Ustaz Najmudin Said,
Surau Islamiah
Tazkirah 7 Ramadan 1434H,
Ramadan kalau untuk cari duit akan dapat duit sahaja, kalau tahan lapar dahaga akan dapat lapar dahaga sahaja, kerja di dalam bulan puasa akan lemah longlai..
Pada zaman Nabi s.a.w. berlaku perang Badar dalam keadaan semua sahabat berpuasa dan peroleh kemenangan, bulan puasa jaga iman, bulan puasa madrasah ramadan kerana hadis kata ganjaran dalam Ramadan sangat besar, bulan keampunan kesan dosa, Imam Qayyum Ibnu Jauzi berkata dari segi dalaman hati kita sakit, kalau nak buat baik akan buat baik, bila hati sakit roh juga akan sakit, cara mengubati amalkan amalan soleh jauhi perkara lagho,
Kesan dosa ada dua iaitu
1. Menutup jalan ilmu dan
2. Menggelapkan cahaya hati,
Imam Malek pernah berkata kepada Imam Syafie Allah bagi cahaya kepada kamu dan jagalah dari digelapkan cahaya itu.
Setiap Bani Adam melakukan silap dan sebaik-baik anak-anak Adam adalah yang bertaubat,
Hamdalah sahabat nabi s.a.w pernah berkata dengan Saidina Abu Bakar bahawa dia telah munafik, Rasulullah s.a.w kata ini perkara biasa dalam hidup tapi amatlah rugi bagi orang yang tidak bertaubat selepas melakukan dosa.
10:01pm Mon 15-07-13
No comments:
Post a Comment