Sunday, May 16, 2010

Sejarah Internet


Tiba-tiba aku teringat mula-mula aku melayari internet menggunakan Netscape Navigator. Tahun 1994, pada masa itu aku masih belajar di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Duduk di hadapan sebuah PC di dalam library dan melayari internet menggunakan browser Netscape Navigator. Pada masa tu inilah browser paling canggih. Heheh... aku ketawa sendiri bila teringat balik zaman itu...


Tapi sekarang aku lebih suka menggunakan browser Mozilla Firefox. Lebih mudah, cepat dan tidak terlampau crowded. Hari ini barulah aku tahu bahawa apabila aku buat kaji selidik dan bertanya dengan mr.Wiki tentang Netscape Navigator, rupanya ia telah dihentikan pembangunannya pada 2008 dan telah digantikan dengan Firefox.

Tahniah kepada Netscape kerana menarik perhatian aku kepada dunia internet...

No comments: