Monday, September 30, 2013

Rukun Ambil Wuduk

Ustaz Azhar Idrus
Masjid Ubudiah.
Kitab : Anak Kunci Syurga (ms. 45)

Wuduk sama dengan mengambil air sembahyang. Dalam hadis takda jumpa rukun wuduk 6 perkara. Ulamak melihat nampak banyak benda, hafal hadis. Imam syafie yang mencungkil masalah dan hukum didalam hadis bukan sahaja menghafal. Keramat kemuliaan yang diberi Allah kepada hambanya yang terpilih seperti ulamak hadis, feqah dan lain-lain. Hafal hadis  tiga ribu bukan yang matan sahaja, sanad org yang menyampaikan. Imam hanbali hafal 400 ribu hadis, imam ibnu mubarak hafal matan sanad lengkap sebanyak 1.2juta, yang terbanyak di antara imam2 hadis. Imam bahru radzi tafsir bismillah 100 m/s. Keramat bukan untuk ulamak sufi sahaja.

Makna rukun perkara yang terhenti atas sesuatu. 4 rukun dari Al-Quran dan 2 lagi dari hadis iaitu niat dan tertib. Niat makna tujuan kita buat sesuatu, bukan tak sengaja, tempat niat didalam hati, lafaz hanya harus. Contoh niat, tak kisah niat camana asalkan sampai niat.

Basuh muka, kawasan muka, tiada dalam hadis sempadan muka, mula tempat tumbuh rambut hingga tulang dagu, anak telinga turun ikut tulang dagu, lebih daripada sempadan dapat kelebihan pahala sunat (buroh),
Basuh kedua tangan sampai lebih dari suku, lebih sedikit itu wajip, lebih banyak sunat.

Sapu kepala (bukan basuh) sunat basuh satu kepala dan semua rambut yang ada, wajib sebahagian kepala, sekurangnya satu perempat kepala iaitu kawasan ubun rambut guna tapak tangan, basuh muka tak wajib basuh biji mata, sunnah nabi jirus dan gosok muka tangan,

Basuh kaki sampai buku lali, sebaiknya gonyoh tumit, nabi saw kata celaka tumit-tumit yang tidak digosok semasa berwuduk. Kaki sebelah basuh sebelah sahaja,

Tertib, buat yang mana dulu, asalnya dulu orang nak bersaie. Mana dulu safa ke marwah, diqiaskan sama juga dengan berwuduk.

28/9/13 9:30pm

Sesi soal jawab
Korban yg sunat, harus dibahagi tiga bahagian iaitu fakir miskin, kawan jiran, bahagian sendiri. Nabi bila korban ambil segenggam sahaja untuk diri sendiri.

Perlu carik jodoh atau jodoh datang sendiri?
Dalam dunia hidup ada sebab musabab tapi Allah yang punya kuasa, cari rezki dan kekadang rezki cari kita iaitu masa kita kanak2, kita ikhtiar dan ada sempadan ada syarat.

Beza syariat dan hakikat
Rohani dan jasmani, roh dan jismun, zahir batin, syariat hakikat, yang molek datang dari Allah yang tak molek datang dari kita, dari segi hakikat semua datang dari Allah.

Qada solat sebab badan peluh buat keja
Peluh kita bukan najis hanya peluh anjing dan babi.

Istiqamah dengan pengajian agama?
Berkawan dengan orang yang rajin mengaji. Buatlah masa kita rajin belum tentu esok lusa kita rajin lagi,

Buat kenduri menang judi no ekor
Judi dan arak adalah sebahagian kerja dan amalan syaitan, siapa yang berhenti judi kerana Allah maka dia dijamin akan dapat kemenangan di akhirat. Setiap bahagian tubuh yang membesar dari harta yang haram layak masuk neraka. Bertaubatlah malam ini kerana Allah terima taubat pada malam ini jugak.

Disaran ikut sunnah tapi ulamak takut poligami
Sama konsep dengan pakai serban, jubah, janggut.

28/9/13 10:30pm

No comments: