Friday, November 11, 2011

11.11.11

Hari ini adalah hari yang bersejarah.

Kenapa?

Hari ini akan tercatat dalam sejarah dunia bahawa tarikh 11hb November 2011 telah berlaku pada hari ini.

Hanya ada satu hari yang tercatat tarikh 11.11.11.

Kalau ada pun korang kena tunggu seratus tahun lagi untuk 11 November 2111... mujur kalau panjang umur...

Kalau hendak melakukan aktiviti di luar kotak akal fikiran, sila lakukan sekarang. Kerana ia akan berakhir dalam masa 4 jam lagi...



Kalau terlepas tarikh hari ini, bolehlah tunggu kehidupan akan datang...

Aku? apa aku buat pada tarikh ini...
Hari ini jatuh pada hari Jumaat, 15hb Zulhijjah 1432H, seminggu selepas cuti Hari Raya Haji.

Hari aku bekerja mula 8.45am hingga 8.45pm.
Membuat kerja-kerja untuk projek JKR ECER Central Spine Road, Pakej 3, Seksyen 3H - Continuously Reinforced Concrete Pavement (CRCP) detail drawing dan BQ.

Juga projek ECER KTCC junction and road detail.

Adakah aku buat aktiviti di luar akal sekarang?

Dan esok, 12.11.11 Sabtu, hari minggu, tetapi aku perlu datang ke opis.. Arrgghhh!!!


Wassalamu..

Sunday, November 6, 2011

Jet setter

Setelah sekian lama terbiar, seingat aku selepas 2-3tahun, Jet aku dapat barang baru. Kebiasaannya aku akan menjalankan projek ini setelah adanya keperluan mendesak seperti berlaku kerosakan, persiapan untuk perjalanan jauh dan yang terpenting, budget membenarkan. Kali ini, aku perlu menukar tayar depan kiri kanan dan drive shaft kanan. Tempat atau bengkel sasaran adalah sebuah bengkel di pandan mewah.


keadaan driveshaft aku yang amat menyedihkan.. :(




selepas settle memasang drive shaft recon, aku berpindah ke kedai tayar di Taman Cempaka.

pada permulaannya, aku hanya perlu membuat alignment kepada keempat-empat tayar Jet aku, tetapi setelah proper check up, aku perlu menukar 2 tayar hadapan dan balancing, repair camber belakang dan replace 2 boost screw yang mana sebelah kanan telah 'hilang'.





Harapnya Jet aku kembali pulih dan dapat beraksi semula...

Tuesday, November 1, 2011

Apa ada dengan berhenti belajar?

Apabila mendiang Steve Jobs berhenti belajar beliau dikatakan telah berjaya dalam hidup. Tetapi adakah beliau benar-benar 'berjaya' dan 'terkaya' di dunia?

Apple's Rise to Number 1
[Source: Online MBA]

Rasulullah S.A.W. pernah berkata bahawa tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad... barulah kita mendapat kejayaan di dunia dan akhirat...

[sumber: OnlineMBA]

Monday, October 31, 2011

Something to inspire... by Steve Jobs (R.I.P)

Tinggalan beliau yang dikatakan menjadi inspirasi peminat-peminat beliau...

Tuesday, October 18, 2011

Anak Asset Ke Syurga Atau Neraka

Dalam mencari siri-siri ceramah Ustaz Don, terjumpa satu klinik keluarga anjuran Brainy Bunch Islamic Montessori. Amat terkesan...


Mula berkenalan dengan Ustaz Don Daniyal ketika penghujung Ramadhan 1432H dalam siri Ihya Ramadhan terbitan TV Alhijrah dan terus mengikuti beliau dalam siri 30 minit Ustaz Don juga terbitan TV Alhijrah. Siri terbaru beliau ini disiarkan pada 10.30 mlm setiap Isnin hingga Rabu. Rancangan yang padat dengan penerangan tentang isu-isu ibadah seharian.

Setiap apa yang kita lakukan di depan anak-anak kita, sama ada kita mahu atau tidak mahu, mereka akan belajar dan mewarisi segalanya. Tanpa kita sedari...

Oleh itu, bersedialah kita untuk menerima apa sahaja perangai anak-anak kita... selagi kita sendiri sebagai ibubapa mereka tidak mengubah perangai masing-masing...


kredit kepada islamicmontessori


Friday, October 7, 2011

Anak Kunci Syurga


Dah lama aku cari buku ni... baru hari ni kedapatan.. pergi solat jumaat di Masjid Biru Taman Melawati. Kebetulan pulak ada penjual buku-buku agama di perkarangan masjid. Terpandang satu buku nih, terus tak pandang yang lain. Habis je solat jumaat terus sambar buku nih... murah je pun..



Mula mencari buku ni bila aku mengikuti kuliah agama Ustad Azhar Idrus di youtube dan secara live di Masjid Bukit Indah, Ampang pada Sabtu 23 Julai yang lepas. Akan ku cuba habiskan baca buku ini secepat yang mungkin...

Aku sertakan sekali kuliah Anak Kunci Syurga oleh Ustaz Azhar Idrus ketika di Masjid Pandan Indah...

Thursday, October 6, 2011

Refurbish!

Just to refurbish the blog, to refresh... nak ambil semangat baru.. semangat untuk menulis... hahaa...

Azam untuk bercerita sebahagian hidup aku di dalam blog, mencurah ilmu yang tak sedalam mana, memberi info kepada yang ingin tahu dan apa-apa yang kurasakan patut ku catatkan di dalam... Mazmi422...