Sunday, June 12, 2016

Kelebihan orang berpuasa Ramadhan

Puasa menahan lapar dan dahaga, kelebihan pada bulan Ramadhan seperti ditutup pintu neraka dibuka pintu syurga, dan lain-lain. Manakala kelebihan orang yang berpuasa:- 

PERTAMA, Kita diberi pahala berpuasa, kerana setiap ibadah yang kita lakukan adalah kerana Allah swt dan akan diganjar dengan pahala. Bila solat akan diganda 10 kali, tetapi bila puasa itu dilakukan hanya untuk Allah, maka hanya Allah yang tahu berapa gandaan pahala yang akan diberi kepada kita. Kerana perbuatan pahala itu sendiri tiada makhluk Allah lain yang tahu melainkan diri sendiri. Kita hanya akan tahu bila kita bertanya orang yang berpuasa baharu kita tahu orang itu berpuasa. Kita tidak tahu berapa kadar pahala yang akan diberi Allah bersandarkan hadis Imam Muslim. 

KEDUA, kita dapat kegembiraan bila kita dapat berbuka puasa, kita hanya dapat makan pada masa bersahur dan berbuka sahaja. Fitrah manusia bila sampai masa untuk berbuka kita akan keseronokan untuk makan dan minum setelah berpuasa sehari. 

Gembira kedua bila dapat bertemu dengan Allah swt, kegembiraan ketiga dapat menyucikan hati, untuk sucikan hati adalah dengan cara membaca Al-Quran dan bertadabur. Al-Quran bukan untuk bacaan bermusim, bukan dibaca bila orang mati. Para sahabat akan diajar sepuluh ayat Al-Quran sehari oleh Nabi saw dan takkan takkan beralih ayat selagi tak memahami dan tak bertadabur ayat tersebut. Suci kedua menyuci batin, 

KETIGA, membangunkan malam, qiamulail, tadarus Al Quran, tidur sebentar, bangun sepertiga malam, solat tahajud, solat taubat dan beristighfar sebanyaknya. Mengharapkan pahala dari Allah akan diberi ganjaran diampunkan pahala oleh Allah. 

KEEMPAT, Bersungguh berdoa kepada Allah swt. Doa itu senjata bagi orang beriman, ada wakttu mustajab yang banyak ketika bulan ramadhan seperti selepas bersahur, lima minit sebelum berbuka puasa, doa diantara azan dan iqamah, semasa sujud dalam solat. 

KELIMA, Duduk dengan orang alim dan soleh, banyak rakaman majlis ilmu dalam internet yang boleh dilihat. Ada hadis menyatakan bila kita duduk dengan tukang besi kita akan dapa bau besi tapi bila kita duduk dengan orang berilmu maka kita akan dapat ilmu dari mereka. 

Hendaklah kita berpuasa dengan sebenarnya, jaga pendengaran dari umpat keji, jaga pebglihatan dari perkara maksiat yang boleh hilangkan pahala puasa kita, jaga lisan lidah, bila mampu jaga ketiga-tiganya kita mampu menjaga puasa kita sebenar-benarnya.   

Sabtu, 7 Ramadhan 1437H, 11/06/16

No comments: