Saturday, August 11, 2012

Golongan Yang Tak Terhapus Dosa

Penceramah : Ustaz Asmadi Ibrahim,
Tempat : Surau Islamiah,
Tazkirah Ramadhan 23,

Malam alQadar tak mestinya malam-malam ganjil terakhir, adakah orang terdahulu ada dapat malam alQadar?...

Umat dahulu umur panjang hingga seribu tahun. Imam Mujahid ada menyatakan bahawa umat Bani Israel berjuang jihad hingga seribu bulan. Sama macam dapat bonus seribu bulan. Malam pembebasan yang mana Allah membebaskan beribu-ribu nama yang wajib neraka berjaya keluar dari neraka dan ada peluang masuk syurga.

Saidina Anas kata nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata Lailatul Qadar hanya untuk umat nabi s.a.w.

5 golongan tak terhapus dosa bila datang Ramadhan:-

1. Orang syirik menolak hukum Allah, puja keris hantu
2. Orang derhaka ibubapa, putuskan silaturrahim sesama muslim.
3. Bermusuhan sesama muslim 
4. Ketagih arak
5. Ketagih maksiat.

Imam Bukhari meriwayatkan nabi Muhammad s.a.w ada bersabda setiap umatku diampun kecuali buat dosa terang-terangan.

Kesimpulannya, Tunjukkan kesan selepas Ramadhan kepada Allah inilah sahamku untuk akhirat.

09:45pm Sat 11-08-12

No comments: