Thursday, February 2, 2012

2012 World Future Event



Hmm... Acara besar dunia untuk tahun 2012.. ada dua perkara yang aku kisah, yang lain ada aku kisah?.. heheh..

1. UEFA Euro 2012 di Poland dan Ukraine pada 8 Jun hingga 1 Julai



dan...

2. NASA's Mars Science Labs mendarat atas planet Marikh pada 6 hingga 20 Ogos.



Kita dah boleh sampai ke planet Marikh? Betul ke ni?... Aku masih kat mana...

[sumber: simplecleareasy]

Wednesday, February 1, 2012

Doraemon dan terjemahannya

Aku memang minat Doraemon dari kecik... tapi sampailah ke hari ini aku masih tak faham apa maksud lagu Doraemon yang best ini... sehinggalah pada saat ini aku baru terjumpa terjemahan lagu ini... Sangat teruja!




Dan lagi, dapat bertemu dengan penyanyi asal lagu ini... masih hidup atau tidak makcik ni...



Berdasarkan maklumat dari pakcik Wiki, Doraemon lahir pada Disember 1969 yang mana ia adalah sebuah kucing robot yang boleh travel back in time. Dipanggil juga Doraemon: Gadget Cat from the Future di sesetengah negara.

Yang menariknya pada tahun 2002, anime character ini telah diwarwarkan sebagai Asian Hero dalam satu survey khas yang dijalankan oleh majalah Time Asia. Adakah doraemon hero anda?

[sumber: wiki]

Saturday, January 28, 2012

Naiktaraf Iman

Penceramah : Ustaz Shahir Khir,
Tempat : Masjid al-Azim, Pandan Indah

Umur 60 tahun tapi solat macam umur 20 tahun, tiada pertambahan iman ke? Hendak tunggu bila lagi? Sudah 30 tahun umur tetapi masih tidak faham Al-Quran. Imam al-Ghazali mati & kafan sendiri menunjukkan ketinggian iman hingga Allah bagi hadiah sebegitu hebat.

Kesalahan meninggalkan kefarduan Allah lebih BESAR dari melakukan maksiat. Nabi Adam telah membuat perkara larangan tetapi Allah terima taubat baginda, iblis tidak buat larangan tetapi tidak ikut suruhan Allah akhirnya terus tidak dimaafkan sampai kiamat.

Jangan banyak alasan untuk faham Islam, suka menangguh kerja akan keras hati (surah hadith:16) lama-lama jadi fasik/jahat. Surah Muhammad, nabi ajar cara meminta ampun atas segala kesalahanku, segala kebodohanku, berlebih-lebih atas segala urusanku, dan apa yang Engkau lebih tahu daripadaku, segala senda gurauku & kesengajaanku.

Takutilah neraka kerana bahan bakarnya adalah manusia & berhala. Cuba bayangkan tangan kena air panas, tengah gelembung kita ketuk!

28/1/10

Friday, January 20, 2012

Selangor Darul Ehsan

Aku dah lama tinggal dalam negeri Selangor. Sejak berpindah kerja dari Negeri Johor Darul Ta'zim lebih kurang 10 tahun lepas, aku masih lagi terkial-kial lagi kat mana sebenarnya aku duduk sekarang ni. Dalam kata lain aku tahu aku duduk di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, dalam bandar Ampang tetapi aku masih tak tahu dalam daerah mana, mukim mana... sampai satu tahap bila dah ada rumah sendiri, aku ada terfikir di manakah tanah perkuburan yang terdekat yang akan menjadi stesen terakhirku...

Dalam tercari-cari ini, aku bertanya kepada pakcik Gugel. Dapatlah dua peta Daerah dan Mukim di bawah ini... Ilmu baru aku dapat pagi nih... ada 9 daerah di dalam negeri Selangor dan Ampang terletak di dalam Daerah Hulu Langat dan Mukim Ampang.

Peta Daerah Negeri Selangor


Peta Mukim Negeri Selangor


Sekarang aku sudah tahu!

[sumber: Portal Kerajaan Negeri Selangor]

Thursday, January 19, 2012

Beautiful Mind



Mengisahkan seorang pelajar Princeton University yang akhirnya menjadi seorang Professor matematik. Kegeniusan beliau dikesan oleh Kementerian Pertahanan US dan seterusnya bersetuju untuk membuat kerja-kerja Top Secret dan Confidential sehingga menjadi the-most-natural-code-breaker. Selepas berkahwin dengan student beliau, hidup beliau semakin kronik dan begitu traumatik.

Tapi akhirnya, ketika ucapan beliau semasa menerima Nobel Prize, Prof John Nash menyatakan bahawa kasih sayang dan kepercayaan isteri kepada beliau yang memberi kekuatan yang luarbiasa.




Dan dibawah ini adalah Prof John Nash di dalam dunia sebenar...

Friday, December 9, 2011

Kalender Jawa

Anda pernah jumpa kalender Jawa? First time aku jumpa bila mak aku tunjuk satu hard copy kalender Jawa pada 10 tahun sudah. Tak banyak perbezaan yang ada pada kalender Jawa. Ia menggabungkan tarikh berdasarkan kalender masihi, kalender hijriah dan kalender Jawa dengan penambahan dengan penamaan setiap 5 hari dengan nama Jawa yang dipanggil Pasaran iaitu Kliwon, Legi, Pahing, Pon dan Wage.

Pernah dengar dalam cerita-cerita seram Indonesia berkenaan Jumaat Kliwon? Jumaat Kliwon ialah apabila hari jumaat bertemu dengan giliran penamaan hari Jawa iaitu Kliwon. Setiap nama seperti Kliwon melambangkan atau membawa maksud sesuatu.

Aku masih mencari apa yang tersirat di sebalik nama-nama tersebut. Sebelum itu aku tunjukkan macamana rupanya Kalender Jawa...



Ini adalah kalender Bulan Disember 2011M/Muharram 1433H.

Cara membacanya, dalam satu kotak ada 3 tarikh,
Kalender Masihi nombornya di tengah,
Kalender Jawa nombor di sebelah kiri,
Kalender Islam nombornya di sebelah kanan.

Kotak berwarna kuning adalah tarikh hari ini yang mengikut Kalender Jawa ianya jatuh pada hari Jumaat Kliwon... haaa.. make sense? dan kenapa Jumaat Kliwon dikaitkan dengan cerita-cerita seram...? Lepas nih aku akan ceritakan kegunaan Kalender Jawa ini...

[kredit gambar : kalenderJawa]

Wednesday, November 30, 2011

Miniatur Wunderland

located in Hamburg, German. A great place to visit.



source: miniatur