Tuesday, February 21, 2012

Kekuatan Aqidah

Penceramah : Ustaz Yusri Musa
Tempat : Surau Islamiah, Ampang

Bulan Muharam bulan hijrah, bagaimana nabi menguatkan akidah para sahabat sehingga dapat menakluk dunia, iaitu melalui :-
A. Suci jiwa
B. Tarbiah diri
C. Janji kita kepada Allah, iaitu baiatul aqabah.

A. Suci Jiwa
Peristiwa Bilal bin Rabah dihimpit batu dan dijemur panas terik padang pasir. Dalam hati berkata Allah lafaz ahad.. Bayangkan kekuatan dalaman Bilal, peristiwa gua hira' nabi muhammad saw menerima ayat Al-Quran pertama daripada Malaikat Jibril, terkandung didalamnya hukum syariat yang tersurat iaitu
1.hukum hakam ibadah,
2.hukum munakahat
3.hukum muamalat
4hukum jinayah. Hukum syariat yg tersirat ada 2 perkara.

Al-Quran akan meninggalkan sesiapa yang
1. tak mahu membacanya,
2. pandai baca tapi taknak faham dan,
3.pandai baca, faham tapi taknak ia dilaksanakan.

Berkat membawa maksud bertambah kebaikan akhlak, muamalat.
Maksud yang tersirat pula ialah, iqra berzikir menyebut nama Allah bersama
99nama Allah, kitab riyadus solihin ada menyebut hidup ibarat mendayung
sampan sepertimana makna tersirat bagi huruf Ba, suci jiwa dengan
zikrullah, dunia akhir zaman sibuk hidupkan jasad tapi mati jiwa hati.

B. Tarbiah diri
Kelaparan, kita tak pernah lapar jasad tapi lapar jiwa batin akan menjadi
seperti binatang buas malah lebih teruk lagi dengan buang anak, bunuh
santau dll. Kita banyak menipu dengan Allah ketika duduk, diri, baring.

Kandungan Al-Quran sendiri dalam bentuk Zikr seperti
1. Ibadah yang perlu diulang seperti solat, puasa, zakat
2. Perlunya ada ilmu yang perlu diulang-ulang
3. Perlunya untuk bersama-sama masyarakat mencurah dan menyampaikan ilmu
4. Perlu ikhlaskan hati kerana Allah.

C. Janji kita kepada Allah
Janji kita kepada Allah dan Rasulullah s.a.w mesti terpahat dalam hati orang beriman iaitu berinfak, melaksana perkara baik, elakkan perkara yang mungkar dan buat perkara yang yang Allah suka.

Empat sifat yang perlu ada dalam setiap muslimin iaitu Alim (berilmu), abid (kerja), amil (kepimpinan) dan...

07:39pm Tue 13-12-11

No comments: