Sunday, February 3, 2013

Keistimewaan Umat Nabi Muhammad s.a.w

Penceramah : Ustaz Rashdan Yunus,
Tempat : Surau Islamiah,

Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud,
Orang yang mengikuti Nabi Muhammad s.a.w. seperti membuang beban pada diri mereka
Syariat yang paling ringan dan terbaik dibanding dengan umat lain sejak nabi Adam. Contoh:-

1. Bani Israel diberi syariat yang berat seperti kain yang terkena najis wajib dipotong. Dan adakalanya termasuk kulit dan anggota badan sekali wajib dipotong.
2. Tidak makan dan tinggal bersama wanita datang haid. Islam menjaga dari aspek rohani dan jasmani.
3. Hukum qisas dikenakan sama ada sengaja atau tidak atau telah dimaafkan, bagi umat nabi s.a.w. dibenarkan bayar diat iaitu bayaran ganti nyawa.
4. Jika ingin bertaubat sebab sembah anak lembu wajib bunuh diri,
5. Dosa lihat perempuan ajnabi kena cucuk mata,
6. Dihukum potong kemaluan sebab berzina.
7. Memalukan orang yang buat maksiat dengan digantung papan tanda di pintu rumah pesalah dengan menceritakan kesalahan dan aib pesalah.
8. Bercakap buruk dalam hati pun dikira berdosa, terlupa tersilap terpaksa masih lagi dimaafkan oleh Allah.
9. Langgar perintah Allah tidak boleh bekerja pada hari raya iaitu setiap sabtu, yang melanggar akan bertukar jadi kera.
10. Penyakit Taun sebagai satu azab/bala kepada umat terdahulu tetapi sebagai ujian bagi umat nabi s.a.w.
11. Diharamkan makan binatang berkuku, lemak binatang.
12. Umat dahulu tidak dibenarkan sembahyang di tempat lain selain tempat sembahyang.
13. Bersuci wajib hanya guna air sahaja.

08:52pm Sun 03-02-13

No comments: