Sunday, November 6, 2011

Jet setter

Setelah sekian lama terbiar, seingat aku selepas 2-3tahun, Jet aku dapat barang baru. Kebiasaannya aku akan menjalankan projek ini setelah adanya keperluan mendesak seperti berlaku kerosakan, persiapan untuk perjalanan jauh dan yang terpenting, budget membenarkan. Kali ini, aku perlu menukar tayar depan kiri kanan dan drive shaft kanan. Tempat atau bengkel sasaran adalah sebuah bengkel di pandan mewah.


keadaan driveshaft aku yang amat menyedihkan.. :(




selepas settle memasang drive shaft recon, aku berpindah ke kedai tayar di Taman Cempaka.

pada permulaannya, aku hanya perlu membuat alignment kepada keempat-empat tayar Jet aku, tetapi setelah proper check up, aku perlu menukar 2 tayar hadapan dan balancing, repair camber belakang dan replace 2 boost screw yang mana sebelah kanan telah 'hilang'.





Harapnya Jet aku kembali pulih dan dapat beraksi semula...

No comments: