Friday, November 23, 2012

Forum Maulidur Rasul 1433H


Ahli Panel  : Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz dan Ustaz Dr Azhar Yaakob
Moderator : Ustaz Mohd Ikram Ahmad Badaruddin
Tempat : Masjid Bandar Baru Ampang




Moderator: Demi sesungguhnya bagi kamu Rasulullah s.a.w. itu suri teladan yang baik (Surah al-Ahzab:21)
Dato: Mula daripada lahir hingga wafat semua yang nabi buat adalah merupakan teladan kepada bukan sahaja kepada umatnya yang muslim malah kepada non-muslim juga, banyak perkara tak betul pada zaman ini, apakah nabi buat, benarkan, suruh? contoh mudah membiarkan kuku panjang, majlis memotong jambul, melukis ditubuh badan termasuk yang menggunakan inai.

Moderator: Hadis 2 pusaka AlQuran dan AsSunnah.
Dr : mengikut kajian dari 5 orang Malaysia seorang dalam keadaan stress. Perempuan lebih stress daripada lelaki. Sebab paling besar stress adalah kekangan ekonomi. Contoh beli kancil. Cara yang nabi ajar 9 per 10 dari rezeki datang dari perniagaan. Walau makan gaji tapi jiwa besar dengan jiwa bisnes dan enterpreneur ikut sunnah.

Moderator: Bagaimana cara nak tunjuk kita sayang Rasul.
Dato: golongan anti hadis ada 5 risalah i. Tiang agama ii. Solat, iii. Ahli sunnah waljamaah dan syiah adalah kristian iv. Fenomena ahli sunnah v. Hanya ikut Al-Quran sahaja. Barang siapa yang hidupkan sunnah Rasul itu bermakna dia sayang nabi dan dia akan bersama aku di syurga nanti. Al Quran Nabi Muhammad bawa rahmat sekalian alam.

Moderator: Konsep Negara Islam.
Dr: Kemuncak islam bila tertegaknya negara islam. Daulat disambung oleh 4 khalifah, hingga Usmaniyah. Negara yang transparent dan mendapat keampunan Allah. Nilai kehidupan bersama Allah hingga Maqam Syahadah, Maqam Muraqabah, takut cinta sayang dan mengharap redha Allah, alBaqarah, apa munasabah jika tolak syariat Allah. Jangan seperti ikan duyung yang tak boleh dimakan tak boleh kawin.

Adab ziarah maqam Nabi, bagi salam keatas Rasul dan doa.

17 Feb 2012 (Jumaat)

No comments: