Saturday, May 12, 2012

Hukum Anak Angkat



Penceramah : Ustaz Azhar Ali
Tempat : Masjid al-Azim, Pandan Indah
Kitab Rujukan : Kitab Tafsir

Tafsir Surah al-Ahzab ayat 4-10

Al-Quran ada terkandung didalamnya berbagai perkara seperti

1. Ayat peringatan,
2. Ayat hukum hakam dan penjelasan dan juga
3. Kisah teladan dan pengajaran.

Dalam perkara teladan dan pengajaran Allah telah menggariskan 6 hukum berkenaan anak iaitu

1. Anak kandung,
2. Anak tiri,
3. Anak susuan,
4. Anak angkat,
5. Anak buangan, dan
6. Anak luar nikah.

Allah ada berfirman yang bermaksud, Dan Allah tidak menjadikan anak angkat sebagai anak kamu sendiri. Zaman sekarang orang suka buat penipuan terhadap anak angkat, sepertinya telah kembali ke zaman Jahiliyah, dan menjauhkan diri dari agama.

Allah telah beri penjelasan haram hukumnya menukar nama bapa kandung kepada bapa angkat. Mengikut Perangkaan terdapat 17,303 orang anak luar nikah setahun. 25,700 orang perangkaan dari tahun ? hingga Julai 2007. Masalah akan timbul dari segi wali nikah, pembahagian harta, hak penjagaan.

Anak angkat Nabi Muhammad s.a.w. iaitu Zaid bin Harithah, anak kelahiran afrika. Mengikut hadis, Allah telah menurunkan wahyu mengarahkan Nabi s.a.w. untuk pergi meminang sepupu Nabi s.a.w. iaitu Zainab. Mereka pun bernikah tetapi jodoh tak lama, tak serasi, Zaid berpisah dengan Zainab. Kemudian turun wahyu arah Nabi s.a.w. untuk bernikah dengan Zainab. Nabi telah dipersoalkan kerana telah berkahwin dengan bekas isteri anak angkatnya. Maka turun ayat Surah al-Ahzab ini yang membenarkan.

Hukum batal wuduk jika bersentuhan, aurat masih ada, tiada hak atas harta pusaka kecuali bapa angkat masih hidup dan memberi hibah kepadanya.

Hadis Bukhari, jangan membenci ayahmu kerana akan jatuh kafir hukumnya. Telah tiada akhlak tauhid dalam diri umat islam sekarang.

Islam ada menggariskan cara dan hukum di dalam Al-Quran untuk semua hal dalam kehidupan kita. Anak angkat sebagai amanah Allah yang sekiranya dididik dengan agama tidak akan meninggalkan ibubapa angkatnya.

Kesimpulan, boleh tanya jabatan agama bagaimana untuk memperbetulkan semula.


08:50pm Wed 12-05-10

No comments: