Sunday, July 21, 2013

Tiga perkara yang menjauhkan Taqwa

Ustaz Derani (KAGAT),
Tazkirah 12 Ramadan 1434H,

Fasa ke-2 Fasa Maghfirah, mohon taqwa kepada Allah,

Ada manusia yang takut berilmu banyak, jisim rohani mesti dipakaikan dengan pakaian taqwa, dibekalkan dengan taqwa, akan dapat redha Allah dan dapat masuk syurga. Amal yang lebih afdal adalah ilmu, seburuk-buruk muflis adalah muflis di akhirat.

Taqwa itu dimiliki oleh hati seseorang, roh, nafsu dan akal adalah jisim batin, ikut-ikut orang atau ikut-ikut adat, tak kenal Allah,

Imam Ghazali ada berkata taqwa ada 3 perkara yang perlu dijauhkan:-

1. Orang yang jaga diri dari syirik kepada Allah, jisim batin, syirik tersembunyi iaitu riak, takabbur, ujub, riak - nak orang sebut nama kita, riak bercampur iaitu kerana manusia dan Allah dan riak semata-mata kerana manusia. Lawan kepada riak ialah Ikhlas iaitu melakukan ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah kerana Allah,

2. Maksiat yang bermaksud derhaka kepada Allah, mukalaf

3. Perkara bida'ah.

Jaga 3 perkara ini akan dapat taqwa daripada Allah, dan lagi roja' berharap dan hauf.
Bebankan diri dengan kerja yang berat semata-mata hendak tundukkan nafsu, jangan makan banyak dan mohon pertolongan daripada Allah, semoga kita menjadi orang yang sentiasa dibimbing dan dilindungi oleh Allah.

Siapa yang tidak kenal diri sendiri dia takkan kenal tuan dia.

10:20pm Sat 20-07-13

No comments: