Saturday, July 13, 2013

Jalan-jalan Ke Arah Taqwa

Ustaz Hamzah b Ngah,
Surau Islamiah
Kitab Abdulah Nasiullah

Jalan-jalan Ke Arah Taqwa ada 5 jalan,

1. Al-Mu'ahadah perjanjian, menjadi sifat orang beriman menunaikan janji, dah menjadi amalan sejak zaman jahiliyah lagi, disini maksud tunai janji dengan Allah dalam Fatihah dibaca 40 kali dalam bulan Ramadan. Bulan selain dari Ramadan 17 kali. Berjanji taknak ikut jalan yahudi dan nasrani. Yahudi amalannya taknak lihat Islam memerintah contohnya di Mesir, menjadi ancaman kepada Israel. Faktor kekuatan umat Islam bila tunai janji kepada Allah.

2. Al-Muraqadah rasa Allah perhatikan segala perbuatan kita, perkara baik yang dibuat ikhlas, perkara tak baik yang dihindari, solat tanda bersyukur kepada Allah, musibah yang dihadapi dengan keadaan redha, sabar dan istiqamah, isu murtad.

3. Al-Muhasabah bagaimana nak hadapi hari akhirat, umpama berniaga modalnya islam nak untung buat baik, buat tak baik dapat rugi, Nabi Muhammad s.a.w melibatkan diri dengan berbagai bidang dalam hidup baginda termasuk niaga, jihad, politik.

4. Al-Mu'aqabah mendenda diri atas kesilapan diri, Saidina Umar al-Khatab pergi kebun dan mengerjakannya hingga terlepas solat Asar berjemaah, lalu dia mendenda diri dengan memberi kebun kepada fakir miskin.

5. Al-Mujahadah melawan nafsu, atau apa sahaja yang menghalang perbuatan baik. Kena bersungguh untuk buat amalan. Allah uji dengan jerebu, muhasabah diri Allah nak bersihkan maksiat. Hadis beramallah sekadar yang kamu mampu, nak rasa lebih dari Rasulullah takkan mampu.

Maahad Tahfiz Rusila. 06:56am Sat 13-07-13  

No comments: