Thursday, March 17, 2016

Peringkat Manusia & Rukun Syahadah

Hamba kepada Allah, ada empat peringkat manusia:-

1. Lahir dari perut ibu kita adalah makhluk Allah al-khalik yang kenal halal haram. 

2. Melakukan segala perintah Allah sebagai tugas utama di dunia tanpa merungut. 

...Ya Allah terimalah amalan2 ku, terima aku di akhirat nanti sebagai hambaMu ya Allah... 

Lakukan sesuatu amalan kerana Allah. Permulaan amalan memang kena paksa. Diwajibkan bermaksud dipaksa buat tak buat dapat dosa.

3. Mukmin iaitu orang yang beribadat kerana keyakinan kepada Allah.

4. Muttaqin, iman itu hal keadaannya telanjang dan pakaiannya taqwa saling lengkap melengkapi. Orang beriman belum tentu bertakwa tapi orang bertakwa sudah tentu beriman. 

Rukun syahadah empat perkara:- 

1. Mengisbatkan zat Allah swt iaitu mengesakan Allah swt, meyakini zat Allah bersalahan dengan yang lain, 

2. Mengisbatkan sifat Allah swt iaitu meyakini sifat Allah swt, pendengaran Allah tak sama dengan pendengaran kita, 

3. Mengisbatkan nama-nama Allah swt iaitu membaca dengan nama Allah swt yang maha pemurah lagi maha penyayang, Allah swt tak pernah rugi memaafkan hambaNya tapi kita akan rugi jika tidak mohon ampun dengan Allah swt.

4. Mengisbatkan kerasulan Nabi Muhammad saw, dalam masa yang sama kita kena mengakui nabi-nabi lain sebagai nabi dan rasul. 

Ini dinamakan Nafi dan Isbat.
Rabu ketiga 16/03/16 845pm
Icareyouthmalaysia NGO bantu buat masjid, dana miskin.

No comments: