Saturday, October 5, 2013

Hadis 40 Imam Nawawi

Ustaz Fadhlulah Ismail
Surau Islamiah
Kitab al Wafi Syara Hadith, hadis 40 Imam Nawawi

Hadis 18 Takwa kepada Allah

Daripada Abu Zar, Abi Rahman daripada Nabi saw bersabda, bertaqwalah kepada Allah dimana sahaja, ikutilah kejahatan dengan buat kebaikan, kebaikan akan mengatasi kejahatan. Berakhlak kepada manusia dengan akhlak yang baik.

Hadis adalah sesuatu yang datang daripada Nabi saw sama ada ucapan nabi, perbuatan nabi, diam nabi dan sifat nabi. Malam ini hadis ucapan. Jundup bin Junaidah dan Abi Rahman.

Ittaqillah takutlah kamu kepada Allah, ulamak kata mencari suatu sebagai pelindung terhadap azab Allah. Duduk antara kita dan azab Allah. Manusia dididik untuk takut kepada benda seperti cctv.

Dimana sahaja kamu berada bermakna dalam apa jua keadaan, di mana pun.

Ikutilah makna selepas buat jahat segera buat baik.

Yang menghilangkan kesalahan bermakna buat baik malaikat pandang semula.

Sebab muncul hadis, ketika nabi dengan Muaz b Jabal nak hantar muaz ke negara Yemen, ajar islam, nasihat nabi saw kepada Muaz jangan buat zalim kepada orang yang teraniaya. Kemudian Muaz bertanya adakah Lailahaillah itu salah satu perkara baik? Nabi saw pun menjawab ya dan sebesar-besar kebaikan.

Tika Nabi bersama Abu Zar, Abu Zar berkata ajarkan aku bagaimana aku dapat dekat dengan syurga dan jauhkan diri dari neraka. Apabila Sahabat nabi saw bertanya mereka akan bersungguh-sungguh nak buat. Nabi saw kata buat benda baik dapat 10 kali ganda. Kemudian Abu Zar tanya adakah Lailaha'ilallah itu perkara baik. Nabi saw menjawab Ya malah lebih baik lagi.

Perkara tak baik yang boleh dipadam semula dosanya hanyalah  dosa-dosa kecil, tidak termasuk dosa besar kerana ia perlu disertai dengan solat taubat.

Manusia adalah khalifah di bumi Allah, tidak sama dengan malaikat yang sentiasa bertasbih kepada Allah, taat kepada Allah tapi tak campur dengan manusia. Kelebihan manusia berbanding dengan malaikat adalah manusia dapat beribadat kepada Allah dan pada masa yang sama dapat bercampur gaul dengan semua manusia bersosial, berakhlak baik.

Nabi Muhammad saw mengajar kepada kita punca kejayaan adalah taqwa. Ada ayah yang cukup marah bila anak tak pergi tuisyen tapi tak marah bila anak pergi sekolah tak solat subuh. Hanya kerana tuisyen memerlukan duit yang banyak tetapi solat tak perlu mengeluarkan duit. Manusia lebih memandang duit sebagai pengukur kejayaan daripada ibadat.

Orang yang berbuat dosa dan tidak solat masih boleh berjaya dalam hidup tetapi ianya takkan lama.

Suasana memuntahkan ilmu iaitu sumbat hafal ilmu kemudian keluarkan depan kertas periksa. Lepas muntah adakah budak tu nak telan balik muntah tu?

Orang tak solat adalah orang yang khianat kepada Allah.

Islam datang muncul ilmuan yang cemerlang dunia akhirat, contoh ibnu sina, al khwarizmi. Islam betulkan makna kejayaan.

Benda pelik dalam dunia ada 6 mukjizat, karomah, maunah,istidraj mcm firaun nikmat Allah bagi dalam keadaan marah, sihir, irhaz seperti kanak-kanak yang boleh bercakap masa kecil.

Nak dapat taqwa, kita mesti tahu apa yang Allah tak suka dan suka, kena duduk dalam majlis ilmu.

Sesungguhnya Nabi saw memuji orang yang bersusah payah nak pergi ke majlis ilmu. Sememangnya untuk nak dapat masuk syurga perlu bersusah payah dahulu.Nak cepat pergi neraka layanlah benda syahwat.

Segeralah buat baik lepas buat jahat seperti dosa kecil sahaja, dosa besar hanya dengan taubat dan solat taubat.

Amalan kalau buat Allah akan hilangkan dosa dan angkat darjat
1 angkat wuduk secara tenang
2 langkah ke masjid
3 menunggu waktu azan selepas solat sebelumnya.

Hadis tentang Akhlak
Kubak b Amir tentang sebaik akhlak yang sebaik-baik penduduk dunia di akhirat
1 hubungkan silaturahim dengan orang yang putuskan dengan kamu
2 menghalalkan pemberian orang yang mengharamkan pemberiannya kepada kita
3 beri kemaafan kepada orang buat zalim kepada kamu.

Cat Steven kata aku masuk Islam setelah aku mengkaji tentang Islam, jika aku melihat tentang orang Islam nescaya aku takkan masuk Islam.

Syeikh Muhd Abduh kata aku pergi negara arab ramai orang Islam tapi agama Islam tiada di situ, bila aku pergi ke barat tiada orang Islam disitu tapi tiada agama Islam.

Kebersihan adalah sesuatu milik Islam.

2/10/13 8:30pm

No comments: