Tuesday, June 7, 2016

Kelebihan Puasa Ramadhan


Muhasabah diri sepanjang sebelas bulan lalu adakah kita benar-benar bertaqwa kepada Allah swt, adakah kita menggunakan segala deria kita menghala kepada Allah swt, Allah tak mahu kita mencampuradukkan yang halal dengan yang haram.

Surah al-Muqminun. Orang yang berjaya iaitu orang yang bertaqwa dan tidak membuat perkara yang lagha.

al-Baqarah 2:185, malam turun AlQuran di dalam bulan Ramadhan.

Kita perlu mengamalkan ilmu yang diterima daripada kuliah yang kita dengar dan lihat semoga dapat menahan dan mengawal nafsu kita dalam bulan puasa. Doa kita akan mustajab di dalam bulan Ramadhan, mohon

'berilah aku ya Allah malam Al-Qadar dan syurga Firdaus'

Bila berpuasa kita dapat mengendurkan syahwat dapat mudah membuat amalan sunat dengan ganjaran pahala wajib.

Mulut orang berpuasa lebih wangi dari bau kasturi. Sakit gastrik bukan sebab keuzuran tidak boleh berpuasa kerana ada perbezaan puasa orang islam iaitu kelebihan bersahur.

Isnin 2 Ramadhan 1437H, 06/06/16

No comments: