Wednesday, February 8, 2012

Shut down...

My reliable sources was shut down... voluntarily... after long helpful years...



I had enjoyed every moment that you gave me...

Hopefully you will be back some time in near future... All the best.

Friday, February 3, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H






Highway Traffic Updates



Memang tak larat nak merempuh kesesakan trafik dalam Bandaraya Kuala Lumpur. Apalagi jika anda dalam keadaan nak pergi ataupun balik kerja. For certain places and certain occasions, it will be jammed LIKE HELL! Tapi gambar atas nih lokasinya masih lagi di dunia iaitu di Subang pada jam 7.46PM bukan di neraka...

Tapi, kat sini aku nak bagi satu advice yang aku rasa berbaloi sebelum korang terus masuk mana-mana highway dan terus rempuh buta-buta traffic jam depan mata. Ada baiknya kalu before keluar rumah atau office, korang check website LLM nih...



ataupun klik sini, mungkin korang dapat merancang perjalanan melalui route yang terbaek untuk sampai ke destinasi dengan selamat dan cepat. Dalam website tersebut, LLM telah memberikan imej-imej CCTV daripada hampir kesemua lebuhraya dibawah pengurusan mereka. Dan imej-imej ini sentiasa up-to-date 24 jam. Just reload imej yang anda buka.

Peringatan ini ditujukan khas kepada mereka yang bakal dan sentiasa merempuh traffic jam di lebuhraya utama setiap hari. Pastinya korang jugak tak dapat menduga bila highway di kawasan korang mula jammed macam apa yang aku lalui.

Tapi kalau dah terror sangat dan dah bule predict sendiri, tak perlulah nak ikut advice aku ni, ye tak?.. heheh..

So, selamat mencuba dan moga sampai ke destinasi anda dengan CEPAT dan SELAMAT..

[sumber: LLMtrafik]

Thursday, February 2, 2012

2012 World Future Event



Hmm... Acara besar dunia untuk tahun 2012.. ada dua perkara yang aku kisah, yang lain ada aku kisah?.. heheh..

1. UEFA Euro 2012 di Poland dan Ukraine pada 8 Jun hingga 1 Julai



dan...

2. NASA's Mars Science Labs mendarat atas planet Marikh pada 6 hingga 20 Ogos.



Kita dah boleh sampai ke planet Marikh? Betul ke ni?... Aku masih kat mana...

[sumber: simplecleareasy]

Wednesday, February 1, 2012

Doraemon dan terjemahannya

Aku memang minat Doraemon dari kecik... tapi sampailah ke hari ini aku masih tak faham apa maksud lagu Doraemon yang best ini... sehinggalah pada saat ini aku baru terjumpa terjemahan lagu ini... Sangat teruja!




Dan lagi, dapat bertemu dengan penyanyi asal lagu ini... masih hidup atau tidak makcik ni...



Berdasarkan maklumat dari pakcik Wiki, Doraemon lahir pada Disember 1969 yang mana ia adalah sebuah kucing robot yang boleh travel back in time. Dipanggil juga Doraemon: Gadget Cat from the Future di sesetengah negara.

Yang menariknya pada tahun 2002, anime character ini telah diwarwarkan sebagai Asian Hero dalam satu survey khas yang dijalankan oleh majalah Time Asia. Adakah doraemon hero anda?

[sumber: wiki]

Saturday, January 28, 2012

Naiktaraf Iman

Penceramah : Ustaz Shahir Khir,
Tempat : Masjid al-Azim, Pandan Indah

Umur 60 tahun tapi solat macam umur 20 tahun, tiada pertambahan iman ke? Hendak tunggu bila lagi? Sudah 30 tahun umur tetapi masih tidak faham Al-Quran. Imam al-Ghazali mati & kafan sendiri menunjukkan ketinggian iman hingga Allah bagi hadiah sebegitu hebat.

Kesalahan meninggalkan kefarduan Allah lebih BESAR dari melakukan maksiat. Nabi Adam telah membuat perkara larangan tetapi Allah terima taubat baginda, iblis tidak buat larangan tetapi tidak ikut suruhan Allah akhirnya terus tidak dimaafkan sampai kiamat.

Jangan banyak alasan untuk faham Islam, suka menangguh kerja akan keras hati (surah hadith:16) lama-lama jadi fasik/jahat. Surah Muhammad, nabi ajar cara meminta ampun atas segala kesalahanku, segala kebodohanku, berlebih-lebih atas segala urusanku, dan apa yang Engkau lebih tahu daripadaku, segala senda gurauku & kesengajaanku.

Takutilah neraka kerana bahan bakarnya adalah manusia & berhala. Cuba bayangkan tangan kena air panas, tengah gelembung kita ketuk!

28/1/10

Friday, January 20, 2012

Selangor Darul Ehsan

Aku dah lama tinggal dalam negeri Selangor. Sejak berpindah kerja dari Negeri Johor Darul Ta'zim lebih kurang 10 tahun lepas, aku masih lagi terkial-kial lagi kat mana sebenarnya aku duduk sekarang ni. Dalam kata lain aku tahu aku duduk di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, dalam bandar Ampang tetapi aku masih tak tahu dalam daerah mana, mukim mana... sampai satu tahap bila dah ada rumah sendiri, aku ada terfikir di manakah tanah perkuburan yang terdekat yang akan menjadi stesen terakhirku...

Dalam tercari-cari ini, aku bertanya kepada pakcik Gugel. Dapatlah dua peta Daerah dan Mukim di bawah ini... Ilmu baru aku dapat pagi nih... ada 9 daerah di dalam negeri Selangor dan Ampang terletak di dalam Daerah Hulu Langat dan Mukim Ampang.

Peta Daerah Negeri Selangor


Peta Mukim Negeri Selangor


Sekarang aku sudah tahu!

[sumber: Portal Kerajaan Negeri Selangor]