Sunday, July 14, 2013

Golongan yang dinaikkan Darjat

Ustaz Zia Ulhaq,
Kuliah Subuh,

Barangsiapa yang bangkit subuh berjemaah umpama dia telah menghidupkan seluruh malam,

Ada 3 golongan yang dijanjikan kenaikan darjat nabi kata

SATU Al-Mariq orang yang sakit, Allah timpakan kesakitan untuk menaikkan darjat, Saidina Ali kata sifat orang diuji dia akan bersabar, berlapang dada, bersangka baik, redha. Kalau tak redha keluh kesah menggambarkan kita tak dapat terima ujian dan menyalahkan Allah, hadis qudsi mana-mana manusia yang tak dapat terima ketetapan Allah malah menyalahkan Allah maka pergilah sembah tuhan selain Aku.

Ketika berpuasa sakit terbahagi dua
1. Sakit ada harapan sembuh, kalau tak larat nak puasa takut mudaratkan diri Allah akan izinkan tapi perlu qada puasa selepas ramadan surah 2:184, boleh gunapakai bagi orang kerja berat.

Dr. Wahbah Yuhairi kata orang ini perlu bersahur dan puasa seperti biasa, musafir yang jika diteruskan puasa akan jatuh pengsan atau keputusan bekalan diizinkan buka puasa, kesakitan yang dberi ganjaran pahala, dan kenaikan darjat disisi Allah, siapa yang hadir dekat ke rumah Allah menandakan tahap keimanan, hadis daif masih boleh diamalkan umpama ijabkabul disarankan untuk dilakukan dalam kawasan masjid ada nilai keberkatan, masjid tempat sucikan jiwa kita, doa orang berpuasa takkan ada hijab, mohon kaya yang semakin dekat dengan Allah

2. Sakit tiada harapan sembuh,

DUA pemimpin yang adil, diri sendiri menjadi pemimpin kepada nafsu bawa kepada mutma'inah kebaikan, pemimpin yang menegak Islam di akhir zaman akan berdepan berbagai kesukaran, mudahan darjat kita ditinggikan oleh Allah bila kita sama menyokong kepimpinan Islam

07:13am Sun 14-07-13

No comments: