Wednesday, June 8, 2016

Jasmani dan Rohani Ramadhan

Allah bagi kekuatan rohani untuk membuat solat malam hari. Nikmat Allah, tak semua orang yang dapat diberi nikmat menghidupkan Ramadhan. Nabi war-warkan kepada para sahabat, telah datang kepada kamu bulan Ramadhan yang mana bulan ini adalah bulan yang berkat. Orang Islam yang tak puasa pun turut sama mendapat keberkatan. Sama ada orang Islam hidupkan atau tak tetap bulan Ramadhan itu masih ada keberkatannya. Setiap malam hingga 30 Ramadhan akan ada pengurangan jemaah.

Nikmat yang Allah beri ada bermacam-macam seperti anak isteri, makan minum dan lain-lain. Dua nikmat yang orang sentiasa lupa iaitu masa dan sihat. Bila dah sakit atau kehilangan sesuatu barulah kita berasa kerugian amat sangat atas nikmat Allah yang mungkin kecil.

Penyakit rohani dan jasmani, sakit rohani adalah sifat mazmumah. Ada tiga perbezaan sakit rohani dan sakit jasmani iaitu:-

PERTAMA, Sakit jasmani mudah untuk di ubati seperti jantung, kulit dan sebagainya, boleh berhabis duit untuk sembuh. Manakala sakit rohani perlu ada keimanan dan kemahuan yang tinggi dalam diri manusia itu sendiri yang ingin berubah.

KEDUA, penyakit jasmani tuanpunya diri lebih mengetahui sakit sendiri daripada orang lain manakala rohani orang lain lebih mengetahui sakit dia daripada diri dia sendiri seperti kedekut, sombong, keras hati.

KETIGA, jasmani ada jangka masa selepas berikhtiar akan sihat atau meninggal tetapi rohani dalam dunia lagi dah rasa sakit dengan orang lain, maka akan rasa susah sehingga di akhirat dan kita dah tahu mana dia akan pergi.

Bulan Ramadhan inilah bulan menyembuhkan penyakit jasmani dan juga rohani. Mendidik diri agar bersabar dengan ujian Ramadhan. Ikhlas dengan amalan yang dibuat. Merasakan diri kita benar-benar hamba kepada Allah swt.

Gunakan kesempatan dalam bulan ramadhan untuk membersihkan diri jasmani dan rohani.

Selasa 3 Ramadhan 1437H 07/06/16

No comments: