Monday, May 13, 2013

Serangan Ahzab

Ustaz Shukri b Harun,
Surau Islamiah,
Kitab Fiqh al Harakah dari Sirah Nabawiyyah, ms186,



Peperangan yang berlaku di satu tempat di negara Syam, negara Syam negara yang melibatkan banyak perkara hari kiamat, Rasulullah melantik seorang sahabat mengetuai 1000 orang tentera pada Rabiulawal tahun 5H, ada pemandu jalan, tiba dikawasan musuh tetapi tiada orang kerana telah diketahui. Rasulullah patah balik ke Madinah dalam 15 hari.

SERANGAN AHZAB, ahzab membawa maksud tentera bersekutu, ketuanya Bani Nazir bersama kaum musyrikin lain menyerang Madinah, tujuan melenyapkan Islam, mereka ini tidak baca taurat sama Al-Quran surah Saf Allah pastikan cahaya Islam tetap bersinar hingga kiamat. Sistem sekular yang dibawa oleh kaum musyrikin Yahudi telah berjaya mengganggu Islam.

Seramai 20 orang yahudi datang berjumpa dengan kaum musyrikin. Surah AnNisa':51-55, Yahudi tak suka dengan Muhammad hanya kerana nabi s.a.w berasal dari orang Arab. Bagi mereka nabi hanya daripada kalangan mereka sahaja.

Kabilah daripada Mekah yang hendak serang Madinah seramai 10,000 orang. Sedangkan penduduk Madinah termasuk perempuan dan kanak-kanak tidak sampai 10,000 orang. Rasulullah dicadangkan oleh Salman al-Farisi untuk membuat parit sedalam 10 hasta dan selebar 9 hasta, perang ini juga dinamakan perang Khandak, tentera Islam hanya seramai 3000 orang.

08:44pm Mon 13-05-13

No comments: