpd nb.

08:03pm Sun 23-09-12

Solat Qabliyah Subuh

Surau Islamiah,
Kitab Bidayatul hidayah,

Doa lepas solat qabliyah subuh mohon pertolongan Allah atas kelemahan kita untuk mencapai kebaikan dan nikmat seperti nabi dan sahabat dapat, juga masukkan ke dalam golongan yang beri hidayah kepada orang lain, dan bukan ikut jalan golongan orang yang sesat dan yang menyesatkan.

Jadikan kita bermusuh dengan orang yang bermusuh dengan Allah, berkasih dengan orang yang dikasihi Allah, menyintai manusia dengan kecintaan Allah, golongan yang engkar dengan perintah Allah adalah dari golongan orang islam yang lebih teruk daripada orang bukan islam, golongan yang layak masuk syurga dan layak untuk melihat wajah Allah.

07:37pm Sat 20-10-12

Sistem kehidupan Islam

Ustaz Dr Fauzi Deraman,
Masjid al-Azim,

Sistem kehidupan kembali kepada Al-Quran, amalan yang pahalanya tidak putus walau kita sudah tiada, Hadis SATU
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang bermanfaat bukan ilmu yang turun temurun tidak boleh dikongsi orang lain
3. Anak yang soleh yang mendoakan ibubapanya.

Hadis DUA sambung bulan depan hari khamis minggu ke4.

Fadhilat Qabliyah Subuh

Surau Islamiah,
Kitab Bidayatul Hidayah, bab 7 adab masuk masjid,

Solat sunat qabliyah subuh, sunat muakadah iaitu hampir wajib.

Doa sangat dimakbul Allah selepas solat fardhu dan di pengujung malam, ada hadis Allah akan merentang tangan seluasnya untuk mengampunkan dosa, murahkan rezki dan merahmatkan sekelian hambaNya yang beribadat waktu itu, dua orang malaikat ditugaskan mendoakan mereka yang solat sunat qabliah subuh dan subuh berjemaah.

Amalan doa selepas qabliyah subuh mohon kerahmatan daripada Allah dan Allah juga akan turunkan hidayah, mudahkan segala urusan mencari rezeki dimukabumi, juga menenangkan, meluruskan akal fikiran jadi jelas, melembutkan hati untuk terima hidayah, antara orang yang dapat kecelakaan adalah orang yang gelap keras hati susah terima kebaikan.

Barangsiapa yang membangunkan fitnah hingga rosak umat maka amat celakalah mereka itu. Allah pelihara kita daripada kejahatan syaitan dan benda-benda ghaib, bila satu kumpulan dikuasai Syaitan maka mereka tidak akan dijauhkn daripada mengingati Allah, membersihkn amalan daripada sifat mazmumah keji riak ujub angkuh, juga dengan rahmatNya Allah kurniakan wajah yang bercahaya, putih berseri, kurnia ilham bisikan para malaikat yang datangnya dari Allah,

Allah beri kelebihan menunaikan hajat kita, terpelihara daripada segala perkara yang tidak baik.

08:06pm Sat 15-09-12