Tuesday, July 23, 2013

Ibadah Yang Dilupakan

Ustaz Raihan Aziz,
Masjid al-Azim,
Tazkirah 15 Ramadan 1434H,

Sahabat bernama Miqdad, ibadah berfikir sejenak, Abdullah ibnu Abas kata berfikir sesaat lebih baik daripada ibadah 70 tahun,

Abu Hurairah ditanya apa yang difikirkan, dia menjawab penciptaan makhluk Allah, Allah didalam ayat-ayatNya yang bersumpah atas bintang, waktu fajar, waktu dhuha, menunjukkan kebesaran Allah, atas dunia bukan USA yang paling besar.

Sifat golongan Ulul Albab bukan Ahmad Albab
1. Sentiasa ingat Allah,
2. Sentiasa  fikir Allah,

Fikir cara orang beriman tengok laut kagum hebatnya Allah, bukan cara budak-budak,

Surah al-Mulk penghuni neraka kata ada orang bagi peringatan, kalau dulu atas dunia kami dengar, guna akal betul-betul, kami takkan jadi penghuni neraka, pendengaran lebih penting daripada penglihatan, lihat dengan dua mata dan hati, dengar dengan telinga dan hati,

Surau al-Insan Allah jadikan telinga dahulu baru mata, manusia ahli neraka akan salahguna fikir macamana nak curi,

Banyak ayat al-Quran yang menyuruh kita berfikir, Surah Yasin ada menyatakan tentang burung yang terbang tidak jatuh ke bumi, manusia dicipta dari air mani yang berbau hanyir, daripada tiada apa-apa Allah bagi anggota kaki, bagi tangan semua tetapi kita masih nak lawan balik dan ingkar dengan Allah.

Surah al-Waqiah perhatikan air yang turun dari langit. Pada tubuh badan kita sendiri ada petunjuk kebesaran Allah, jantung yang tak pernah berhenti bekerja 24 jam sehari.

Abdullah ibnu Abas juga kata fikir Kehidupan selepas mati.

SRI Al-Ummah Kg Pandan 2 lot 4 tingkat, 300 pelajar 23 guru.

10:25pm Tue 23-07-13

No comments: