Wednesday, February 6, 2013

Cakap perkara baik, Muliakan Jiran dan Tetamu

Penceramah : Ustaz Fadlullah bin Ismail,
Tempat : Surau Islamiah,
Kitab : Hadis 40 Imam Nawawi, hadis ke 15,

Riwahul Bukhari dan Muslim, siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat bila Allah terima amalannya seperti:-.

Hadis A : Cakap benda baik atau lebih baik diam, perkara harus yang letaknya di tengah boleh menjadi wajib atau haram, bercakap menjadi wajib bila digunakan untuk mengajar orang menjadi baik, Diam yang selamat adalah dengar perkara daripada orang lain di pertengahan jalan cerita.

Iman yang teguh bila hati teguh dan teguh hati bila lidah teguh. Hakikat iman yang sebenar dicapai bila jaga lisan.

Tanda cantik Islam pada seorang bila tanggalkan benda tak manfaat. Muaz b Jabal, duta ke Yemen katanya, Nabi s.a.w bersabda
Tidak Allah heret muka ke neraka melainkan kerana lidahnya
Adab bicara,
1. Bila rasa tak patut cakap maka berhenti bercakap,
2. Jangan berlebihan cakap perkara tidak manfaat. Punca hati keras kerana cakap banyak tak tentu hala.
3. Wajib bercakap untuk halang maksiat dan mengajak kepada kebenaran.

Hadis B : Hendaklah memuliakan jirannya,
Jibril a.s berterusan cerita peringatan tentang jiran ketika bersama Rasulullah s.a.w seolah-olah jiran adalah pewaris harta. Abu Bakar ada buat amalan baik tetapi tak pernah bagitahu orang lain iaitu beri makanan kat jiran.

Hadis C: Muliakan tetamu.
Tuanrumah kena layan tetamu dengan sebaik-baik layanan sehari semalam sahaja. Terima tetamu hanya untuk selama 3 hari. Hari ke 2-3 apa yang kita makan itulah tetamu makan. Lepas 3 hari tidak digalakkan. Tidak halal lelaki/perempuan muslim hingga saudara tuanrumah dapat dosa kerana menyumpah seranah. Tuan rumah kena beritahu cara baik suruh tetamu balik.

08:52pm Wed 06-02-13    

No comments: