Monday, August 13, 2012

Imam Hasan al-Basri - Amalanku tidak dibuat oleh orang lain

Penceramah : Ustaz Shukri b Harun,
Tempat : Surau Islamiah,
Tazkirah Ramadan 25, malam selasa Ramadan terakhir,

Allah sudah sediakan pusat rawatan istimewa ramadan untuk merawat roh. 30 hari khas di dalam wad merawat penyakit seperti solat jemaah.

Kitab Qisasun Solihin, menyatakan bahawa rezki kita sudah ditentukan oleh Allah sebelum kita lahir,

Imam Hasan al-Basri pernah berkata amalanku tidak dibuat oleh orang lain, bukan harapkan anak-anak yang soleh untuk mendoakan kita, bukan tunggu orang lain baca Al-Quran untuk kita. Maut sentiasa menunggu kita, apakah nasib kita di akhirat nanti. Allah sentiasa melihat perbuatanku, ihsan. Kematian bukan perkara yang kita perlu takutkan.

Saidina Ali berkata bila orang muda bercita-cita untuk hidup lama, separuh hidup mereka untuk tidur, separuh dalam kelalaian, Satu pertiga bina kehidupan, tinggal baki untuk bersama keluarga, tinggal beberapa tahun lagi untuk hidup.

Hadis qudsi - taubat yang sebenar taubat jika hamba itu bawa dosa sebesar biji pasir.

09:47pm Mon 13-08-12

No comments: