Tuesday, October 18, 2011

Anak Asset Ke Syurga Atau Neraka

Dalam mencari siri-siri ceramah Ustaz Don, terjumpa satu klinik keluarga anjuran Brainy Bunch Islamic Montessori. Amat terkesan...


Mula berkenalan dengan Ustaz Don Daniyal ketika penghujung Ramadhan 1432H dalam siri Ihya Ramadhan terbitan TV Alhijrah dan terus mengikuti beliau dalam siri 30 minit Ustaz Don juga terbitan TV Alhijrah. Siri terbaru beliau ini disiarkan pada 10.30 mlm setiap Isnin hingga Rabu. Rancangan yang padat dengan penerangan tentang isu-isu ibadah seharian.

Setiap apa yang kita lakukan di depan anak-anak kita, sama ada kita mahu atau tidak mahu, mereka akan belajar dan mewarisi segalanya. Tanpa kita sedari...

Oleh itu, bersedialah kita untuk menerima apa sahaja perangai anak-anak kita... selagi kita sendiri sebagai ibubapa mereka tidak mengubah perangai masing-masing...


kredit kepada islamicmontessori


Friday, October 7, 2011

Anak Kunci Syurga


Dah lama aku cari buku ni... baru hari ni kedapatan.. pergi solat jumaat di Masjid Biru Taman Melawati. Kebetulan pulak ada penjual buku-buku agama di perkarangan masjid. Terpandang satu buku nih, terus tak pandang yang lain. Habis je solat jumaat terus sambar buku nih... murah je pun..



Mula mencari buku ni bila aku mengikuti kuliah agama Ustad Azhar Idrus di youtube dan secara live di Masjid Bukit Indah, Ampang pada Sabtu 23 Julai yang lepas. Akan ku cuba habiskan baca buku ini secepat yang mungkin...

Aku sertakan sekali kuliah Anak Kunci Syurga oleh Ustaz Azhar Idrus ketika di Masjid Pandan Indah...

Thursday, October 6, 2011

Refurbish!

Just to refurbish the blog, to refresh... nak ambil semangat baru.. semangat untuk menulis... hahaa...

Azam untuk bercerita sebahagian hidup aku di dalam blog, mencurah ilmu yang tak sedalam mana, memberi info kepada yang ingin tahu dan apa-apa yang kurasakan patut ku catatkan di dalam... Mazmi422...

Wednesday, September 7, 2011

Monday, August 1, 2011

Selamat menyambut Ramadhan 1432H/2011M

Niat Berpuasa



Doa Berbuka puasa



Lagu sempena Ramadhan

Tuesday, July 26, 2011

Orang Futuristik

Ustaz hasrizal,
surau islamiah,kg tasik permai,ampang.

Cara pikir orang yang berjaya- futuristik, orang bertakwa yang melihat hari esok dan persiapan hari ini untuk esok. Fikir untuk syurga dan neraka. Kalau kita manusia tak mahu berfikir Allah nyatakan didalam AQ kita sama seperti binatang ternak. Allah telah menolong Nabi Muhd beri pandangan masa hadapan ketika peristiwa isra' mikraj masa nabi dalam kesusahan. Harapan & persiapan ramadan, apa kita mahukan dalam ramadan? Puasa menguruskan badan sahur makan berat dan buka puasa hanya dengan kurma&buah, solat magrib &terawih, tidur, tmbh duit bisnes, tmbh pahala Allah bg promosi mcm2 tp pahala tk nmpk takut hangat masa mula ramadan, puasa sbb percaya dlm diri/iman. 2:183 mudahan kamu mendpt takwa. Org yg tak takwa akan redah perjalanan hidupnya tnpa sedar sekitarnya. Khutbah nikah smpai 3 kali ulang takwa. Ramadan dtg tujuan kawal kesedaran diri maruah diri. N muhd kata puasa hindar lagha dan lafas dan jgn balas hinaan org dgn kata aku puasa. 08:05pm Tue 26-07-11

Wednesday, January 12, 2011

Doa Supaya Rajin Solat...

Jika anda ingin jadi orang yang rajin mengerjakan Solat, amalkanlah doa ini.


Bacalah selalu Surah Ibrahim: Ayat 40

Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku."

Surah Ibrahim: Ayat 40-43

[40] Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

[41] Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

[42] Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).

[43] (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas).