Thursday, July 11, 2013

Kualiti Ibadat Ramadhan

Ustaz Awang Rani Awang Besar,
Tazkirah 3 Ramadan 1434H,

Quality ibadat hingga ke tahap '...Laalakum tattakun...' iaitu darjat orang yang bertaqwa, sifat paling tinggi, kita menadah tangan berdoa minta masuk syurga tak nak masuk neraka, tidak akan dapat sifat rajin kalau tiada sifat taqwa. Allah tak pernah mungkir janji.

Ramadhan dieja dalam huruf jawi berbunyi Ra, Mim, Dhod, Alif dan Nun.

Ra bermaksud rahmah kasih sayang Allah kepada orang yang beriman. Ada terdapat  3 bahagian dalam sebulan Ramadhan iaitu Peringkat Rahmah, Peringkat Makfirah dan Peringkat terakhir 'Itqun Minannar' Kebebasan dari api neraka, ditafsirkan umpama bidadari bersiap-siap di dalam syurga dan menunggu kedatangan orang Islam yang berpuasa.

Mim bermaksud makfirah, iaitu Allah bersifat Maha Pengampun.

Dhod bermaksud jaminan Allah.

Alif bermaksud ampunan Allah.

Nun bermaksud bebas dari neraka.

Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan sama dengan 83 tahun. Terawih membawa makna rehat-rehat , solat sambil rehat.

Iltizam untuk wujudkan manusia yang paling taqwa.

Puasa yang menyihatkan, hadis cukuplah bagi anak adam satu pertiga makanan, satu pertiga minuman dan satu pertiga kesihatan.

Hadis -Syurga ada 1 pintu iaitu Pintu Rayyan yang mana tidak masuk melalui pintu ini kecuali orang yang berpuasa.

3 bahagian puasa iaitu
1. Puasa orang awam makan minum sahaja
2. Puasa khusus - orang yang hidupkan dengan beramal, makan yang bersih.
3. Puasa para anbia

10:04pm Thu 11-07-13

No comments: