Saturday, July 12, 2014

Bertanggungjawab Kepada Ibu dan Ayah.

Ustaz Saifudin Abd Fatah, 

Bagaimana anak bertanggungjawab kepada ibu dan ayah. Walaupun ibu ayah kita tiada tapi kita masih ada tanggungjawab sebagai anak. 

Seorang sahabat nabi datang kepada Rasulullah saw dan bertanya adakah aku masih ada tanggungjawab kepada ibubapa sedangkan mereka sudah tiada, nabi jawab ada 5 perkara yang boleh kita buat iaitu:-

1. Berdoa kepada ibubapa, yang merupakan tanggungjawab paling besar. 



Dalam bulan Ramadan tiga golongan yang doanya takkan ditolak iaitu seorang ketua yang adil, seorang yang sedang berpuasa, 

Surah al-Munafikun:10 jangan kamu leka dengan hartabenda, anak-anak kamu, doakanlah untuk mereka. 

Apabila mati anak Adam terputus semua amalan kecuali tiga perkara iaitu 
a. Sedekah jariah 
b. Ilmu bermanfaat 
c. Doa dari anak yang soleh. 

Hari ini tak ramai anak yang menjadi imam solat jenazah kepada ibubapanya.  

2. Mohon istighfar untuk kedua ibubapa, mohon taubat untuk mereka, 

3. Selesaikan janji-janji mereka, hutang-hutang mereka. 

4. Buat baik kepada kawan, jiran dan orang yang baik dengan ibubapa kita. 

5. Hubung silaturahim dengan saudara mara, sepupu sepapat ibubapa. Sebab dikunci mulut ketika sakaratulmaut adalah kerana derhaka kepada ibubapa. 

Imam Ghazali kata bila mak ayah memula tanya khabar kita, kita telah dianggap derhaka kepada mereka. 

Malam 6 Ramadan 1435 Khamis 3/7/14

1 comment:

Anonymous said...

morongo casino telephone number,address & payment options 카지노 카지노 메리트 카지노 주소 메리트 카지노 주소 카지노 카지노 521Best Online Casino 2015 - VieCasino