Sunday, July 6, 2014

Golongan Orang yang Bertaqwa

Nikmat iman dan islam sehingga dijemput Allah masuk ke syurga. Perkara yang perlu dan mudah dilakukan agar dapat tergolong orang yang bertaqwa, empat amanah. 

Daripada Abdullah bin Salam, tatkala Rasulullah saw baru sampai ke Madinah, nabi kata sebarluaskan salam, buatlah jamuan kepada org ramai, Abdullah bin Salam nama sebenar beliau adalah Usai bin Salam, seorang bangsa yahudi pengkaji kitab lama, rutin harian duduk di gereja dan mengkaji kitab dan berkebun. Pada satu hari dia dan ibunya pergi berkebun memanjat pohon kurma, tetiba dia dengar orang ramai berjalan sambil menjerit Muhammad sudah sampai Madinah, ibunya bertanya kepada Usai siapakah Muhammad, dia menjawap inilah orang yang saya tunggu-tunggu. Dia pergi berjumpa Rasulullah saw di bandar Madinah. Apabila melihat Rasulullah dengan wajah bersinar dia yakin bahawa benarlah orang yang ditunggu ini, tidak sedikit pun menggambarkan seorang yang penipu, perkataan pertama disebut nabi ialah salam, jamuan, silaturahim dan bangun solat malam ketika orang lain tidur. 

Empat amanah tersebut adalah          
1. Sebarluaskan salam, walau dengan jiran sebelah jumpa dalam masjid.                                                   
2. Jamuan makan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.                     
3. Hidupkan silaturahim, hubungkan dengan jiran-jiran, sahabat handai dan saudara mara. Buang semua hasad dan dengki. Bulan Sya'ban dikenali juga sebagai bulan membuang semua hasad dengki sebagai persediaan memasuki Ramadan.                                            
4. Bangun solat malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur.                                    

Malam 2 Ramadan 1435 Ahad 29/6/14

No comments: