Ustaz , Ramadan ibarat anak murid mencari guru biasa tapi ini guru mencari anak murid. Nikmat umat nabi saw satu ialah malaikat memohon ampun untuk kita selagi kita duduk dalam masjid. Terlalu banyak ganjaran yang Allah bagi untuk kita kaut sebanyak-banyaknya. kedua syaitan dibelenggu. nabi memula solat malam 8 rakaat satu rakaat 3 juzuk, malam. Bukan sahaja puasa menjaga lapar dan dahaga tetapi kena jaga perkara yang boleh menghilangkan pahala puasa. 8 Ramadan 1435/Sabtu 6/7/14
Monday, July 14, 2014
Saturday, July 12, 2014
Bertanggungjawab Kepada Ibu dan Ayah.
Friday, July 11, 2014
Syurga orang bertaqwa
Sunday, July 6, 2014
Petua hamba bertaqwa
Ustaz Faisal, Surah al-Baqarah:85, segala perbuatan kita diatas bumi ini akan ditanya oleh Allah swt, adakah kamu beriman apabila kamu meyakini sebahagian ayat Allah dan pada masa yang sama kufur kepada sebahagian lagi? Surah al-Baqarah:183, berkenaan difardukan puasa sebulan Ramadan, seperti umat terdahulu, mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa. Perkataan Mudahan membawa maksud masih terdapat lagi perintah Allah yang wajib kira turuti selain dari puasa yang akan jadi bertaqwa, Surah al-Baqarah:178, ayat yang sama seperti ayat 183, hanya diwajibkan guna hukum qisas, kesan dalam ayat 179 sama iaitu mudahan jadi hamba Allah yg bertaqwa. Bagaimana kita dengan ayat Allah ambil sebahagian tinggal sebahagian, tiada alasan, mereka akan dihina di dunia lebih-lebih lagi di akhirat, akhir ayat kata Allah swt tak pernah leka, surah Zalzalah, amalan sebesar zarah dan juga kemungkaran sebesar zarah akan dikira dihadapan Allah nanti. Ayat Allah hanya dituju nak kata kepada orang seperti kita. Surah Yassin, hari bila kita bertemu dengan Allah mulut akan dikunci hanya anggota badan yang beri jawapan. Pertubuhan Belia Islam Ampang, Tazkirah 3 Ramadan 1435 Isnin 30/6/14
Golongan Orang yang Bertaqwa
Wednesday, July 2, 2014
Amalan Ramadan
Bulan Ramadan diberikan kemudahan solat berjemaah sebulan. Bulan Ramadan turunnya Al-Quran, Allah angkat diri orang yang menghafaz Al-Quran , syafaat puasa dan Al-Quran yang menyelamatkan kita di akhirat, memayungkan kita iaitu surah al-Baqarah dan al-Imran. Jaga waktu, ia lebih buruk dari kematian kerana ia pisahkan kamu dengan Allah dan juga akhirat. 3. Malam terawih berjemaah jangan ditinggalkan. 4. Derma diperbanyakkan. 5. Kurangkan makan 6. Jangan banyak bercakap. Malam 4 Ramadan 1435H Selasa 1/7/14
Tuesday, July 1, 2014
Adat dan adab dalam Ramadan
Saturday, June 21, 2014
Demam Ibadat
Nabi kata orang yang bijaksana ada satu sifat iaitu orang yang suka tengok diri sendiri, Saidina Umar al-Khattab, malaikat Jibril as kata, seandainya lautan jadi dakwat, pokok jadi pen, aku tak mampu menulis kebaikan Umar sehingga habis. Tak pernah sehari Saidina Umar meninggalkan muhasabah diri. Umar sentiasa bersyukur dan sentiasa mengalir airmata hingga ada garisan hitam di sepanjang pipinya. Musuh yang terbaik adalah berbuat baik.
Friday, June 6, 2014
Cinta Dunia Ibu Segala Dosa
Ustaz Awang Rani, Kitab Hikmah, hikmah ke 214, meresapnya rasa manisnya hawa nafsu ke dalam hati kita. Nafsu itu sentiasa ada, kalau didorong rasa baik akan baiklah perangai. Allah kata aku nak pilih manusia sebagai khalifah di atas mukabumi ini, malaikat kata kami tahu melalui Allah jua manusialah yang akan merosakkan mukabumi dan menumpah darah. Allah balas aku tahu apa yang aku buat. Ayat lain, Allah kata sesungguhnya kami akan mewariskan dunia dengan manusia-manusia yang soleh yang akan mentadbir bumi. Pembunuhan pertama Qabil kepada Habil, mula sebab korban Habil diterima daripada korban Qabil, kembar Qabil akan diarahkan kahwin dengan Habil. Sebab nafsu, Qabil cemburu dan bernekad membunuh Habil. Diajak bermain dibawah bukit, Habil disuruh tunggu dibawah dan Qabil naik atas bukit, lalu digolek batu besar ke bawah bukit. Nafsu nakkan perempuan yang cantik.
Manis pada nafsu akan menjadi penyakit sosial jika tidak dibendung, nak betulkan nafsu kena berbalik kepada Allah dan hukum Allah. Allah yang meletakkan dalam hati manusia rasa gerun ke atas hukumNya bukan atas hukuman manusia. Sebarkan ilmu dulu ke atas orang Islam tentang hukum Allah sebelum menjalankan undang-undang tersebut.
Hati itu nikmat iman dan makrifah tapi bila hati penuh dengan kecintaan kepada nafsu, hati sukar untuk diubati. Nabi bersabda cinta kasih kepada dunia ibu kepada segala dosa.
Khamis keempat 24/4/14
Wednesday, June 4, 2014
Aurat menurut Syariat Islam
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين و على آله وصحبه اجمعين. أما بعد:
TAZKIRAH PAGI UNTUK MUHASABAH DIRI.
(Rabu 4 Jun 2014)
WAHAI MANUSIA TUTUPLAH AURAT ANDA !!!!!!!
Aurat berasal dari perkataan Arab yng mempunyai makna yang berbeza-beza menurut pandangan Ulama.
1. 'Ariya bererti sesuatu yg diminta untuk ditutup.
2. 'Aurat atau 'Aura iaitu sesuatu yg terdedah yg tiada penutupnya.
3. 'Aura atau 'Awara bermakna 'Uryaan artinya telanjang.
4.'Aurat makna yang lainnya adalah menunjukkan buruk atau hodoh jika di dedahkan.
Dari makna di atas menggambarkan kepada kita bahawasanya aurat itu sesuatu yang wajib untuk di sembunyikan dari pandangan mata manusia yang ingin melihatnya. Dan iika ternampak mata, maka orang yang melihatnya wajib menundukkan pandangan matanya.
Tujuan ditutupnya aurat dalam Islam adalah:
1. Wajib ditutup dalam sholat untuk mengelakkan daripada godaan syaitan dan tidak sah sholat jika terbukanya aurat secara di sengajakan.
2. Di khalayak ramai atau sebaliknya, aurat adalah haram untuk didedahkan dan ingin dilihat oleh orang lain. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan kejahatan dan maksiat.
3. Untuk menjaga harga diri serta maruah diri, aurat wajib ditutup untuk mengelakkan fitnah yang akan menimpa seseorang jika sekiranya aurat tersebut terdedah.
Barang siapa yang membuka aurat tanpa ada perasaan malu, maka ia digolongkan kepada golongan orang-orang yang tidak ada rasa malu.
Rasulullah SAW bersabda dalam Hadith:
فإن لم تستحي فاسنع ما شئت
"Maka jika sekiranya kamu tidak ada rasa malu dalam dirimu, maka lakukanlah apa yang kamu suka (HR Al-Bukhari).
Dalam syariat Islam, Allah menyuruh manusia menutup auratnya bertujuan untuk memuliakan dan menghormati nilai diri setiap individu manusia sama ada muslim atau muslimah, bukan untuk menghina atau menyusahkan manusia, akan tetapi ia bertujuan untuk menentukan keperibadian manusia serta kemuliaannya di sisi Allah.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:
وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلًا
Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Q.S al-isra': 70).
Dari keterangan di atas jelas menunjukkan bahawa aurat itu sesuatu yang buruk dan memalukan, serta boleh membawa kepada mudarat dan bahaya yang akan timbul sekiranya ia di dedahkan.
Sesungguhnya Allah SWT telah mengharamkan aurat untuk didedahkan kerana ia dapat mencacatkan sifat dan darjat serta kemuliaan manusia, tidak sopan, menunjukkan akhlak yg rendah serta boleh membawa kepada kerosakan dalam kehidupan masyarakat.
Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:
يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَىٰ ذَٰلِكَ خَيْرٌ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(Q.S al- A'raaf: 26).
Wahai saudara-saudariku sekalian. Aurat adalah sesuatu yang amat berharga dalam hidup seorang muslim dan muslimah. Bentuk penghargaan kita terhadap aurat kita adalah dengan menjaga aurat kita dari pandangan mata orang lain yang tidak layak memandang aurat kita.
Mendedahkan aurat akan menimbulkan sifat riyak serta sombong pada diri dengan menunjukkan kecantikan serta ketampanan diri dengan membuka aurat dihadapan orang ramai yang tak sepatutnya mereka melihat aurat kita.
Ya Allah.!! jauhkanlah kami dari perkara-perkara negatif yang akan menimpa hidup kami. Serta hindarkan lah kami dari pada mendedahkan aurat dalam hidup kami. Elakkanlah kami dari perkara yang akan mendatangkan bala kepada kami. Sesungguhnya Engkau adalah Zat yang Maha Memelihara hamba-hamba-Nya yang beriman. Aamiinn. !!
Wallahu a'lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
(Ustaz Sihabuddin Muhaemin)
Tuesday, June 3, 2014
Sempurna diri dunia dan akhirat
- HADIS TERUNGGUL -
Daripada Saidina Khalid bin Al-Walid RA berkata:
“Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia menyatakan tujuannya:
Wahai Rasulullah...!
Kedatanganku untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku didunia dan akhirat.”
Rasulullah berkata kepadanya:
“Tanyalah apa yang engkau kehendaki.”
Arab Baduwi itu berkata:
Aku mahu menjadi orang alim.
Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah SWT"
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang paling kaya.”
Rasulullah menjawab:
“Jadilah orang yang yakin pada diri.”
Bertanya lagi Arab Baduwi itu:
“Aku mahu menjadi orang yang adil.”
Lalu dijawab oleh Rasulullah:
“Kasihanilah manusia lain seperti engkau kasih pada diri.”
Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi orang paling baik.”
Baginda menjawab:
“Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu menjadi orang istimewa di sisi Allah.”
Dan dijawab oleh Rasulullah:
“Banyakkan zikrullah.”
Arab Baduwi itu bertanya:
“Aku mahu sempurnakan imanku.”
Baginda menjawab:
“Perelokkan akhlakmu.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsini (baik). “
Baginda menjawab:
Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak berasa begitu, sekurang-kurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau.”
Arab Baduwi bertanya lagi:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang taat,”
Lalu dijawab baginda:
“Tunaikan segala kewajipan yang difardukan.”
Dia bertanya lagi:
“ Aku mahu berjumpa Allah dalam keadaan bersih daripada dosa.”
Rasulullah menjawab:
“Bersihkan dirimu daripada najis dosa.”
Dia terus bertanya:
“Aku mahu dihimpun pada hari kiamat di bawah cahaya.”
Baginda menjawab:
“Jangan menzalimi seseorang.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari kiamat.”
Baginda berkata:
“Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain.”
Dia bertanya:
Aku mahu dihapuskan segala dosaku.”
Baginda menjawab:
“Banyakkan beristighfar.”
Dia berkata:
“Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia-mulia manusia,”
Lalu baginda menjawab:
“Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain.”
Dia bertanya:
“Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.”
Baginda menjawab:
“ Sentiasa menyerah diri (tawakal) kepada Allah.”
Dia bertanya lagi:
“Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah.”
Baginda menjawab:
“Sentiasa berada dalam keadaan bersih (daripada hadas).”
Dia bertanya:
“Aku mahu termasuk dalam golongan yang dikasihi Allah dan rasul-Nya.”
Baginda menjawab:
“Cintailah segala yang disukai Allah dan Rasul-Nya.”
Dia bertanya:
“ Aku mahu diselamatkan daripada kemungkaran Allah pada hari kiamat.”
Baginda menjawab:
“Jangan marah kepada orang lain.”
Dia bertanya lagi kepada Rasulullah:
“Aku mahu diterima segala permohonanku.”
Baginda menjawab:
“Jauhilah makanan haram.”
Dia bertanya:
“ Aku mahu Allah menutupkan segala keabianku pada hari kiamat.”
Baginda pun menjawab:
“Tutuplah keburukan orang lain.”
Dia bertanya:
“Siapa yang terselamat daripada dosa?”
Rasulullah menjawab:
“Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, meraka yang tunduk pada kehendak-Nya dan meraka yang ditimpa kesakitan.”
Dia terus bertanya:
“Apakah sebesar-besar kebaikan disisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala).”
Dia bertanya lagi:
“ Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?”
Baginda menjawab:
“Buruk akhlak dan sedikit ketaatan.”
Dia bertanya:
“Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?”
Baginda menjawab:
“Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang.”
Dia bertanya lagi:
“Apa yang akan memadamkan api neraka pada hari kiamat?”
Baginda menjawab:
“Sabar didunia dengan bala dan musibah.”
Dan telah berkata Imam Mustaghfirin: “Aku tidak pernah menemui hadis sebegini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini.”
Saturday, May 24, 2014
Nikmat yang termampu
Ustaz Awang Rani, Kitab Hikmat (alhakam) 213, bulan lepas, lihatlah orang yang dibawahmu janganlah lihat orang diatasmu. Allah nak kita mensyukuri nikmat yang kita ada, nak elakkan sifat hasad dengki, bagi urusan akhirat lihatlah orang yang diatasmu. Rezeki yang Allah bagi kita sentiasa cukup.
Jangan bingungkan kepadamu datangnya kurnia Allah kepadamu bertimbun untuk menunaikan kewajipan mensyukurinya. Pertama ucap Hamdalah, ambil wuduk dan sujud syukur, gunakan nikmat yang dapat untuk Allah. Nikmat kejadian dan nikmat sejak lahir. Nikmat lanjutan sepanjang hidup. Perasaan demikian akan merendah harga dirimu sendiri. Kesyukuran bukan boleh diukur dengan betapa besar nikmat yang Allah bagi. Allah beri nikmat ikut kadar kemampuan kita. Nabi Daud a.s. ada berkata ya tuhanku anak adam ini kau telah beri nikmat rambut ke atasnya, maka bagaimana nak syukurnya. Allah kata aku beri sebanyaknya dan
Umar Abd Aziz seorang tabi'in ada berkata nilai hamdalah itu lebih besar dari nikmat yang Allah beri.
Khamis kedua 10/4/14
Monday, April 28, 2014
Mati di jalan Allah
Ustaz Fadhil Sabah, Surau Islamiah, Surah asSyams ayat 7-10, Syed Muhammad al-Razali kata dunia ibarat racun. Syiar orang Islam mati di jalan Allah sebagai cita-cita tertinggi. Pertama berdoa kepada Allah mohon dapat mati di jalan Allah, siapa diantara kamu yang mahu bersyahid, kita kena rasa dekat dengan Allah dulu, Imam Ahmad cerita pasal anaknya yang bertanya bila nak rehat, dia jawab bila kaki dah melangkah masuk ke dalam syurga. Perjuangan Islam amat panjang, surah attaubah yang bermaksud kalau melambatkan turun berjihad maka terimalah azab dan akibatnya. Jadi satu dosa jika kita tak turun berjihad. Siapakah yang tak mahu dihimpun bersama para syuhadah, diarak oleh malaikat sambil disanjung menghala ke syurga, menjadi siulan para bidadari, bersama para nabi, sodikin dan syuhadak.
Kisah Khalid al-Walid, seratus peperangan telah dia masuk tetapi tetap mati di atas katil seperti matinya seekor unta. Syed Khuttub ada berkata, seumur hidup pernahkah kita berfikir tentang Islam dan tentang penderitaan hidup dan berapa kali kita bersyukur setelah mendapat kesenangan. Islam sama sekali tidak memerlukan kita tetapi kita amat perlukan Islam, cahaya sinar Islam takkan pernah terpadam. Seorang pemuda yang membawa fahaman yang berbahaya, Bens Ali kata kenapa tuhan mencipta khinzir tetapi mengharamkan dagingnya.
Sesuatu yang tidak ditakdirkan kepada seseorang tidak akan menimpa diri orang itu. Nabi bersabda ada tiga cabaran hebat iaitu wanita, harta dan takhta, nabi boleh dapat ketiga-tiga perkara asas dengan mohon kepada Allah. Nabi saw kata nak banyak harta kita kena banyak bersedeqah. Orang yang berjuang di jalan Allah hidupnya tak senang, tidurnya tak lena, tak pernah rehat.
Kisah Abu Qaisamah datang berjumpa nabi s.a.w dan memyatakan keinginan untuk bersama didalam perang Badar, hingga buat undi antara ayah dan anak, anak dia dapat pergi dan akhirnya syahid, bila malam bermimpi berjumpa anaknya di taman syurga, dia mohon agar dia dapat rezki syahadah. Akhirnya dia mati syahid di dalam perang Uhud. Nak sematkan semangat berjuang dalam Islam dalam jiwa bukannya mudah, banyak ujiannya.
Ramai orang boleh buat lima perkara dalam Rukun Islam tetapi tak boleh meyakini dan memahami syahadah, menerima hukum hakam dalam Islam. Ilmu yang kontroversi seperti berzikir sambil menangis. Soalan wajib sebagai persediaan menghadap Allah swt 1. Tanya kepada anak dah boleh ke mandikan dan solatkan jenazah ibubapa, 2. Tanya anak kepada mak ayah ada tak perkara yang tak diredhai, 3. Tulis atas kertas berapa tahun lagi nak hidup atas dunia. Isnin minggu pertama 6/1/14 8:30pm.
Thursday, April 17, 2014
Senyumlah..
Ustaz Rasydan Yunus
Surau Islamiah
Hadis 20
Nabi saw berkata kepada Abu Zar, Wahai Abu Zar senyumlah kepada sahabat kamu akan mendapat pahala.
Kenapa perlu bermasam muka, hingga tiga hari tak bertegur suatu sifat yang tak baik.
Sebarkan salam kepada semua mendoaakan kebaikan kepada orang lain. Senyum itu mencerminkan keadaan dalam hati. Senyum yang ikhlas dari hati akan dapat pahala, menyejukkan hati kita.
Hadis 21
Riwayat Abu Daud, tidak ada di antara dua orang muslim yang berjumpa dan berjabat tangan melainkan mendapat keampunan bagi kedua muslim tersebut sebelum mereka berpisah.
Tuesday, April 15, 2014
Perkara yang Allah Sembunyikan
Ustaz Salam Abd Jabar , beberapa perkara yang Allah sembunyikan 1. redhaNya pada suatu amal ibadah, Allah Taala harus memasukkan hambaNya yang kuat beramal ke dalam syurga dan masukkan hambaNya yang derhaka ke dalam neraka. Amalan walaupun kecil jangan ditinggalkan, datang surau setiap masuk waktu belum tentu dapat rahmat Allah. Kita tak tahu mana satu amalan kita yang Allah terima. 2. KemurkaanNya pada suatu maksiat. Jangan ambil ringan pada suatu dosa walau sekecil manapun. Dosa yang kecil jika dibuat banyak kali akan menghapuskan pahala ibadah yang telah lama dibuat. Manusia diuji dengan tiga ta iaitu harta, takhta dan wanita.
Perlu banyak berharap dengan Allah moga dapat rahmat dan keampunan dariNya.
3. WaliNya dikalangan hambaNya agar manusia itu saling mengasihi satu sama lain. Hanya wali yang mengenal wali. Dalam sehari kita akan berjumpa 6 golongan iaitu 1. Kanak-kanak, jangan dimarahi jika budak itu nakal, budak lebih mulia kerana kurang dosa daripada kita.
Jumaat pertama 07/03/14 8:40pm
Sunday, April 13, 2014
Akhlak
Surau Islamiah, Ustaz Ariffudin Zulkifli,
Kenapa nabi tidak dijadikan dikalangan para malaikat? Fitrah seorang malaikat tak sama dengan manusia. Nabi makan kita pun makan pendek kata apa yang nabi buat kita boleh ikut, menjadi rahmat seluruh alam.
Kitab apa ertinya saya menganut agama Islam.
Tidak satu perkara yang berat bila diletakkan di atas neraca di hari akhirat kecuali akhlak yang baik. Akhlak intipati kepada ibadat iaitu tasauf, tanpa akhlak ibadat hanyalah perbuatan yang kosong, buruk akhlak lemahlah iman, tinggi akhlak tinggilah iman. Surah Al Ankabut sesungguhnya solat mencegah perbuatan keji dan mungkar dan sebaik-baik ibadah adalah solat, dalam solat adalah memperingati Allah dengan sebenar-benar khusyuk. Dalam sujud kita letak dahi kepala kita sama tahap dengan tapak kaki membawa maksud kita takda nilai disisi Allah, betapa hinanya kita di mata Allah. Kita habiskan masa hanya 50 minit untuk solat sehari semalam berbanding 1030 minit lagi kepada dunia. Bila kita wuduk kita baca bismillah molekul air akan menjadi bentuk yang sangat cantik. Solat sebagai akhlak kita dengan Allah, kalau dalam solat kita main-main, diluar solat apatah lagi. Kita perlu jaga kualiti solat. Sepatutnya orang yang melakukan solat perlu hadir rasa khusyuk dalam hati agar kehidupan luar solat menjadi amar maaruf nahi mungkar. Iman (input) + Solat (proses) = amar maaruf nahi mungkar (output). Nak solat perlu ada persiapan, nabi s.a.w ada berkata jangan kita berbuat rafadz iaitu mengatakan tentang lucah dan tidak senonoh ketika berpuasa, perlulah kita melawan perbuatan tersebut dengan berkata pada diri sesungguhnya aku sedang berpuasa. Dalam mengerjakan haji, baqarah ayat 97, berbuat rafadz. Waktu haji perlu menjaga akhlak dalam keadaan bersesak didalam khalayak seramai 5 juta orang, perlu fizikal yang baik.
Sifat muslim, intimaq, melarutkan diri dalam Islam, suatu cara hidup 1. Waraq dan berjaga dari melakukan perkara haram dan syubhah, hadis riwayat muslim menerangkan satu perempat dpd Islam perkara halal adalah jelas, perkara haram adalah jrlas, tapi diantara kedua nya ada perkara syubhah dan orang waraq memilih untuk mengelakkan perkara syubhah, pertembungan antara kehendak kita dan kepatuhan kepada Allah. Contoh ASB dihukumkan harus tetapi sekarang lebih kepada haram. Peringkat muttaqin kita kena prihatin tentang perkara syubhah takut jatuh ke arah haram. Rabu minggu kedua 8:30pm 15/01/14
Wednesday, April 9, 2014
Muhammad saw Pemimpin yang Sederhana
Ustaz Najhan Halim, Daripada Aisyah r.ha kepada Ibni Zubair ketika kami lihat anak bulan selama tiga kali, tak pernah kami lihat rumah Rasulullah s.a.w dan keluarga nabi berasap, Aisyah r.ha kata kami hanya makan kurma dan minum air. Allah swt telah pilih Nabi saw sebelum Allah cipta bulan bintang dan bumi, Al Quran kalam Allah sentiasa ada bukan yang baharu, bahkan Allah cipta bulan bintang hanya untuk baginda saw dan umatnya yang akhir zaman. Isu anti hadis, anti Nabi Muhammad saw sejak zaman yahudi lagi, cerita Muhammad saw telah diceritakan sejak dalam kitab Taurat. Antara isunya Al-Quran larang puji Nabi Muhammad, Allah dan Malaikat telah memuliakan Nabi Muhammad saw banyak kali dalam Al-Quran bagaimana kita makhlukNya tak boleh memuliakan Nabi saw.
Hadis ini menceritakan kehidupan nabi yang sederhana, makanan pun yang sederhana, rumah pemimpin Islam tetapi amat bersederhana dalam segalanya. Nabi Ibrahim a.s. tak pernah makan berseorangan, sanggup berjalan berbatu jauhnya mencari teman untuk makan bersama. Nabi Muhammad saw ajar kita keberkatan makan bersama akan didapati dengan dimulakan dengan niat yang betul dan cara bagi makan orang ikut syariat. Zaman Saidina Umar tika berlaku kemarau setahun, Saidina Umar berkata beliau akan menanggung dahulu keperitan dalam kemarau, dah membantu sehabis daya beliau baru rakyat terpaksa menanggung, sama seperti bila senang saidina Umar yang terakhir dapat. Makanan roh jiwa kita adalah ibadat.
Aisyah r.aha kata Nabi Muhammmad saw dan keluarga duduk dikelilingi oleh jiran yang baik, orang Ansar yang rajin hantar makanan kepada nabi dan keluarga. Ahad keempat 23/2/14 9.00pm
Sunday, April 6, 2014
Mengkafirkan Muslim
Ustaz Azahar Muhammad, Kitab Mukadimmah Muslimin, ms 89 perkara 11, mengkafirkan muslim dan tidak mengkafirkan orang kafir akan menjadi murtad. Syiah kita tak boleh mengkafirkan mazhab Syiah begitu sahaja, ada 13 mazhab dalam Syiah dan kita tak menghukum secara sewenang-wenangnya. Isu Kassim Ahmad mempertikaikan hukum dasar yang telah diputuskan dalam agama, contoh solat difardukan lima waktu ada dalil naqli iaitu Surah An-Nisa, kalau pertikaikan hukum furuq (cabang) contoh baca qunut masih boleh diterima. 86 buku beliau difatwakan sesat oleh Majlis Fatwa Malaysia. Kufur innad menentang dengan kesombongan. Bila tolak hadis, suatu masa nanti akan menolak al-Quran. Anti hadis lebih bahaya daripada Syiah.
Siapa yang ragu bahawa orang kafir itu kafir boleh menjadi murtad. Jangan buat main kafir mengkafirkan. Membohongi Allah dan Rasul dengan membenarkan agama lain dan isme yang lain. Sabtu ketiga 22/2/14
Thursday, March 27, 2014
Tutup Keaiban Muslim yang lain
Ustaz Rasydan Yunus, Hadis 27, sesiapa yang menutup keaiban seseorang muslim yang lain, Allah akan menjanjikan menutup aib beliau di dunia dan di akhirat. riwayat Muslim. Setiap manusia melakukan kesilapan. Orang alim pun manusia biasa ada lakukan silap tak perlu dicanang satu kampung. Nak buat ketaatan perlu banyak bersabar. Kita perlu sama-sama bertaubat dan mohon kemaafan kepada orang yang kita aibkan. Orang yang tak sedar diri akan mencari kesalahan orang lain dan buka aib kepada orang lain. Orang lain akan melihat perangai kita yang suka mengaibkan orang lain ini dan akan mengakibatkan orang takut untuk mendekati dan berkawan dengan kita. Akan jadi hina menghina, pergaduhan dan macam-macam lagi. Orang bijaksana akan berhati dalam tindakannya dan menjaga aib orang. Dalam satu-satu keadaan boleh buka aib iaitu ketika perbicaraan menjadi saksi dengan syarat untuk kebaikan.
Hadis 28 melebihkan orang lain, riwayat Bukhari, daripada Sahal bin Sahri, seorang perempuan datang bawa selendang hadiah kepada nabi saw. Sahabat lain datang dan berminat dengan selendang tersebut lalu nabi berikan kepada dia. Akhlak pemimpin yang bertanggung terhadap umatnya. Baginda sanggup lapar dan menderita demi umatnya.
Hadis 29 menziarahi orang sakit, barangsiapa yang mengunjungi orang sakit, malaikat akan mendoakan kita. Orang yang sakit hingga tak boleh bangun akan teringat kepada waris kenalan. Bila kita lawat dia akan rasa terubat dan ringan tubuhnya. Salah satu hak orang muslim yang sakit untuk dilawati. Ahad pertama 2/3/14 8:50pm
Wednesday, March 26, 2014
Hijrah Nabi Muhammad saw
Ustaz Najmudin Said, kitab Riyadhus Solihin, hadis 3 dari Aisyah r.ha, riwayat Bukhari dan Muslim, tiada hijrah selepas pembukaan kota Mekah, menawan Mekah, menewaskan kota orang kuffar golongan Quraisy. Sebelum ni Nabi s.a.w hijrah dari Mekah ke Madinah. Hijrah bermaksud perpindahan dari satu tempat ke tempat yang lain, dari kelakuan buruk kepada baik. Nabi s.a.w melarang sepenuhnya kepada penduduk Mekah untuk meninggalkan kota lain. Nabi tidak ingin jika mereka berpindah ke tempat lain pihak kuffar akan menakluk kembali Mekah. Hijrah (taubat kepada Allah) takkan terputus melainkan matahari terbit dari barat. Allah tidak menetapkan sebarang tempoh untuk bertaubat hingga hari kiamat. Taubat nasuha mesti meninggalkan perkara buruk yang biasa dilakukan sebagai syarat utama. Kedua taubat diterima hanya sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong. Mekah kekal menjadi negara Islam sehingga hari kiamat, sebelum ini dikenali sebagai kota golongan kuffar yang amat terkenal seperti Abu Jahal. Hijrah Nabi s.a.w ke Madinah bukan disebabkan takut kepada golongan Quraisy. Selama 3 tahun Nabi s.a.w berdakwah secara rahsia kepada keluarga dan sahabat terdekat. Saidina Abu Bakar as-Siddiq adalah salah seorang sahabat yang memula peluk Islam. Selepas itu selama 6 tahun Nabi s.a.w menyampaikan dakwah secara terangan, bermula di Bukit Safa. Pada masa inilah nabi telah dikecam dan dituduh gila kerana membawa agama baru. Juga turut terima ugutan bunuh, tika inilah Allah turunkan ayat melalui malaikat Jibril mengarah nabi berhijrah secepat mungkin. Nabi s.a.w bergesa datang ke rumah Abu Bakar asSiddiq pada waktu tengahari untuk mengajak Abu Bakar berhijrah. Pada tengah malam hari yang sama, nabi meminta Saidina Ali mengganti tempat nabi tidur dirumah nabi, golongan kuffar pula telah menunggu dan mengepung diluar rumah bertujuan membunuh nabi. Bagi melepaskan diri nabi mengambil segenggam pasir dan membaca suatu ayat daripada Surah Yasin dan ditebar di hadapan mereka sehingga penglihatan mereka dihilangkan. Nabi terus keluar rumah bersama para sahabat tetapi mereka tidak nampak kelibat nabi. Mereka tetap menunggu nabi hingga siang hari walhal Nabi Muhammad s.a.w dan Saidina Abu Bakar telah bergerak menuju gua Tsur sebagai checkpoint pertama. Apabila sampai di Gua Tsur, Saidina Abu Bakar memastikan keselamatan nabi dengan memeriksa keadaan di dalam gua terlebih dahulu sebelum membenarkan nabi masuk. Nabi kerana terlalu penat berkelana kemudian tertidur di atas riba Saidina Abu Bakar asSiddiq. Tiga hari tiga malam berada di dalam gua, iaitu hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, anak Abu Bakar iaitu Asma' menghantar makanan dan minuman. Hari berikutnya Nabi s.a.w dan Saidina Abu Bakar bergerak ke Yathrib tetapi melalui jalan selatan iaitu jalan pantai Laut Merah berbeza dengan jalan biasa ke utara. Dalam perjalanan pada waktu malam dengan tiada orang lain berselisih hingga sampai disuatu tempat ada batu panjang. Nabi berehat di situ dan Abu Bakar pergi mencari makanan. Berjumpa dengan gembala kambing dan mendapatkan susu untuk nabi. Pada suatu masa seorang kafir bernama Suraqoh berjaya mengesan Nabi s.a.w dan Abu Bakar, mengejar nabi dengan kudanya, tetapi apabila hampir dengan nabi kuda beliau terjatuh dan ini berlaku beberapa kali sebelum Suraqoh berjaya merapatkan kudanya dengan nabi. Tetapi keajaiban berlaku, daripada nak membunuh nabi bila berjumpa nabi terus bertukar kepada pengawal peribadi nabi. Dalam perjalanan melalui dua kawasan perkhemahan, salah satunya milik Ummu Abbad, berlaku satu kejadian yang menunjukkan mukjizat Nabi s.a.w. Nabi telah meminta Abu Bakar untuk berehat di khemah Ummu Abbad dan memohon seteguk air susu daripada beliau. Namun beliau menjawab, lihatlah wahai pemuda, ternakan kami yang kurus kering manakan ada susunya. hinggalah akhirnya Nabi saw dan Abu Bakar r.a sampai ke Yathrib. Sebelum sampai Yathrib Nabi saw singgah di Masjid Kuba'. Selepas 8 tahun di kota Madinah barulah nabi balik ke kota Mekah untuk menawan semula menjadi kota Islam. Hijrah jihad dan hijrah niat. Niat yang benar untuk berjihad kerana Allah swt mempertahankan agama Allah dan daulah Islamiah. Beberapa situasi berjihad 1. Pemerintah mengarah jihad menentang golongan kafir, jihad itu menjadi fardhu ain melainkan keuzuran yang diberikan Allah. Allah janjikan orang yang taknak keluar perang disediakan neraka jahannam. 2. Keluar berperang bila negara Islam diserang oleh tentera kuffar. Wajib bagi lelaki perempuan tua muda berjihad. 3. Bila ada pasukan Islam dan kafir bertembung dan ingin menghancurkan Islam, wajib pertahankan pasukan Islam tersebut dan dilarang berundur meninggalkan pasukan, dijanjikan neraka jahanam bagi mereka yang berpaling melarikan diri kecuali untuk mohon bantuan. 4. Seseorang yang tahu guna senjata dan tiada orang lain pada masa itu, tapi tidak dipilih oleh pemerintah, dia wajib isytiharkan diri atas kemahiran dia dan masuk kumpulan berjihad. Bagi setiap muslim wajib menjaga agama kita, ambil berat sahabat seislam yang mengalami kesusahan.
Rabu kedua 12/02/14 9:00pm.
Monday, February 24, 2014
Menuntut Ilmu
Ustaz Sabree Mamat, Surau Islamiah, Allah bagi tiga masa, masa telah lalu, hanya boleh direnung sahaja adakah telah diisi dengan perkara yang berguna, orang yang menyesal dan mohon dengan Allah untuk mengisi masa dengan beribadah, benda paling jauh adalah masa yang telah ditinggalkan. Kedua masa yang akan datang, Saidina Umar kata tiada siapa dapat menjamin minit akan datang kita, dapat hidup lagi. Ketiga masa sekarang penuhi dengan beribadah, bekerja juga dikira ibadah dengan niat mencari rezeki untuk anak bini. Nafas juga ada tiga, orang yang menuntut ilmu diampunkan oleh Allah. Hanya ada dua makhluk yang buat maksiat iaitu manusia dan jin, makhluk lain yang taat kepada Allah akan melaknat makhluk yang berbuat maksiat. Tetapi jika manusia dan jin berbuat baik, makhluk lain akan mohon keampunan ke atas makhluk tersebut. Dalam kitab feqah, kubur orang yang bunuh diri diasingkan kerana takut mengganggu ahli kubur yang lain. Di Sulawesi satu kampung melakukan maksiat dan Allah perintahkan makhlukNya diratakan dan diterbalikkan kampung tersebut. Orang yang menuntut ilmu sudah tentu pahalanya jika dibanding dengan orang berzikir. Orang yang berzikir tanpa niat membesarkan Allah ulamak kata tak dapat pahala. Maha suci Allah.
Nabi Muhammad s.a.w kata tuntut ilmu itu wajib bagi setiap umat Islam, tidak sah ibadat seseorang jika tidak berilmu. Ilmu yang paling utama tauhid sebagai akar, feqah sebagai batang dan tasauf sebagai buahnya. Imam Malik kata, Tasauf tanpa feqah umpama zindiq menghampiri kafir, fiqah tanpa tasauf dikira fasiq. Tauhid wajib tahu, bukan tauhid ikut-ikutan, tuhan itu ada tapi apa buktinya? Kerana adanya alam ini. Ulamak kata tauhid itu mudah faham tapi mengamalkannya susah. Dimana Allah itu? Nyawa itu ada tapi ada kat mana, Allah itu tak bertempat. Kita berdoa tapi belum tentu diterima terus, sebab bila kita berdoa Allah itu bersifat kudrat maha berkuasa kita mesti yakin dan tanpa ragu-ragu. Mazhab Imam syafie bukan mudah nak buat mazhab. Imam Nawawi antara pengikut Imam Syafie. Mengajar kanak-kanak seperti mengukir atas batu amat payah tapi ianya kekal sampai bila-bila, umur 25 seperti ukir atas kayu, 40 ke atas seperti ukir atas air.
Bulan Rabiulawal, sahabat bernama Hubid bin Adi dan ditawan oleh kaum Quraisy dari puak Haris bersama Zaid dan Sinnah. Zaid disiksa dan dibunuh. Hubib pula disiksa disiat kulit dan dipanggil pemanah untuk disiksa, ditawar ditukar nyawa dengan nabi dan ditukar agama, bagaimana sahabat sanggup korbankan diri. Sabtu kedua 11/1/14 8:30
Istiqamah dan Iman
Ustaz Fadhullah Ismail, Hadis 40, hadis 21, istiqamah dan iman. Abi amru aka Sufian bin Abdullah al-Zaqafi r.a. bertanya kepada Nabi s.a.w, ucapkanlah suatu perkataan tentang Islam dan yang takkan ditanya pada orang lain, Nabi s.a.w kata ucapkanlah aku beriman dengan Allah dan hendaklah beristiqamahlah dengannya dan kamu takkan mampu. Jawab minhul karim ucapan nabi yang ringkas dan pendek. Istilah penting - Tentang islam maksud tentang akidah dan syariat. Satu perkataan maksud yang jelas mencakupi semua berkenaan Islam. Istiqamah maksud tetapkan dan teguhkanlah iman kamu. Beriman dengan Allah maksud beriman dengan segalanya. Alfusilat:30 Allah akan turunkan ilham kepada kita supaya jangan bimbang atas segala musibah, Al-Aktof:13 tak perlu berdukacita atas musibah. Istiqamah bermaksud tak mensyirikkan kepada sesuatu, yakin bahawa Allah itu Rabb kita, pengajian tauhid itu tiga bahagian, zaman nabi tiada pembahagian tauhid rubbubiyah, ulluhiyyah dan asmaul sifat. Ayat mutasyabihat contoh tangan Allah atas tangan-tangan mereka. Fussilat:6 istiqamahlah. Istiqamah bermula dari hati kalau hati tak terima macamana nak diikuti dengan tindakan. Ilmu tasauf bincang penyakit hati, sekarang dipanggil ilmu akhlak. Berhati dengan tiga kumpulan yang ada unsur agenda musuh islam 1. Gerakan tasauf tapi tolak jihad 2. Gerakan jihad yang tolak siasah politik contoh Syria yang di bawah gerakan al-Qaeda, gerakan Islam yang boleh menang dalam pilihanraya seperti Turki, Algeria, al-Hamas, 3. Gerakan kumpulan Islam sederhana. Istiqamah nak tak nak mesti dengan lisan, nabi kata manusia masuk ke neraka disebabkan dua benda iaitu antara dua bibir (lidah) dan dua peha (kemaluan). Nabi Muhammad s.a.w kata istiqamah di kedua hati dan lidahnya. Apabila berpagi-pagi anak Adam segala anggota kata pada lidah segala perbuatan kami bergantung kepada kamu jika kamu istiqamah dalam keadaan lurus atau bengkok. Istiqamah tanda orang teguh hati dan tekun buat sesuati perkara. Rabu minggu pertama 5/2/14 8.50pm.
Hormati yang tua, Sayangi yang muda
Ustaz Rashdan, Hadis 23 menghormati yang tua menyayangi yang muda. Bukan umatku yang sempurna orang yg tidak menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda dari kita. Perlunya berbaik sangka di dalam suatu komuniti.
Kalau kita boleh hormati orang lain, orang akan hormati kita. Orang lama lebih banyak pengalaman dan lebih lama merasai asam garam kehidupan.
Hadis 24 orang yang beriman itu jinak dengan orang lain. Boleh hidup aman damai dalam berkumpulan. Manusia secara fitrah suka hidup berkumpulan, orang yang suka hidup berseorangan akan lebih agresif dan cepat marah. Kisah Ashabul Kahfi, zaman Nabi Isa pemuda yang beruzlah setelah melihat raja yang mentadbir negara tidak ikut islam.
Islam mengajar tentang fekah munakahat, muamalat seterusnya siasah urus tadbir negara.
Hadis 25 hubung silahturahim, barang siapa hendak luaskan rezki dan panjang umur, hendaklah meluaskan hubungan silaturahim. Islam dikira kuat jika ramai tetapi akan lemah bila berseorangan.
Ahad ketiga 16/02/14 8:50pm
Sunday, January 19, 2014
Surah al-Mutafifin dan ulasan
Ustaz Hafiz Abu Bakar, Surau Islamiah, kitab Tafsir Juz Amma Ibnu Kathir, Muhasabah, kepatuhan kepada Allah, dengan penuh istiqamah dan konsisten, sebagaimana ayat 6 al Fatihah, bagaimana nikmat orang terdahulu iaitu nabi-nabi terdahulu, khalifah- khalifah Saidina Abu Bakar asSiddiq r.a., Saidina Umar alkhattab r.a. hingga dapat kuasai dua pertiga dunia, Saidina Usman bin affan r.a., Saidina Ali bin Abi Talib r.a., Isteri baginda Aisyah r.ha. Kita taknak masuk ke golongan yang dimurkai Allah seperti Firaun laknatullah, dengan kalimah katakanlah akulah tuhan kamu yang paling tinggi, ucapan penderhakaan yang dinyatakan di atas tempat yang tingginya tujuh batu. Pahala dan dosa kepada Allah, tak mampu nak menunjukkan ketaatan kepatuhan ketundukan kepada Allah. Orang yang sesat seperti Abu Lahab dan Abu Jahal yang konsisten kekal menderhakai Allah, menempah kemungkaran kepada Allah dan sesat sesesatnya. Surah Almutafifin ayat 1-6, mutafifin bermaksud celakalah kepada manusia yang melakukan mungkar kepada Allah swt. Hadis nabi s.a.w datang ke Madinah ketika penduduknya sangat berkira dan menipu dalam urusan sukat menyukat timbang menimbang hanya untuk keuntungan diri mereka sendiri. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu perkara ditempat yang sepatutnya. Mengambil sesuatu yang bukan hak, mengurangkan sesuatu yang hendak diberi kepada orang lain. Dihari kiamat dibangkitkan kali kedua untuk menghadap tuhan yang esa, manusia yang melakukan timbangan dan sukatan tidak adil, Nabi s.a.w bersabda mereka akan dilimpahi titisan peluh mereka hingga ke paras cuping telinga mereka, matahari hanya setinggi satu hingga dua jengkal sahaja di atas kepala hingga peluh menitis mengikut sebanyak mana diukur dari amal ibadat kita, ada yang setinggi tumit, betis, pinggang, dada, mulut, hidung dan ada sehingga tenggelam atas kepala. Lama mereka berdiri selama 70 tahun tanpa bercakap satu pun, atau 300 tahun, atau 40 ribu tahun, pendapat yang masyhur adalah 10 ribu tahun akhirat dikalikan 50 ribu tahun dunia. Tujuh golongan dapat perlindungan iaitu imam yang adil, hingga ketujuh orang yang berzikir beramal kepada Allah hingga menangis. Keadaan mereka yang disempitkan Allah tempat mereka berdiri sebagaimana mereka sempitkan orang yang disempitkan kehidupan mereka. Sabtu pertama setiap bulan 8:30pm 4/1/14